♠ Bab 23♠

4.1K 202 24
                                    

    
           "Tu. Ambil tu sekali. Aku nak tiga chocolate bar. "

"No. No. Kau tak boleh makan chocolate. Aku belikan lolipop je." Tiga kotak chocolate bar di dalam troli diambil kemudian diletakkan semula di atas rak.

"Duit aku . Suka hati aku lah. " Coklat sebentar tadi diambil semula. Kali ini dua kali ganda banyaknya. Daripada tiga berubah menjadi enam.

"Tak boleh. Letak balik coklat tu. Kalau kau ambil jugak, aku bagitahu Aryan. " Ugut Tengku André sambil bercekak pinggang.

Dari rak makanan hingga ke nak bayar barang pun tak habis lagi bergaduh. Adrinne hanya memerhati sahaja sepasang kembar itu dari dalam troli. Perangai mereka mengalahkan Adrinne yang baru empat tahun sedangkan mereka berdua sudah berumur 17. Riuh habis kawasan kaunter itu dengan pertengkaran mereka.

"Stop ugut aku, boleh?. Okey fine aku tak ambil . Only for today. Tapi lain kali, aku tak janji. " Enam bar makanan manis itu diletakkan semula di rak asal. Dia beredar dari situ . Membiarkan Tengku André membayar sendiri semua jenis barang yang ada dalam troli. Biar sampai abangnya itu botak sebab bayar makanan ringan dalam dua buah troli yang boleh tahan penuh.

"Semua sekali tiga ratus dua puluh lima ringgit dua puluh lima sen. " Lancar akak cashier di situ menyebut jumlah harga barang.

Tengku André pula menelan kesat air liur. Mati lah kalau Nenda Syafiah tahu. Bukannya Nenda Syafiah kedekut tapi dia cuma tak mahu cucu-cucunya boros menggunakan wang.

"Here you are. " Kad kredit pada tangan Tengku André diambil kemudian diberi pada juru wang. Dari tadi Adrinne lihat Tengku André dalam keadaan rela terpaksa untuk serahkan kad kredit. Jadi dia percepatkan keadaan. Kad kredit kemudiannya diberikan semula kepada si empunya.

"Are you okey , Mr Bunny? Kenapa muka Bunny macam pancake? Your face looks like terpenyet. " Muka Tengku André ditarik-tarik. Cuba untuk membetulkan semula mimik muka abang kesayangannya.

"Rinne. Be careful. Nanti jatuh. " Adrinne patuh. Dia duduk semula di dalam troli yang ditolak Tengku André. 

"Your sister ni naughty laa. Orang call bukannya reti nak angkat. " Sudah masuk kali kelima dia buat panggilan tapi tiada satu pun panggilannya dibalas.

"Okey. Kita pergi makan dorayaki dulu. " Serentak itu troli ditolak menuju ke Bakery yang menjual dorayaki.

¤¤¤¤

       Tengku Armelia berjalan keluar dari Mega Mall. Dia berjalan ke  deretan kedai. Hampir 200 meter baru ada kedai yang menarik perhatian. Berjaya Book Srore.

Setelah itu, dia menoleh ke kiri dan kanan bagi memastikan tiada kenderaan. Dia menyeberangi jalan dengan senyuman. Pelbagai jenis novel Inggeris bagai menari-nari di ruang mata. Kan bagus kalau dia dapat baca novel sambil hirup udara satu pagi dengan ditemani bunyi hujan di luar rumah . Namun belum sempat angan-angan tu tercapai. Sesuatu pula menghalang. Sesuatu yang kurang baik.

"ARMELIA. " Tak semena-mena badannya terdorong ke tepi. Si empunya suara yang menjerit memanggil namanya tadi pula sedang merintis sakit. Cecair pekat di bahu kiri lelaki itu.

Tak sempat nak bersoal jawab, sebutir peluru melayang ke arahnya. Tengku Armelia sempat mengelak. Lambat sahaja sesaat lagi, sudah pasti peluru tersebut tembus di kepala.

"Aarghh. What the hell is going on?!" Habis disumpah seranah. Waktu-waktu beginilah pulak dia tak bawa apa-apa senjata. Batu-batu di tepi jalan diambil kemudian dilontar mengenai sebuah kereta berwarna hitam metalik. Terus-terusan dia membaling sehinggakan kereta tersebut pergi dari situ. Nombor plat kereta dihafal sekali imbas.

"Wehh. Tolong aku." Terus pandangan dialihkan ke arah mangsa yang acah-acah nak jadi hero sebentar tadi. Kasihan punya pasal dia papah Tengku Rifqi ke kereta.

