♠ Bab 16 ♠

4.7K 243 9
                                    


Tasik Citra

  "What is it? Apa yang penting sangat sampaikan nak jumpa aku? "Soal Tengku Armelia sebaik sahaja dia ternampak susuk tubuh seorang perempuan yang sedang berdiri menghadap air tasik yang bergelora ditiup angin malam. Jika dilihat dari sudut belakang memang tak nampak  macam perempuan. Tapi bila diamati betul-betul . Akan ada perbezaannya.

Hampir setengah jam yang lepas dia mendapat pesanan ringkas . Katanya hendak bincang mengenai pembunuh yang menyebabkan kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia. Selang beberapa minit , dia diberitahu lokasi perjumpaan. Oleh sebab itulah Tengku Armelia bergegas ke mari.

"Aku Zedriana. Kau boleh panggil aku Zed. Nice to meet you Lia. " Zed menghulurkan tangan tanda salam perkenalan.

"Siapa Lia?" Soalnya pelik. Walaupun ragu-ragu salam perkenalan itu disambut jua.

"You are Tengku Armelia , right? You have a brother named Tengku Aryan Anaqi . And twin named Tengku Arshad André. Lia tu singkatan Armelia. I will call you Lia. Is that will be okey , Lia?" Sebelah kening dijongket sambil mulutnya lancar menayakan soalan.

"How can I trust you? " soal Tengku Armelia lagi. Bukan mudah untuk dia percaya dengan orang yang baru sahaja dia kenal tak sampai 30 minit. Berwaspada itu penting.

"Ermm... Let me think. You can call your brother. He know me well." Dia senyum sedikit. Tengku Armelia dah mula buat muka pelik. Dari cara Zed bercakap dah macam Zed tu kawan lama abangnya. Kalau betul kenapa dia tak pernah tengok pun. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Okey. Give me a few minutes." Kata Tengku Armelia. Dia bergerak sedikit menjauh untuk membuat panggilan.

Jam di dalam Iphone terbarunya di jeling sekilas. Sekarang baru masuk pukul 11:28 minit malam. Ini bermakna yang di Perancis masih lagi petang. Kemudian , panggilan terus dibuat. Dia menunggu panggilan sebelah sana bersambut. Selang beberapa saat , kedengaran suara orang seperti bertekak di corong telefon.

"Hello... Who's there?" Suara Tengku Aryan memulakan bicara.

"I'm your Grim Reaper." Balas Tengku Armelia dengan suara yang sengaja diseramkan.

"This is not funny , Andra. Ada apa kau call aku ni ?" Balas Tengku Aryan . Dia dah boleh bayang muka adiknya yang tengah buat muka timun tak matang.

"Dah tahu . Tapi tanya lagi. Andra nak tanya. Siapa Zed?" Tanya Tengku Armelia. Menyuarakan keraguan yang bertamu di fikirannya sejak tadi. Kemudian, dia terdengar Tengku Aryan terbatuk atau lebih kepada tersedak . Baru tanya satu soalan dah tersedak. Something is wrong here. Dia senyum simpul.

"Apa kau ni? Habis baju aku. Andra abang kau ni pengotor!!" Jerit seorang lelaki. Rasanya dia dah boleh agak gerangan manusia yang terkena semburan padu abangnya. Siapa lagi kalau bukan si Doktor Sotong tu. Tengku Aniq Asfan. Cara jerit pun dia dah tahu.

"Abang . Kasi Andra cakap dengan  sotong tu kejap." Pintanya .

"Kejap. Adik aku nak cakap dengan kau. Nah." Telefon pintar Tengku Aryan bertukar tangan.

"Hello. Kau rindu aku ke apa ni? " usik Tengku Aniq Asfan. Dia pasti sangat yang muka adik saudaranya tengah merah menahan marah.

"Buang masa aku rindu kau. Siapa Zed?" Soalnya tanpa membuang masa. Melambung lah bil kalau buat panggilan lama-lama. Selamat bukan dia yang bayar.

