♠ Bab 32 ♠

3.4K 164 14
                                    


"Dah jumpa ke belum? Lamanya weh. Kau berjalan ke merangkak sekarang ni? "

Tengku Rifqi gulingkan mata ke atas. Suka hati dia je nak kata dia merangkak. "Betul ke jalan ni? Dari tadi aku tak nampak pun. "

"Aku dah bagi boek punya alamat tu. Aku sent tak pernah silap. " Tengku André menepis dakwaan Tengku Rifqi.

"Haa. Iya lah tu. "

"Iyaa lah. Kenapa? Tak percaya? Biar aku buktikan. Setalah ditambah lima tolak tiga bahagi dua darab tujuh , sekarang ni kau ada depan Mac D kan? 20 meter dari situ ada trafic light yang belang-belang hitam putih kan?" Dengan tenang Tengku André menjawab. Pelusuk mana pun Tengku Rifqi ada sekarang ni dia tahu. Jutaan terima kasih untuk tracker yang dia pasang dalam telefon Tengku Rifqi. Tanpa alat penjejak tu, siapalah dia. Tak boleh lah dia nak berlagak macam dia ada kebolehan psikik sekarang ni.

"Hoii. Hello. Hoii." Manusia di Benua Asia ni dah terjerit menanti manusia yang seorang tu dekat Benua Amerika Utara bersuara. Takkan tergamam sampai bisu nak menjawab panggilan si Tengku André ni?

"Perlu ke kau terjerit-jerit, Icad? Aku tak pekak lagi." Jeritan Tengku André mematikan rasa tergamam setelah semua yang Tengku André teka betul belaka.

Tengku Rifqi jauhkan telefon dari telinga. Kalau hari-hari telinga Tengku Rifqi terima jeritan kuat begini, mahu pekak lah jawabnya.

"Okey. Okey. Aku tak jerit dah. " Tengku André dari seberang sana mencebik bibir. Tak padan dengan umur, perangai serupa budak-budak.

"Kau kata tak jerit harini. Nanti jerit jugak kan?"

"Apa-apa je lah. Sekarang ni kau seberang jalan. Lepastu jalan depan sikit. Then, sampai. " Tengku André sambung semula kerjanya sebagai International Waze Tengku Rifqi. Yang bezanya, International Waze ni bukan bersuara lembut. Tapi, bersuara speaker yang agaknya sudah boleh memekakkan mana-mana sahaja telinga manusia biasa yang masih belum pekak. Jadi, Tengku Rifqi rasa jangan lah sesekali menggunakan khidmat International Waze ni. Peritnya telinga tu sudah dia alami.

"Okey. Aku dah masuk. Firstly, aku nak tanya. Kau tempah bilik aku atas nama siapa? Kau ke aku? "

"Kalau aku kata aku tempah atas nama cinta cemana? " Sejurus beloyar buruk yang tak menjadi Tengku André gelak kuat.

"Ha. Ha. Ha. Tak lawak weh! Patut ke aku chia, chia kan? Aku mohon sangat jangan buat lawak hambar atau sebarang pickupline. Langsung tak lawak. " Tengku Rifqi mendecit. Dia sangat pasti yang beberapa orang tengah pandang dia semacam. Tambah-tambah pula bila suara Tengku André yang galak ketawa yang seakan-akan puntianak mengilai. Sangat memalukan.

"Alaa. Tak sporting laa kau ni. Cuba support sikit lawak aku ni. Kau dengan Andra sama je. Tahu serius je memanjang." Balas Tengku André perlahan. Sedih lah tu bila Tengku Rifqi tak melayan lawak hambarnya.

"Then, kau nak aku mengilai sama-sama dekat sini? Dengan berpuluh-puluh mata pandang aku. Aku malu kat sini. Kau pulak berjimba gelak kat sana? Agak-agak lah weh."

"Sekarang ni sekali lagi aku tanya. Kau booked atas nama kau ke aku? " Balik ke topik asal. Penat nak melayan. Kalau boleh sekarang ni dia nak masuk bilik dan rehatkan diri dulu lepastu keluar makan. Lepas tu baru dia nak fikir rancangan seterusnya. Lagipun, dia tak plan pun cuti yang sepatutnya dia habiskan masa mereput dekat rumah bertukar menjadi holiday trip. Dari Paris, Perancis. Dan sekarang dia dah jejak kaki sampai ke Kanada.

"Okey. Aku booked atas nama aku. " Tiada lagi loyar buruk atau lawak hambarnya. Tengku André terus memberikan jawapan yang sepatutnya dijawab lebih awal. Dia cuma straight to the point.

My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now