♠ Bab 10 ♠

5.4K 243 7
                                    


  "Kenapa dengan muka kau tu?" Tanya Tengku Rifqi. Gelas yang berisi jus epal di atas meja diambil kemudian diteguk laju. Maklumlah, cuaca sekarang ni kan panas .

"Aku wrestling." Jawab Tengku André. Saja tidak memberi tahu perkara sebenar. Tuala yang mengandungi ais batu dituam di bahagian muka. Rasa sejuk dan kebas mula terasa.

"Wow. With who? "Perasaan ingin tahu mula menerjah. Tak pernah-pernah dia tengok Tengku André lebam disebabkan bergaduh. Kalau setakat luka sebab jari tersepit dekat pintu rumah tu ada la. Kadang-kadang dia sendiri keliru sama ada dia berkawan dengan lelaki atau perempuan.

"Adik aku. Auchh. Adu. Du." Jawabnya. Sesekali suara jantannya terkeluar.

"Adik? Masa bila kau ada adik? Aku tak tahu pun. " Sesi menemu ramah bermula.

"Ada apa kau datang sini? Kalau nak hang out, sorry. Not today. Aku tak ade mood nak keluar. " Tengku André sengaja menukar topik.

" Saja datang sini. Ni pun aku sempat lari dari king control tu. Kalau tak, asyik kena menghadap buku je. Dia ingat aku ni robot? I need freedom. By the way, adik kau tu perempuan ke lelaki? " Sekali lagi dia meneguk minuman.

"Aku sendiri pun tak pasti. Khunsa maybe. " Jawab Tengku André main-main . Kalaulah Tengku Armelia dengar apa yang dia cakap sekarang ni. Mahu mati di rendam dalam kolam agaknya.

"Burghhhh." Tersembur habis minuman yang Tengku Rifqi minum. Beberapa titis termasuk ke dalam mulut Tengku André.

"Euwww. Air kau tu termasuk dalam mulut aku. Disgusting. " Jerit Tengku André. Dia berkumur beberapa kali.

"Chill bro. Yang tu pun kau nak kecoh. Aku tak sengaja tadi tu." Kain diambil kemudian dilap pada bahagian meja yang basah.

"Aku nak keluar lepas ni. " Kata Tengku André.

"Tadi kata tak de mood. Sekarang apa cerita pulak? " Soal Tengku Rifqi.

"Tu tadi. Sekarang dah okey. Aku nak pergi hantar uniform je. Kalau kau nak stay dekat sini, jaga rumah aku ni elok-elok. Sebelum maghrib aku balik. " Kata Tengku André sambil mendaki anak-anak tangga.

"Hemm. Okey." Balas Tengku Rifqi. Matanya masih melekat pada telefon baharu yang dibelinya semalam. Sibuk dengan permainan video.

"Aku pergi dulu." Beritahu, Tengku André. Pintu utama kemudiannya ditutup.

¤¤¤

" Finnaly. " Badan dihempas ke atas sofa. Setelah berjam-jam dia menghias katil , baru sekarang dia berehat.

Mata dipejam seketika. Keadaan dalam biliknya pada malam ini cuba dibayangkan. Bilik yang gelap hanya akan diterangi lampu-lampu LED kecil yang dililit pada bahagian atas dan tepi katil. Senyuman tersungging di bibir.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now