♠ Bab 21♠

4.3K 225 16
                                    


     "Hurry up! 10 more minutes. Pastikan kau siap. " Mulutnya bising memberi peringatan. Sambil itu juga jari sedang sibuk menekan skrin telefon. Sekejap dia menyumpah . Sekejap ketawa macam orang sawan epilepsi. Sekejap marah sampaikan telefon pun nak dihempas. Tahu sebab apa?

Mobile Legend. Bang. Bang. 🔫

Game yang boleh buatkan orang yang waras pun boleh gila. Contoh pun dah ada depan mata.

Tengku Armelia tak balas. Malah tangannya masih sibuk menulis jawapan pada kertas. Kalau tak sebab terpaksa. Dia tak akan. Tak mungkin terima manusia di hadapan ini sebagai Tutor subjek Bahasa Melayu.

Dia dah buat banyak cara untuk pujuk Nenda Syafiah supaya tukar tutor lain. Dia sanggup bertapa dekat rumah Nenda Syafiah dekat seminggu. Tiap-tiap hari dia pujuk. Sampai nak berguling dekat karpet bulu Nenda Syafiah sebab stress dengan rancangan yang tak ada hasil seperti yang dia harapkan.

"Okey. Masa dah cukup. " Serentak itu, kertas soalan terus lesap dari pandangan. Dirampas oleh Tengku Rifqi.

"Apa ni?! Baru tujuh minit! Kau buta nombor ke?! Nombor tujuh dengan sepuluh pun tak reti nak bezakan. " Balas Tengku Armelia geram. Kenapa tak sampai sepuluh minit, kertasnya dah diambil? Lagi tiga minit tu hilang ke mana? Tengku Rifqi makan?

"Shut up! Kau bising-bising ape hal? For your information, tiga minit tu ditolak sebab kau mengutuk aku tadi. Kau ingat aku tak perasan mulut kau dok nyot nyet nyot nyet serupa lalat. Lalat pun lagi bagus daripada kau."

"Seriously , Lalat?! Dalam banyak-banyak binatang dalam dunia ni, lalat kau samakan aku? Kau ingat kau tu bagus sangat ke, hah?! Kalau aku ni lalat. Kau tu apa, bahabi ?! Sh*t" Habis sumpah seranah dihambur keluar.

Kedua-dua mereka bangun dari kerusi. Jelingan maut dihadiahkan sesama sendiri. Tengku Rifqi menggenggam penumbuk. Tengku Armelia pula siap sedia untuk mengumban kamus dewan. Dua-dua dengan senjata masing-masing. Namun hasrat kedua-dua mereka tak tercapai sebab ada sesuatu yang menghalang. Sesuatu yang tajam.

"Both of you! Shut up. Tak payah nak gaduh." Jerit seseorang yang sejak tadi memerhati sahaja Tengku Armelia dan Tengku Rifqi bergaduh mulut. Oleh sebab itulah dia ambil keputusan untuk leraikan pergaduhan ini.

Dengan senjata rahsia. Pisau dan gunting. Tangan kiri memegang pisau . Tangan kanan pula memegang gunting. Pisau diletakkan pada leher Tengku Rifqi. Gunting pula diletakkan di tepi leher Tengku Armelia. Ini sahaja yang mampu buatkan mereka diam.

"Good. Pandai pun diam." Setelah itu barulah dia menurunkan dua benda tajam itu dan diletakkan di atas meja. Muka serius tadi pun dah berubah jadi muka biasa-biasa dia.

"Tak habis-habis gaduh. Orang tua-tua cakap, kalau gaduh banyak-banyak nanti kahw-"

"Kau sambung ayat tu kau mati , André. " Potong Tengku Armelia. Muka tak berperasaan dia tayangkan. Hampa betul perasaan yang dia rasakan kala ini. Baru ingat nak hilangkan peratus saham Tengku Rifqi. Sekurang-kurangnya Tengku Rifqi masuk wad ICU untuk beberapa minggu. Dan tak perlulah dia bersusah payah untuk menghadap Tengku Rifqi. Tapi sekarang harapan itu berdebu ditiup angin. Semuanya gara-gara Tengku André.

