♠ Bab 19 ♠

4.6K 240 4
                                    

 
      "Boleh ajarkan aku pasal ni tak? " Buku latihan bahasa Melayu ditolak sedikit mendekat ke arah Mia Syaza.

"Yang mana satu? Essay? Peribahasa ? Pantun atau sajak? " Semua latihan yang tercetak pada muka surat 28 dan 29 di sebut.

"All of that. " Balas Tengku Armelia. Dia tersengih sedikit mengenangkan kelemahan yang dia sendiri maklum. Dia lemah mata pelajaran Bahasa Melayu.

" Jangan buat muka terkejut macam tu. Aku tahu aku teruk dalam subjek ni." Sambungnya lagi bila terpandang muka Mia Syaza yang dah macam tertelan nanas berbulu .

"Tak. Saya cuma pelik. Tak kan lah awak tak tahu sikit pun pasal ni? " Ujar Mia Syaza lagi tak percaya dengan pernyataan yang keluar dari mulut gadis dihadapannya ini.

Tengku Armelia angkat bahu. Dia dah malas nak kata apa. Susah bila bercakap dengan orang di hadapannya ini. Dia tak berminat nak terangkan sebab atau kisah yang menjadi punca dia teruk dalam subjek Bahasa Melayu. Nak percaya, percayalah. Kalau tak pun dia kisah apa. Tak bazir sesen pun.

" So, know. Boleh kau mula ajar aku pantun apa semua ni?" Soal Tengku  Armelia mengalih topik. Dia malas nak dengar soalan dan jawab soalan yang Mia Syaza ajukan.

"Oh. Ya ya. Soalan nombor tiga ni dia tanya pasal maksud pantun. Pantun ni ada banyak jenis dan baris. Pantun teka-teki, nasihat and so on. Ada pantun yang dua baris, empat, lapan dan banyak lagi. Kebiasaannya soalan akan beri pantun dalam empat atau enam baris. Tapi tu pun kadang-kadang tak menentu . Pantun dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian atas ni pembayang. Bahagian bawah pulak maksud. Setiap perkataan yang paling hujung perlu sama. Contohnya, suntikan dengan kebajikan. Dua-dua perkataan ni ada sebutan yang sama dekat hujung. " Mia Syaza berhenti seketika. Memikirkan ayat yang sesuai untuk menerangkan supaya Tengku Armelia lebih faham.

Penerangan itu tak berjalan lama apabila tiba-tiba seorang junior tingkatan tiga datang mengganggu.

"Saya ada pesanan. Tadi Puan Pengetua panggil akak. Dia nak jumpa dekat bilik pengetua sekarang. " Ringkas budak junior itu menyampaikan pesanan. Dia terus berjalan laju meninggalkan kawasan pondok belajar apabila seorang perempuan memanggilnya. Mungkin rakan si budak junior tadi. Kerana mereka nampak sebaya.

" Tolong kemaskan barang aku kalau aku lambat. I got to go now. " Kata Tengku Armelia sebelum dia bangun dari kerusi kayu yang berwarna oren. Mia Syaza pula mengangguk faham. Dia sambung semula kerja sekolah matematik tambahan manakala Tengku Armelia terus pergi ke bilik Pengetua, Nenda Syafiah.

¤¤¤

'Tuk' 'Tuk' 'Tuk'

   Setelah mendapat kebenaran masuk, barulah Tengku Armelia melangkah masuk. Kelihatan Nenda Syafiah sedang menyemak beberapa dokumen dan fail. Dia mengambil tempat di hadapan Nenda Syafiah. Sebuah senyuman diberikan ala kadar.

"Andra sihat? " Soal Nenda Syafiah prihatin selaku Nenda Tengku Armelia. Semua perkembangan cucu-cucunya pasti diambil tahu. Hal ini termasuklah sebab Tengku Armelia balik ke sini pun dia tahu.

"As usual, Nenda." Balas Tengku Armelia.

"Alhamdulillah. Sebenarnya, Nenda panggil harini ada sebab. "

"Sebab? "

"Nenda dapat tahu yang Andra hampir fail dalam exam. Is that true, Tengku Armelia? " Soal Nenda Syafiah serius.

Tengku Armelia telan air liur laju mendengar soalan Nendanya. Macam mana Nendanya itu dapat tahu pun dia tak tahu. Yang dia ingat, kali terakhir dia ambil peperiksaan Bahasa Melayu pada hujung tahun lepas semasa di Perancis. Dan markah dia memang nyawa-nyawa ikan. Lagi dua markah hampir gagal. Dia juga tahu yang keluarganya sangat bencikan kegagalan. Tak kisah lah dalam bidang apa sekali pun. Semua mesti diselesaikan dengan tip top.