"Burghhh... Uhuk. Uhuk."

"Aku baru je lap air tadi. Yang kau ni dah kenapa sembur-sembur bagai?! Kau lap sendiri air tu!" Tengku Aryan dah mula marah.

Tengku Armelia pelik kuasa dua. Kenapa mesti Tengku Aniq Asfan dan Tengku Aryan tersembur setiap kali dia menanya 'Siapa Zed'. Pasti ada sesuatu yang dia tidak tahu.

"Hello. Aku tanya satu soalan yang tersangatlah mudah kepada dua orang yang berbeza. Tapi kenapa both of you bagi jawapan yang sama. Tahu apa jawapanya ? Sembur . That's the answer!" Panggilan suara di tutup kemudian terus dia buat panggilan video. Tercengang dua orang manusia tu lepas disembur dengan ayat Tengku Armelia.

"So. Now. Aku nak jawapan kepada soalan aku tadi."

"Erkk... Aku pergi toilet dulu. Bye Andra. Kirim salam aku dekat Andrè yaa." Terus muka Tengku Aniq Asfan hilang . Kini , tinggal abangnya , Tengku Aryan.

"Aku bagitahu. Tapi janji dengan aku yang kau kuat , Andra. Can you? Sebab aku tahu yang tak ada sesiapa boleh lap air mata kau nanti. André tak ada kat sana. Aku pun tak ada kat sana. " Kali ini suara Tengku Aryan lebih lembut dan perlahan . Dia cuba untuk tidak membuka kisah lama.

"Hey , brother. I'm your tough girl. Tell me. Andra tak akan nangis laa." Ujar Tengku Armelia . Dia sendiri pelik kenapa abangnya takut benar dia menangis khasnya disebabkan jawapan yang dia ingin tahu . Siapa Zed?.

" Putri Zedriana Aliqa binti Putra Zarith Al-Amin. Rasanya kau dah boleh agak kan siapa." Nama penuh perempuan yang bernama Zed itu disebut lancar. Bunyi dah macam nak akad nikah.

"Don't tell me that she..." Tak sanggup Tengku Armelia menyambung ayatnya. Terasa seperti dia membuka kisah lama.

"Yes. She is. Putra Zayn Arfi 's sister. " Kenyataan Tengku Aryan membuatkan mulut Tengku Armelia terkunci . Sungguh dia tidak menyangka yang Zed ada kaitan dengan seseorang yang hampir-hampir pernah dia cuba untuk lupakan.

"Andra. Kau jangan diam. Ni lah sebab aku dengan Aniq tadi tersedak. Kita orang cuma tak nak  kau terfikir kisah lama. " Jelas Tengku Aryan. Mulut Tengku Armelia yang tiba-tiba diam buatkan dia risau.

"Nahh. Andra okey je . Don't need to worry. Okeylah. Andra off dulu. Bateri nak mati dah ni." Setelah Tengku Aryan mengangguk dia terus menutup panggilan video.

Matanya melilau mencari kelibat Zed. Namun tiada. Mungkin ke tandas agaknya.

Tengku Armelia pandang ke arah tasik yang bergelora. Angin yang sepoi-sepoi bahasa bagai meniup lembut mengenai kulitnya. Dia mengembus nafas berat.

"Putra Zayn Arfi." Perlahan dia menyebut . Nafas cuba diatur perlahan. Mata dipejam seketika. Serentak itu juga ada air hangat yang mengalir di celahan tubir mata. Sungguh dia rindu. Benar-benar rindu kenangan lama.

________________________

Amacam...okey ke hampehh.. Hehe. Rasanya dah boleh agak kn siapa gerangan Putra Zayn Arfi tu... He was someone special..🌈 Okeyahh... Tq for reading...love u all 💕💕 mcm biasa next chap hari sabtu or ahad ni yaah... Klau siap awal author akn update awal yee... Author hnya mmpu merancang Allah yg tentukn... Kalau ada kekurangan tu sila-sila lah bagitahu... That's all... Bubye😉♥♥♥

My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now