Selang beberapa ketika kemudian, sebuah pesanan ringkas masuk daripada Darell. Dalam mesej tersebut menyatakan bahawa Darell dan Adrinne baru sahaja turun dari kapal terbang.

Kertas dan alat tulis yang berselerakan terus dikemas lalu dimasukkan ke dalam beg galas. Dia kemas secepat mungkin. Mata-mata yang memerhati diabaikan.

"Kau nak pergi mana? " Soal Tengku André kehairanan. Tak sampai sejam pun kelas tambahan ini berlangsung, takkan lah Tengku Armelia dah kemas barang nak balik?

"Aku ada urgent matter. " Beg digalas pada bahu.

"Eh... Tunggu kejap !" Kelam kabut Tengku André bangun. Tengku Armelia dikejar.

"Rif. Aku balik dulu. Apa-apa nanti aku chat kau. " Kata Tengku André semakin lama semakin jauh. Tengku Rifqi ditinggalkan dengan pelbagai persoalan.

¤¤¤

Kuala Lumpur International Airport

        "Hye, dear. "

"Caremel. " Tengku Armelia terus dipeluk. Rindu benar dia kepada Tengku Armelia.

"Where's my bunny? " Terus sahaja Adrinne menyoal sebaik sahaja sesi melepaskan rindu selesai.

"Hye, Rinne. " Sapa Tengku André dengan tin milo digoyang-goyang . Dia baru sahaja pergi beli Milo dalam tin sebelum datang ke sini.

"Bunny... Rinne rindu, bunny. " Gadis kecil itu menarik hujung baju Tengku André. Meminta dia supaya sedikit merendahkan badan.

Tengku André ikut sahaja kemahuan adiknya itu. Dia duduk bercangkung. Seperti yang dijangka, Adrinne menarik pipinya sambil ketawa terkekeh.

"You are cute as always, Bunny." Puji Adrinne sambil tangan tak habis lagi melakukan perkara yang sama.

"Antara Bunny dengan Caremel, mana lagi cute? " Soal Tengku André. Walaupun dia dah tahu jawapan tapi tetap dia ingin menyoal.

"Of course you, my bunny. " Adrinne tersenyum menampakkan sebelah lesung pipit.

"Caiyyaa, laa. Rinne . Give me five." Tengku Armelia dijeling. Nampak sangat muka adiknya masam.

"How's flight? " Soal Tengku Armelia pula kepada Darell yang sejak tadi hanya diam.

"Not bad. Badan aku lenguh sangat. "Balas Darell. Sengal habis badannya sebab penerbangan dari Perancis ke Malaysia hampir memakan masa lapan belas jam.

"You should rest well. Uncle tak datang sekali dengan kau, ke?" Soalan Tengku Armelia dibalas dengan gelengan.

"Tak. My Dad datang awal. Cause ada benda yang nak kena settle. And, one more thing. My dad ajak kau dengan André sekali datang majlis company baru dekat sini. " Dua kad jemputan diserahkan kepada Tengku Armelia.

"Oh. Thanks. Tapi aku tak janji yang aku akan datang. Andrè maybe yes. Dia pantang dengan majlis makan-makan ni. " Ayat akhir dikuatkan lagi. Sengaja ingin memerli Tengku André yang masih sibuk melayan Adrinne. Banyak pula adiknya itu berceloteh.

"I can heard that. " Suara si Bunny kedengaran. Telinga Tengku André memang ada sensor bunyi untuk kesan setiap perkataan yang ada kena mengena dengan dia.

"It's okay. Kalau free just datanglah."

"Okey. Kalau macam tu. Kita orang balik dulu. It's already late. Anyway. Welcome to Malaysia , Darell. " Ucap Tengku Armelia sebelum dia mengakhiri pertemuan singkat itu.

_________________

Sorry for my late update. This week mmg minggu yg sangat busy dgn exam. Sorry again kalau chap kali ni tk best. Idea kering kontang... Krik² jaa. One more thing... Author ucapkn slmat berpuasa untk hari ke-4... 💕🌈 Puasa elok-elok naa... 👑 Adios (●´∀`)

My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now