♠ Bab 20♠

4.6K 226 26
                                    

Royalé Fleures Villa

Kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Tengku Armelia melintasi ruang tamu utama untuk ke tingkat atas.

"Assalamualaikum. Yuuhuu, rumah ni untuk orang Islam je. Kalau bukan Islam sila keluar ye." Suara si abang yang sedang khusyuk menonton drama apa entah. Mengejutkan Tengku Armelia.

Tengku Armelia tak jadi mendaki tangga sebaliknya sofa single ruang tamu dituju.

Tengku André masih menonton televisyen. Tanpa dia sedar, Tengku Armelia menghampiri dia dengan perasaan bengang tak terkata.

"Waalaikummusalam. " Balas Tengku Armelia. Bantal busuk abangnya di lantai diambil kemudian ditekup sekuat mungkin pada muka abangnya. Terkapai-kapai lelaki itu cuba untuk melepaskan diri.

"Lep.. As.. Akk... Ku.. Tak.. Leh Fas. " Tersekat-sekat Tengku André berkata. Dia tak boleh bernafas kerana ditekup kuat dengan bantal.

"Ehukk... Kau gila ke?! Nak bunuh aku ke apa ni?! " Jerit Tengku André setelah terlepas dari penyeksaan sang bantal dan adiknya yang durjana. Kalau dia tahu dia tak akan perli Tengku Armelia sebegitu. Dia serik.

"Kau yang cari pasal dengan aku dulu. Padan muka! " Tengku Armelia balas jeritan Tengku André. Dia ingat dia seorang sahaja yang ada suara sampai nak menjerit tak tentu hala. Dah la villa ni besar. Suara Tengku André tu boleh buatkan kawasan ini bergema.

"Apahal kau jerit kat aku? Aku tengah marah ni.! Kasi aku sorang jerit sudah la! " Kata Tengku André tak puas hati. Bantai busuknya diambil semula kemudian dilempar tepat mengenai bahu Tengku Armelia. Membuatkan gadis itu mencerlung tajam ke arahnya.

"Shut. Up. André. " katanya sepatah-sepatah dengan suara mendatar.

Tengku André terus duduk semula di atas sofa. Dia faham benar dengan sikap Tengku Armelia. Kalau dah siap dia dapat jelingan maut sebegitu. Ini bermakna, Tengku Armelia dalam mood yang tak beberapa nak baik. Angin monsun timur laut mungkin. Dia kemudiannya bangun lalu berlalu ke dapur.

Lima minit kemudian dia kembali dengan semangkuk jeruk buah-buahan. Mangkuk diletakkan di atas meja sebelum dia melabuhkan duduk semula.

Tengku Armelia hanya memerhati. Buah apa yang ada dalam mangkuk tu pun dia tak tahu.

"Tu buah apa, André? " Soal Tengku Armelia.

"Entah. Aku tak tahu pun apa nama buah ni. " Balasnya. Buah yang berwarna merah digigit sedikit demi sedikit. Rasanya manis. Buah merah tersebut meninggalkan kesan pada tangannya.

Sebiji lagi diambil dan digigit. Kali ini gigitannya berbaki. Telefon dicapai. Skrin telefon dijadikan cermin. Dia mula menggerakkan buah tersebut pada bibirnya ala-ala lipstik.

Tengku Armelia pandang Tengku André pelik. Tiba-tiba sahaja si abangnya itu diam.

"Kau buat apa tu, André? " Serentak itu, telefon yang menjadi penghalang pandangannya diturunkan. Terkejut dengan apa yang disaksikannya sekarang.

"Kau pakai lipstik ke apa tuh? " Bibir Tengku André merah terang. Dia sendiri pun tak pernah pakai lipstick warna macam tu. Sepanjang dia hidup, dia pernah pakai lipbalm sahaja.

"Merah sangat ke? "

"Kau tengok ni. " Gambar abangnya yang siap diambil sebentar tadi diserahkan kepada Tengku André. Lelaki itu terbeliak biji mata melihat wajah sendiri.

"Seriously! Is this me?! Kenapa nampak cute semacam je ni?! " Ujarnya nada tak percaya. Kembang setaman melihat diri sendiri.