"So, now . That's why I called you today. Nenda dah ada rancangan untuk Andra mantapkan lagi subjek ni. " Kata-kata Nenda Syafiah terhenti apabila pintu dikuak dari luar. Musuh seteru dia masuk dengan penuh bergaya. Dan. Sopan. Once again. Tengku Rifqi sopan. Tengku Armelia tak percaya dengan apa yang lihat kala ini. Musuh dihadapannya ini sudah mula belajar mengenai prinsip rukun negara yang kelima. Kesopanan dan kesusilaan.

"Have a seat, Rifqi. Maaf sebab ganggu pelajaran kamu sekarang. Memandangkan dua-dua dah ada kat sini. Saya ada perkara nak bagitahu kamu berdua. " Nenda Syafiah senyum melihat anak murid yang dinanti-nantikan sejak sepuluh minit yang lalu.

"I think both of you mesti dah kenal kan? Okey lah. Macam ni. Armelia . Rifqi will be your Malay subject tutor.  Faham? " Ayat Nenda Syafiah yang mampu buat Tengku Armelia dalam dilema sebulan. Kenapa dalam banyak-banyak manusia di atas muka bumi ini. Tengku Zidan Rifqi aka Iphone breaker aka musuh seteru nya juga yang terpilih. Malang sungguh nasibnya.

"Faham. " Suaranya seakan keluar tak keluar sama banyak. Perlahan benar. Raut muka pun dia kawal sehabis baik. Kelemahan mana boleh ditunjuk terutamanya dengan mamat sebelahnya itu.

Stay steady. Stay cool.

"Good. Before that. Any objection? Kalau tak ada rasanya kamu dah boleh masuk kelas semula. " Ujar Nenda Syafiah. Tengku Rifqi terus bangun diikuti Tengku Armelia. Sebaik sahaja kaki melepasi pintu bilik Pengetua, hujung baju lelaki itu ditarik kuat secara paksa. Banyak sangat perkara yang perlu di selesaikan sekarang ni.

"Kau dah kenapa main tarik-tarik baju aku?!" Marah Tengku Rifqi. Tangannya cuba menepis tangan Tengku Armelia yang masih melekat pada hujung baju seragam sekolahnya.

Tak sempat ditepis. Tengku Armelia lagi cepat menarik tangannya. Sengaja dia pegang baju tu lama-lama.

Tahu sebab apa?

Bukan sebab suka. Tapi sebab dia nak tengok baju tu kedut banyak-banyak. Biar sampai kedut sejuta pun dia tak kisah. Kalau tangannya boleh keluarkan dakwat macam sotong. Objek pertama yang akan dia mandikan dengan dakwat-dakwat tu ialah manusia di hadapannya ini. Itu dia suka.

"We need to talk! " Balas Tengku Armelia. Tangannya tadi di layang-layangkan di atas pokok. Berlakon mengelap tangan yang kononnya ada kuman, bakteria dan mikro organisma yang lain selepas memegang baju Tengku Rifqi tadi. Dia dapat lihat manusia itu sedang menggelegak menahan marah. Kalau jerang air pun dah boleh dibancuh Milo sekarang ni.

"What? Kalau pasal tadi. Aku dah anggap benda tu dah settle. Kau sendiri dah dengarkan semua tadi. Aku jadi tutor  kau. Dan kau jadi murid aku." Balas Tengku Rifqi. Dia tak nak serabutkan kepala.
 
" I just wonder why you didn't give any objections just now? Aku sangat pasti yang kau pun tak setuju. " Soalan yang dah lama terbuku tadi diluahkan juga.

" Macam mana kau yakin yang aku betul-betul tak setuju?"

"Habistu kau setuju? " Soalnya lagi.

"Ada aku cakap aku setuju ke? Tak kan? So. Know excuse me. Ke tepi aku ada banyak benda lain nak kena buat." Tengku Armelia yang menghalang laluannya ditolak ke tepi. Dia berjalan ke kelas dengan senyuman sinis yang tak lekang di bibirnya. Seronok kerana tak lama lagi dia akan perkenakan 'bakal student' nya tak lama lagi. Tengku Rifqi gelak jahat dalam hati.

¤¤¤

Dear Readerzzz 💕... Author nk ucpkn trima kasih. Dankie. Kamsahamnida. Arigatogazaimas. Thanks for vote & read my first novel ni... Alhamdulillah dh dpt 1k+ votes🌟. As usual, chap sterusnya hujung minggu ni yaa... Klau ada kekurangan ,typo or grammatical errors tu bagitau je laa... Author akn cuba baiki. 😺 Keep votes & read my story yaaa... Bubye assalamualaikum 🎃

My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now