♠Bab 3♠

6.7K 286 0
                                    

Siling putih dipandang. Dari berkeadaan telentang dia mengubah posisi . Beberapa minit berkeadaan begitu, dia mengubah lagi dan akhirnya dia bangun.Entah kenapa dia berasa tidak selesa. Terasa seperti tidur beralaskan jalan tar . Kemudian, dia keluar dan berdiri di balkoni biliknya.

Tengku Armelia memandang langit . Taburan bintang di angkasa menghiasi kegelapan malam. Baru beberapa minit dia termenung. Secara tiba-tiba sebiji bola salji tepat mengenai mukanya.

'what the hell!' Ais yang masih tersisa di sapu perlahan menggunakan telapak tangan kiri. Tengku Armelia menyumpah dalam hati.

Dalam salji turun begini pun masih ada orang mahu mencari pasal dengannya. Matanya di pejam seketika. Cuba mengawal kemarahan diri. Mata yang dipejam tadi dibuka semula setelah dia terdengar seseorang ketawa. Mungkin dari tingkat bawah. Setelah yakin akan pemilik suara itu , dia terus turun ke tingkat bawah. Ada sesuatu yang perlu dilangsaikan.

Air mata di lap perlahan. Dia terlebih ketawa apabila bola salji buatannya tepat mengenai muka Tengku Armelia sebentar tadi.

Tanpa dia sedari , Tengku Armelia sedang meluru ke arahnya .

Penumbuk dikepal. Tangan diayun ke belakang untuk mengambil daya yang lebih tinggi. Dengan sekali ayunan , penumbuk kecil milik Tengku Armelia hinggap di perut Darell.

Darell jatuh terduduk. Perutnya dipegang. Perit . Senak. Niatnya pada mulanya hanya ingin mengusik Tengku Armelia tapi akhirnya dia sendiri yang menerima padah. Nampaknya Tengku Armelia tidak main-main. Inilah akibatnya apabila tersilap memilih waktu untuk bergurau.

Tengku Armelia memandang Darell yang masih tak mampu berdiri sendiri. Di sebabkan rasa kasihan, tangannya dihulurkan bagi membantu Darell bangun.

"How about that, hah? " Sinis Tengku Armelia bertanya. Darell pula hanya mampu menjeling. Tak mampu untuk berbalah ketika ini. Perutnya lebih penting daripada ayat sinis Tengku Armelia .

"What are you doing here?" Soalan dilontarkan

"I met your brother earlier. " Balas Darell.

"Apa yang korang bincang tadi ? " Tanyanya lagi. Dia ingin benar mengetahui sebab abangnya memanggil Darell ke sini. Abangnya takkan memanggil Darell jika tiada perkara yang penting.

Mereka berjalan ke arah bangku yang disusun dalam bulatan . Di pertengahan bulatan , terdapat kayu api yang dinyalakan bagi memanaskan badan.

"Dia siruh aku ikut kau perigi sana. So, aku pun setuju je lah." Jawab Darrell. Ada sedikit nada pelat dalam ayatnya. Maklumlah, baru beberapa tahun dia belajar bahasa Melayu . Itu pun masih belum fasih sepenuhnya.

Jawapan Darell di balas dengan anggukan.Dalam seketika suasana sunyi menyelubungi mereka berdua. Hanya kedengaran suara hembusan nafas Tengku Armelia dan Darell.

"Aku nak tanya sikit, boleh ?"tanya Tengku Armelia memecahkan kesunyian.

Darell mengangguk. Agaknya dia sudah malas untuk bercakap.

"Bila kau nak balik? Kau tahu ke tak rumah kau dekat mana? If not, I can post you to your home. " Tanya Tengku Armelia , perli bercampur sinis.

"Yaa laah. Aku nak belek lah ni. Tuan rumah dah halau aku. " Kata Darell dengan nada sedih.

"Baguslah kau sedar.Mungkin kau lupa pintu pagar dekat mana. So , let me show you". Tengku Armelia bangun dari duduk.

Kemudian belakang Darell ditolak- tolak. Semakin lama semakin kuat sehinggakan Darell hampir terjatuh.

Darell merengus geram. Nampaknya Tengku Armelia memang ingin menghalaunya keluar.

"Hey ! Andra! Don't push me like this." Balas Darell geram.

Kata-kata Darell tidak di balas. Sehinggalah sampai di pintu pagar . Akhirnya dia berhenti.

"Bye. Moga selamat sampai rumah kau. Sorryla aku tak boleh hantar kau. Aku dah mengantuk gila ni." Ucap Tengku Armelia sebelum menutup pintu pagar. Kemudian dia terus berjalan masuk ke rumah. Di luar ini terlalu sejuk . Berkemungkinan dia akan beku jika terus berada di luar rumah dengan lebih lama.

Sebaik sahaja dia masuk ke rumah , biliknya terus dituju. Pintu ditutup sebelum lampu bilik di padam. Dia ingin tidur dengan aman tanpa gangguan sesiapa .

Darell masih kejung di luar pintu pagar. Sudah nasibnya mendapat rakan tak guna seperti Tengku Armelia. Walau apapun dia tetap ingin pulang.

Otaknya masih berfikir samada mahu menelefon abangnya atau menaiki teksi untuk ke rumah. Dia berasa menyesal kerana datang ke sini tanpa membawa kereta. Sebaliknya, dia datang hanya datang dengan menaiki teksi.

Setelah hampir 10 minit otaknya berfikir. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menaiki teksi. Dan dia pulang dengan selamat.

Walaupun sebaik dia sampai di rumah , ibunya membebel kerana dia tidak membawa fon.

Hampir setengah jam akhirnya ibunya berhenti. Itupun setelah dia memberi alasan yang dia ingin mandi. Jika tidak pasti ibunya akan sambung membebel lagi.

_____________________________

Next chapter akn dipublish. Pls comment & vote. Thank you for reading ^_^

My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now