Hyee We're EXO
-Atyikah's Pov-
-Banglo Villa's Impian-
Aku perlahan-lahan menuruni tangga dan terus berlalu masuk ke dapur. Aku berpaling ke arah meja makan dan aku nampak beberapa kuntum bunga rose.
Aku menghampiri bunga rose itu lalu ambil. Aku bau bunga rose itu dan membuatkan aku tersenyum.
Aku ambil kad kecil itu dan aku baca. "When i first saw you, you took my breath way. You still do, every day." "From your Husband Kai ❤."
Aku tersenyum sendirian bila aku baca kad yang diberi oleh Kai. Aku dapat rasaikan pelukan yang erat dari Kai.
Kai peluk aku dari arah belakang. Aku berpusing ke arah Kai. Aiden didukung oleh Kai tersengih-sengih pandang aku. Kai terus cium dahi aku perlahan.
Sebenarnya semalam Aiden tidur rumah Ibu tapi tadi lepas solat subuh Ibu call katanya Aiden meragam dan tak henti menangis.
Kenalah Tokwan dan Tokbu hantar sini pagi-pagi sebelum hantar Alang Aiman dan Acu Aimi pergi sekolah. Nasiblah dekat juga rumah Tokwan dengan rumah Ibu.
Tangan kanan aku peluk Aiden dan tangan lagi sebelah aku peluk pinggang Kai. "Terima kasih ya abang. Berikan bunga ini pada, Ikaa" ujur aku lembut.
Kai tersenyum manis pandang ke arah aku. "Abang cintakan sayang. Sudah ya. Jangan nangis lagi ya, sayang. Abang janji abang akan bawa Ikaa pergi kubur arwah Adam" ujur Kai sambil pegang pipi aku.
Aku mengangguk lalu cium bau badan Aiden. "Bucuknya anak Ibu ini. Oklah abang pergi main dengan Aiden dulu ya. Ikaa nak buat sarapan" ujur aku dan terus berlalu tapi tangan aku ditarik cepat oleh Kai.
Aku pandang Kai pelik. "Asal abang?!" soal aku. "Sayang jangan masak berat. Buat roti bakar sudah. Awak tuh pregnant sedar sikit" ujur Kai sedikit risau.
YOU ARE READING
[𝙲] 𝙿𝙸𝙻𝙸𝙷𝙰𝙽 𝙺𝙴𝙳𝚄𝙰 𝙵𝙾𝚁𝙴𝚅𝙴𝚁 // 𝙺𝙹𝙸 💞
RomansaSeorang lelaki yang akan kehilangan isteri kerana kanser ovari tahap 4.. Dalam masa saat gering isterinya itu, si suami itu diminta untuk mencari seorang ibu baru untuk anak lelaki yg berusia setahun itu.. Si isteri memegang tangan suaminya lalu mer...