"Kau jalan cepat sikit boleh tak? Lembab. "

"Kalau tak ikhlas lebih baik tak payah tolong. Aku boleh jalan sendiri. " Dengan megahnya lelaki itu berjalan walaupun agak perlahan.

Tengku Rifqi diikut dari belakang. Dia mengeluh beberapa kali. Dengan sekali tarikan,  langkah Tengku Rifqi mengikut langkah Tengku Armelia. Tersekat-sekat lelaki itu berjalan.

"Siapa punya kereta kau bawak aku ni? Ni bukan kereta aku. " Pintu kereta dibuka kemudian Tengku Rifqi terus ditolak masuk.

"Take off your shirt, now." Arah Tengku Armelia . Gunting di dalam first aid kit dikeluarkan.

Disebabkan dia malas nak menunggu otak lelaki itu berfungsi dengan seeloknya , baju lelaki itu terus digunting. Macam manalah Tengku Rifqi boleh jadi pelajar kebanggaan Nenda Syafiah? Tak patut dibanggakan pun sebenarnya.

"Kan senang. Aku suruh kau buka baju je pun bukan suruh buka seluar. Lembab. " Sambung Tengku Armelia lagi.

"Take out the cotton. Guna kapas tu untuk tebatkan darah kau. Cepat. " First aid kit diletak di atas riba Tengku Rifqi . Kali ini lebih perlahan.

Maklumlah, muka Tengku Rifqi memang dah macam kena cultural shocked. Terkejut dengan perangai selamba Tengku Armelia yang menggunting bajunya sekelip mata. Tak pernah-pernah dia diperlakukan sebegitu. Perlahan-lahan tangannya bergerak juga mencarik kapas lalu ditekap pada luka. Darah masih belum berhenti sepenuhnya tapi mula perlahan.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni? Ni bukan jalan ke hospital. " Menggelabah Tengku Rifqi sebaik sahaja terpandang sign board .

"Rif. Say aaaa. " Pil berwarna putih terus disumbat ke dalam mulut Tengku Rifqi. Diikuti dengan sebotol mineral water.

"Ubat apa ni?" Mata dipejam celik beberapa kali. Matanya mula kabur . Rasa mengantuk tiba-tiba menjengah. Perlahan-lahan matanya semakin kuyu sebelum dia terlelap di situ.

"Rawat dia secepat mungkin. He lost too many blood. " Arah Tengku Armelia kepada dua orang lelaki sebaik sahaja dia keluar dari kereta. Arahannya dipatuh tanpa banyak bicara. Tengku Rifqi dibawa masuk ke dalam bilik khas untuk dirawat.

"Tunggu kejap dekat situ. Nanti aku sampai. " Panggilan dimatikan. Dia bergegas mengambil kunci kereta. Punya sibuk fikirkan hidup mati lelaki itu sampai terlupa Tengku André dengan Adrinne yang masih di Mall.

¤¤¤¤

"Don't sit here. " Larangan Tengku Armelia tak diendah. Tengku André dengan degilnya duduk di tempat duduk sebelah pemandu. Dua saat kemudian dia keluar semula dari kereta dengan wajah penuh kerutan dan kegelian.

"I 've told you before. " Lolipop yang Tengku André beli disumbat ke dalam mulut.

"Euwww. Kenapa tak cakap ada darah kat sini? " Pintu belakang dibuka. Adrinne yang sedang terlena dipangku atas ribanya.

"Slow down your voice. Nanti Rinne terjaga. Sekali pun aku cakap panjang-panjang kau bukannya faham bahasa. " Kereta mula bergerak melepasi kawasan Mall.

"Macam mana boleh ada darah dekat situ? Baru hilang sejam tak kan kau dah pergi gaduh dengan orang pula kot. "

"It's not mine. "

"Habis tu siapa punya? Takkan lah kau siang ikan dalam kereta. Tak logik tu. " Ayat Tengku Armelia dipotong.

"Boleh sabar tak? Aku cakap tak habis lagi kau dah potong. That's not mine. It's your  lemongrass partner. " Hand brake ditarik.

"Lemongrass? Lemongrass tu apa? " Soal Tengku André. Dia rasa dia tahu tapi dalam masa yang sama dia tak tahu atau mungkin lupa.

"Dah. Kau bawak masuk Rinne. " Sengaja Tengku Armelia menukar topik. Dia tak ada hati nak bercerita. Dia penat.

"Haa. Okey. Okey. Kau tolong buka pintu. " Topik perbualan mengenai lemongrass ditolak tepi. Nanti-nantilah dia tanya.

____________________

Any questions just ask me okeyh... ♥♡♥

My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now