Bab 1

4.3K 174 2
                                    

Haziq menepuk dahinya sewaktu menyedari bahawa buku not gitarnya tertinggal sewaktu dia melepak dengan The Chill semasa rehat tadi.

"Putra aku pergi bilik muzik tau, buku gitar aku tertinggal. Nanti tolong bagitau kat cikgu." ucap Haziq sambil menepuk bahu Putra. Buku teks perdagangan miliknya diserahkan kepada Putra.

Putra hanya mengangguk kecil sebelum Haziq memecut meninggalkan dirinya. Tangga ke tingkat 3 dimana terletaknya bilik muzik didaki sepantas kilat. Sebaik saja tiba di hadapan pintu bilik muzik, Haziq mengeluarkan kad akses khas dan mengimbasnya di scanner bagi membuka pintu bilik muzik.

Tet.

Lampu LED di pintu bilik muzik menyala menandakan pintu tersebut tidak lagi berkunci. Haziq segara menolak pintu dan tergesa-gesa melangkah masuk.

Alunan gesekan biola yang merdu menyapa telinga Haziq sekaligus menghentikan langkah kakinya. Rasa curiga dan seram bercampur dalam dirinya.

Haziq mendekati muzik yang kedengananya datang dari studio rakaman. Tanpa berfikir panjang, dia mengintai ke dalam studio rakaman dan terlihat seorang gadis berambut panjang sedang asyik bermain biola.

Haziq menutup matanya. Menghayati alunan biola yang membuai dan menenangkan itu. Begitu mahir sekali gadis biola tersebut memainkan instrumennya.

Gesekan biola yang terhenti mengembalikan Haziq kepada realiti. Jam yang dipakai di pergelangan tangannya dikerling.

"Eh, aku dah lambat nak masuk kelas." gumam Haziq sebelum berlari keluar.

Si gadis biola yang kebetulan baru sahaja keluar dari studio ternampak kelibat Haziq berlari pergi. Matanya membulat.

"Aduh, habislah identiti aku." keluh gadis itu. Perasaan resah menghantui dirinya.

Sebuah buku nipis yang berada di atas meja berdekatan menarik minat gadis itu.

"Haziq Anas, 5 Cambridge. Senior. Agaknya dia kot yang masuk tadi." teka gadis itu. Buku tersebut dimasukkan ke dalam beg galasnya sebelum dia melangkah meninggalkan bilik muzik tersebut.

---

"Oi Ziq asal kau lari macam kena kejar hantu ni? Mana buku gitar kau?" soal Ammar bertubi-tubi. Pelik benar melihat Haziq yang berlari tak cukup tanah masuk ke dalam kelas perdagangan.

"Eh, cikgu tak masuk kelas ke?" soal Haziq sambil tercungap-cungap mencari nafas.

"Cikgu suruh buat handout ni je lepas tu dia tinggalkan kitorang." Ammar mencebik.

"Ha, yang kau ni lari macam kena kejar juon ni dah kenapa?" soal Putra.

"Aku ingat aku dah lambat datang kelas, rupa-rupanya cikgu takde."

"Ahahahaha nasib badan." Farhan tertawa.

"Tapi aku ada benda nak cerita dengan korang." Haziq mengambil tempatnya di hadapan Putra dan disebelah Ammar.

"Apa dia? Cecita-cecita." ujar Ammar sambil membuat gaya Yusof Wheelchair.

"Tadi aku nampak ada budak perempuan dalam studio. Dia main biola wei. sumpah aku tak tipu." ucap Haziq bersungguh-sungguh.

"Yelah tu, tah-tah tu cuma bayangan kau je kot." tungkas Putra.

"Haah. Kau tau kan, kita je yang ada kad akses masuk bilik muzik. Korang ada tercicir ke kad akses tu?" tanya Farhan.

"Takde."

"Tak."

"So, tu imaginasi kau je Ziq. Kau stress sangat ke sampai terbayang-bayang perempuan main biola ni?" soal Putra. Haziq menggeleng.

"Mana ada aku str...."

"Ke kau high?" potong Ammar.

"Kau tu high." marah Haziq.

"Dah relaks, siapkan handout ni baru boleh borak-borak ye kawan-kawan." tegur Farhan.

"Farhan, kau percaya cerita aku tak?" soal Haziq mengharap agar Farhan mempercayai kata-katanya.

"Haziq relaks, sebenarnya aku ada jumpa perempuan dekat bilik muzik tu." ujar Farhan.

"Ha, kan aku dah cakap. Aku tak tipu wei." Haziq menghentak meja hingga rakan sekelas mereka yang duduk berdekatan tersentak. Mereka menoleh kearah mereka berempat.

"Siapkan kerja ah." tegur Naim, ketua kelas 5 Cambridge.

"Ha, okey-okey. Sorry-sorry." tutur Haziq sambil tersengih.

"Tapi kan Haziq, aku tak pernah nak cerita kat korang sebab..."

"Sebab?"

"Sebab tu bukan manusia." bisik Farhan yang hanya boleb didengari oleh mereka berempat.

"Bangang punya member." Buku teks perdagangan Haziq menjadi senjata bagi memukul Farhan tepat di kepalanya.

"Sakit la woi." Farhan melindungi kepalanya dari terus dipukul oleh Haziq.

"Kau buat lagi lawak time aku tengah serious, siap kau." amaran Haziq. Ammar menarik lengan Haziq agar dia kembali duduk.

"Dah, siapkan handout tu." ujar Putra.

Haziq mendengus. Buku teks perdagangan dibuka kasar.

"Sorry ah Ziq, lagipun apa yang aku cakap tu betul. Kau pun tau kan." kata-kata Farhan menghentikan perbuatan Haziq yang sedang menyelak buku.

"Hmm."

---

"Korang, jadi kan nak practise petang ni?" soal Putra sambil menggalas begnya di bahu kiri.

"Practise lagi? Ah, malas la.." keluh Farhan.

"Relaks la, bukan practise apa pun. Nak asah skill je takut berkarat. Kalau dah karat nanti kau jugak yang tak laku." usik Haziq

"Lagipun aku nak siasat bunyi tadi."

"Okey tak?"

"Kalau tak okey pun, kita okeykan jelah diri ye." ujar Ammar

Mereka berempat mula mengorak langkah ke bilik muzik bersama-sama. Sebaik sahaja Farhan mengimbas kad aksesnya, Ammar pantas membuka pintu sebelum pergerakkannya terhenti di muka pintu.

Alunan gesekan biola bergema lembut di dalam bilik muzik tersebut.

"Ziq apa ni? Kau nak prank kitorang ke apa wei?" bisik Ammar. Dia sudah seram sejuk.

"Aku syak ada orang dalam ni, jom ikut aku." arah Haziq dalam bisikan. Ahli The Chill yang lain hanya menurut. Langkah mereka diatur dengan berhati-hati.

"KAU BUAT APA KAT SINI?" jerkah Ammar sebaik sahaja melihat susuk seorang gadis sedang leka bermain biola di satu sudut.

Tanpa diduga, biola di tangan gadis tersebut terjatuh membuatkan susana sunyi seketika sebelum dia berlari untuk mengelakkan diri.

Namun kerana peralatan yang agak banyak di dalam bilik muzik, gadis tersebut tersilap langkah dan tersadung sebelum kepalanya terhantuk di bucu dinding.

The chill mengerumuni gadis tersebut sebelum pandangannya bertukar gelap.





*This is for those yang pm, dm dan komen nak bab 1. I'm sorry that this one isn't the same one you've read before :(

Till we meet again

Love Song | ✔️Where stories live. Discover now