♠ Bab 14 ♠

4.8K 239 3
                                    

  "Andra." Panggil Tengku Andrè. Tengku Armelia yang sibuk dengan tablet masih diam tak berkutik. Fokus dengan permainan video yang berada di dalam gajet abangnya .

"Hoi! Sudah-sudah lah dengan game tu. I have something to tell you." Kusyen bercorak bunga diambil kemudian dibaling laju ke arah muka Tengku Armelia. Namun sempat dielak.

"Kau patut cuba lagi tahun depan." Tengku Armelia senyum sinis. Jari masih lincah bergerak.

"Setakat bantal tu apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan bertan-tan batu yang kau lontar dekat aku dulu tu . Kau tahu tak , sakit. " Cerita ditokok tambahkan.

"So , sekarang ni kau nak ungkit lah?" Tengku Andre dijeling sebelum dia menyambung semula.

" Mana ada aku ungkit. Aku cuma kata aje. Kita sepatutnya luangkan masa sama-sama tapi kau asyik sangat game tu. Aku rasa aku tengah bercakap dengan tunggul sekarang ni." Kata Tengku André lebih kepada diri sendiri. Walaupun sebenarnya dia sengaja perli Tengku Armelia.

"Apa yang kau nak sebenarnya." Gajet tersebut dilempar ke arah Tengku André. Dia marah.

"Soalan yang aku nanti-nantikan setelah sekian lama." Tablet disambut kemas.

"Aku nak kita luangkan masa together. Aktiviti pertama ialah chess ." Sambungnya lagi sambil papan chess jenis kaca diletakkan di tengah meja yang terletak di hadapan sofa ruang tamu.

"Did I say yes to play chess with you?" Dia menjulingkan mata ke atas.

"It's okey . Aku faham yang kau takut kalah dengan aku. Aku tak akan paksa." Balas Tengku Andrè. Kedengaran seperti dia merendah-rendahkan Tengku Armelia.

"Kau cabar aku?" Soalnya geram. Tengku Armelia pantang dicabar.

"It's up to you."Tengku André simpan senyum kemenangan. Dia telah berjaya buat adik kembarnya terasa dicabar. Itu apa yang dia dimahukan.

"Okey. Let's start. If I win this game , aku nak kau tunaikan apa saja permintaan aku. Tapi kalau aku kalah aku akan tunaikan apa sahaja yang kau nak. Do you agree with me?" Sebelah kening dijongket .

"Aku setuju." Jari kelingking bertaut rapat. Kedua-dua mereka bersetuju.

"Sebagai abang yang baik hati. Aku biarkan kau mula dulu." Puji Tengku André pada diri sendiri.

"Jangan menyesal."

Permainan chess dimulakan dengan serius. Saling hentam menghentam. Pertarungan yang melibatkan nyawa pahlawan-pahlawan chess hampir menemui ajal kerana hampir-hampir pecah apabila salah seorang daripada dua kembar itu geram. Semua bagai hendak dibaling. Tanda tidak puas hati.

"Check mate!" Ayat Tengku André bila dia bangga.

"Kau main tipu." Ayat Tengku André bila dia cuba menutup kesilapan yang dia lakukan semasa bermain.

"Aku rasa aku dah sedia untuk dikafankan." Ayat terakhir yang keluar dari mulutnya sebelum pahlawan agung terakhirnya diterajang dan dijentik keluar dengan Queen Tengku Armelia tanpa belas kasihan. Dia pasrah.

"So, dah siap sedia untuk tunaikan apa-apa saja yang aku minta?" Tengku Armelia tersengih jahat. Pelbagai perkara sudah bermain di minda.

"Hmm. Apa dia?" Muka sehabis pasrah ditayang kepada Tengku Armelia. Kerana terpaksa aku relakan .

"Untuk first-first ni aku nak minta yang mudah , simple dan senang je. Aku nak kau belikan aku ais krim perisa mint chocolate chip . Paling kurang pun aku nak satu tupperware ice-cream for every week. Simple , right?"

"Kau gila ke tiap-tiap minggu nak makan ais krim . Ais krim tu benda manis. Karang tak pasal-pasal dua bulan kau dah masuk hospital sebab kencing manis. Kalau kau mati nanti macam mana aku nak jawab dengan Aryan tu? " Bantah Tengku Andrè. Ais krim memang lah sedap dimakan. Boleh dikatakan hampir semua manusia yang berakal dan waras sukakan ais krim. Tapi, kalau dah sampai satu tupperware ais krim untuk setiap minggu tu bukan dah dikira suka. Tapi dah tahap ketagih. Selamat yang diketagihnya itu ais krim bukannya dadah.

"Kau ikut je lah. Yang banyak cakap sangat kenapa? Benda simple ." Jeling Tengku Armelia. Tangannya pantas menarik helaian rambut Tengku André kuat. Sampai mengaduh abangnya.

"Hmm. Ye lah. Ye lah. Aku setuju." Malas dia hendak berbalah. Akhirnya dia mengalah .

"So, aku dah tak sabar nak bagitahu permintaan aku yang nombor dua. "Ujar Tengku Armelia. Terlongo Tengku André mendengar ayat adiknya. Dia ingatkan dah habis rupanya ada lagi.

"Apa pula lepas ni? Tadi kau nak ais krim. Sekarang kau nak Iphone pulak tiap-tiap hari?" Sindir Tengku André.

"Yes , aku baru nak bagitahu tapi kau dah cakap . Aku nak Iphone tapi aku tak lah kejam sangat sampai tiap-tiap hari nak benda tu. Kalau boleh aku nak benda tu sekarang. Amacam , boleh tunaikan ke ?" Tengku Armelia buat keputusan mengejut. Tengku André dah bukan main marah pada diri sendiri. Menyesal dia sebut perkataan Iphone tu tadi. Menyesal pun dah tak berguna sebab bila Tengku Armelia nak dia akan dapatkan. Nasib kau lah André.

"Weh , André. Aku nak tanya kenapa  aku tak nampak pun Nenda dekat sekolah pagi tadi?"

"Memanglah kau tak nampak sebab Nenda peergi kursus dekat Sabah tiga hari kot. Rasanya esok Nenda dah ada . Petang ni balik .Tak silap akulah." Jawab Tengku André. Tengku Armelia mengangguk faham.

"Pasal permintaan kau yang nombor dua tu , boleh tak aku tangguh esok? Boleh laaa... " Pujuk Tengku André sambil mata dikerdip acah comel.

"Hmm." Malas-malas Tengku Armelia menjawab . Kepala Tengku André terus ditolak kuat . Malas dia nak layan .

"Apa ni main kepala pulak? Habis zakat aku ." Hilang terus senyumannya. Kepalanya diusap perlahan. Kalau ditolak guna bantal kusyen tak apa lah. Tapi kepalanya ditolak dengan remote televisyen . Keras pulak objek tu mana tak sakitnya.

Tengku Armelia buat-buat tak dengar. Maklumlah , budak baru nak up memang perangainya begitu. Dia terus bangun dari sofa kemudian terus ke dapur. Tiba-tiba tekaknya rasa haus.

_____________________

(๑•́ ₃ •̀๑)
Tenkiu for reading. Chap yg  akn dtang maybe hari sabtu or ahad. Stay tuned & thanks to all of the readerzz and supporter💕. Esk dkat sklh ada pertandingan sahibba. Wish me luck ...oyeahh😉🌈

My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now