"Cute kepala hotak, kau. Aku tengok dah serupa Sajat versi lelaki je. Kau nampak girly sangat. Dengan mulut merah menyala macam tu. " Tengku Armelia buat aksi nak muntah pelangi depan Tengku André.

"Well , I can smell something fishy right here. Kau jealous lah tu. "

"Tak ada masa aku nak jealous. Muka pun macam toilet tak siap."

"Kau kata aku ni muka toilet tak siap. We are twins. If that so, you said it to yourself too. " Jawab Tengku André. Kening diangkat beberapa kali.

"Aku rasa ada something wrong somewhere kat sini. Apa ye? Let me think." Dagu diusap perlahan dengan jari merahnya. Dia renung Tengku Armelia dalam.

"What? " Renungan Tengku André dibalas. Siap jelingan lagi. Lain macam pula renungan abangnya tu. Firasat dia menyatakan akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku sekajap lagi.

"I think, I know what is it." Tengku André senyum misteri. Sambil itu buah merah di dalam mangkuk diambil kemudian di gigit.

"Jangan André. I'm warning you." Firasat dia betul bila lihat Tengku André sudah mula bergerak mendekati dia dengan buah di tangan.

"Relax, Andra. I just want to make you fall in love with this sweetie red. " Langkah adiknya dikejar. Dia dah bertekad, dia akan pastikan bibir adiknya juga merah sepertinya. By hook or by crook.

"Jangan dekat. I warned you. I don't like it. " Tangan Tengku André ditepis berkali-kali.

"No. Kau kena buat jugak. Please. Only for this time."

"Biar aku buat sendiri. "Buah ditangan abangnya dirampas. Dia
menyapu bibirnya sekilas.

"Apa ni? Kau buat tak terang. Kasi aku buat . " Buah tersebut dirampas kembali. Pipi Tengku Armelia dipegang .

" This is what we call make up." Setelah siap mewarnakan bibir adiknya, buah tersebut terus disumbat ke dalam mulut Tengku Armelia . Tersedak dia dibuatnya.

"Fasa seterusnya, kita ambil gambar pulak. " Bahu Tengku Armelia ditarik rapat. Beberapa keping gambar diambil namun dia masih belum puas hati.

"Lastly. Please smile. Andra, say cheesseee. " Gambar kali ini buat dia tersenyum puas. Tengku Armelia senyum sedikit walaupun muka terpaksa tu tetap ada. Dah tak boleh nak sorok.

"Ini dikatakan siblings goals." Gambar tadi dilihat semula. Berlatar belakangkan pokok kaktus dan dinding bercat ungu pun dah buat dia tersengih.

" Delete semua gambar tu. Aku tak suka. " Kali ini Tengku Armelia pula yang merenung telefon di pegangan Tengku André. Jika haritu dia mampu patahkan monopod Tengku André sebab geram. Tak mustahil hari ini dia retakkan telefon itu atas sebab yang sama.

" Jangan tenung macam tu. Aku korek biji mata kau nanti. " Dia kenal benar dengan renungan dendam Tengku Armelia tu. Penuh dengan muslihat.

"So, delete it now! " Kata Tengku Armelia sebelum dia bangkit berdiri. Tiba masanya untuk dia hilangkan warna merah itu. Selamat tak ada orang luar yang nampak.

"Okey... " Dia senyap seketika. Setelah yakin Tengku Armelia sudah jauh dari situ dia sambung kembali.

"Tapi aku tak janji. " Gambar terus disimpan dalam fail galeri siap dengan kata laluan lagi. Defend sekiranya ada makhluk yang tergerak hati atau tergatal tangan untuk buka galerinya. Sekurang-kurangnya dia berjaga-jaga.

____________
Promote :

Hayyan
By: putrientsya

Kerana Takdir
By: @Itstrawberi_

_____________

How's today? Okey ke idok... Anyway, tq for vote & read.. Author ada satu soaln... Dlm beberapa bab lagi akn ada scene dkat oversea... So,boleh reaederz bagi pndapat sama ada Canada or Alaska ? Mohon sesangat ni. Author nk kna cari info pasal negara ² tu. Author akn guna negara yg pling byk readerzz komen. Next chapter mcm biasa... Rabu or Khamis ni .Insya allah. 🍄♥♥♥

My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now