Hari demi hari, walaupun Youra tidak seperti dulu, tetapi dia tetap kuatkan semangatnya agar dia boleh juga meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Kandungannya pula sudah mencecah lapan bulan lebih.
"Jauh termenung permaisuri saya ni? " Sapaan lembut Hoseok mengejutkan Youra yang tersenyum keseorangan.
"Mana ada! " Youra mencebik. Hoseok tergelak kecil melihat karenah isterinya itu. Comel betul!
"Baby, baby. Tengok mama tu. Sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Nasib papa sayang dekat mama tau. Eyy geram!" Omel lelaki itu lantas dikucupnya perut Youra yang menampakkan baby bump yang kian membesar itu.
"Eleh. Mama cuma nak bermanja dengan papa je. Itu pun tak boleh!" Jari jemari comel gadis itu hinggap kedua belah pipi Hoseok sebelum dicubitnya geram.
"Appo.. " Youra ketawa apabila Hoseok merengek manja. Lelaki itu segera mengosok-gosok pipinya yang sakit.
"Hubby.. Baby besar saya yang comel ni. Boleh tak saya nak keluar? Pergi dekat taman sini je? Please? Saya bosanlah duduk terperap dekat sini. " Bodek gadis itu sambil mengedip-ngedipkan mata.
"Boleh.. Tapi kiss pipi saya dulu hoho! "
Nakal ya encik hubby ni!
°°°°°
Hoseok mencempung tubuh Youra dari kerusi roda tersebut sebelum diletakkannya di bangku yang telah disediakan di situ."Segarnya. Rindu semua ni! " Ujar Youra teruja. Sudah lama dia tidak melihat pemandangan di luar.
Pokok-pokok yang kehijauan, langit yang membiru, burung-burung berkicauan. Senang cerita semua dia rindulah!
"Darling.. Awak cantiklah. "
"Saya cantik? Awak ni ada-ada jelah. Muka pucat macam ni kata saya cantik?" Riak wajah sedih disembunyikan oleh gadis itu. Scarf yang dipakai dikepalanya dibetulkan.
"Yes! Awak cantik! Muka pucat? Takde masalah. Yang penting, you are only one in my heart, darling.." Hoseok mengucup dahi Youra lama. Gadis itu tersimpul malu. Pipinya sudah berona merah. Malu di puji oleh suami sendiri.
"Darling.. Jom! "
"Nak pergi mana ni? Duduk sini jelah. "
"Nak pergi ke hati cik permaisuri sayalah. Acewah! " Youra mengecilkan mata lalu tersenyum lebar.
Ya tuhan. Bila masa suami aku jadi macam ni?
"Ish! Main-main pula dia. "
"Tulah. Pergi situ je. Jomlah. "
"Tak nak! " Gadis itu memalingkan muka tanda tidak kepada Hoseok.
"Tak nak ya.. Takpe-takpe."
"E-eh! " Terjerit kecil Youra kerana tubuhnya seakan-akan berada diawangan.
Hoseok tersenyum menampakkan lesung pipit kecil comelnya itu lantas mengorak langkah pergi ke tempat yang berjauhan dari orang ramai.
Tempat yang agak lapang dan cantik pemandangannya.
"Awak.. Malulah. Nanti orang kata saya budak kecil pula. " Youra menyembamkan wajahnya ke ceruk leher suaminya itu.
Lelaki itu suka. Suka kerana dapat menyakat isterinya. Dia memusingkan perlahan-lahan tubuh genit gadis kesayangan hati.
"Buat apa nak malu sayang? Awak isteri saya. Biarkan je apa orang nak kata. "
Jantung mereka berdua bertukar rentak.
"I'm feeling happy. Do you know why? Because I'm so lucky. "
Mata mereka saling bertentangan. Degupan jantung mereka semakin menggila. Hangat dan panas.
"You're like sunshine, so warm"
"You're like sugar, so sweet"
"You're like you.. That's the reasons why I love you"
Kucupan hangat diberikan di bibir pucat gadis comel itu. Bersaksikan matahari yang terbenam.
Lakar sebuah momen yang manis bagi pasangan suami isteri itu.
I love you so much❤
-------------------------------------------------
Amacam? Bergula tak?😂Idk. Kenapa sejak kebelakangan ni idea dlm otak ni susah sgt nk perah. Haish. Tkpe² nanti aii bagi lagi yang bergula lagi tau.
Bye.. Lebiyu dari zulaikha cute haha.. Mohon muntah berjemaah
![](https://img.wattpad.com/cover/135077286-288-k808985.jpg)
YOU ARE READING
[C] Beautiful Destiny + JHS
FanfictionSakit hati? Itu apa yang dirasakan oleh seorang gadis jelita bernama Min Youra. Walaupun Youra seorang gadis yang cantik dan baik. Suaminya, Jung Hoseok tidak pernah kisah terhadapnya. Pelbagai rintangan yang harus dihadapi oleh Youra untuk menguku...