♠ Bab 11 ♠

5.2K 252 20
                                    

"Bezzz . Bezzz"

Telefon yang telah disenyapkan bergetar menandakan panggilan masuk. Gadis yang berambut serabut itu mula menunjukkan respons. Tidurnya terganggu apabila telefonnya bergetar dari tadi.

Dengan mata yang tertutup, tangannya meraba di celah-celah bantal dan selimut. Sebaik sahaja, terasa benda yang berbentuk segi empat , benda tersebut terus diletakkan di sebelah telinga.

"Hello?" Sapanya dalam keadaan mata yang memberat. Menahan kantuk yang masih bersisa. Tiada balasan. Yang peliknya, gegaran di atas katil masih terasa. Pelik.

Mata terus dibuka. Terkejut beruk dia apabila melihat objek yang disangkakan telefon rupanya objek lain.

"Power bank? " Objek yang berbentuk segi empat tadi dilempar perlahan. Telefon bimbitnya pula dicari.

"Hello?"

"SABRINA... MY HOME NOW!! " jerit pemanggil di sebelah sana membuatkan telefonnya hampir-hampir terlepas.

"Hah ?" Telefon tadi dipegang lebih kemas.

"Datang rumah aku sekarang. I need your help. Now. "Arah Tengku Armelia sebelum panggilan terus diputuskan.

Tercengang sebentar Tengku Sabrina. Otaknya masih 'loading' menafsirkan perkara yang baru sahaja berlaku.

Dalam beberapa minit kemudian, dia sudah siap untuk pergi ke rumah Tengku Armelia. Nampak gayanya, waktu pagi-pagi buta ni lah dia perlu memandu.

¤¤¤

"Apa kena kau suruh aku datang pagi-pagi buta ni. Lagi dua jam, aku nak pergi sekolah. Kata Tengku Sabrina sambil berbaring di atas sofa yang terletak di penjuru bilik Tengku Armelia.

Tengku Armelia tidak menjawab sebaliknya, benda yang berbulu dilempar tepat di atas muka Tengku Sabrina yang hampir-hampir masuk ke alam mimpi sekali lagi.

"Oh mak kau letup!" Latah Tengku Sabrina. Berkecai habis pintu untuk dia masuk ke alam mimpi.

"Bagus. Tidur lah lagi. Aku tengah serius ni. Kau pula elok mimpi ke alam mana entah. " Sindir Tengku Armelia. Dia tengah sibuk memikirkan cara untuk memakai rambut palsu, Tengku Sabrina pula sibuk dengan tidurnya.

"Wig! Seriously ?! " Jelas dahi Tengku Sabrina berkerut.

"Ajar aku macam mana nak pakai benda tu. " Jelas Tengku Armelia.

"Kenapa mesti aku pulak yang ajar? Mr. Pinky kau tu kan ada. " Balas Tengku Sabrina. Mr.Pinky tersebut merujuk kepada abang Tengku Armelia, Tengku Arsyad André.

"Aku dah call dia dekat 100 kali. And , sekali pun dia tak angkat. Melambung nanti bil telefon rumah aku. Dia tu abang tak guna." Geram dengan sikap abangnya. Hendak dikata abangnya itu jenis jarang berkepit dengan telefon tak. Sebaliknya, telefon itu didakap pada waktu malam. Entah apa lah telefon itu jampi pada abangnya. Pelik , tapi benar.

"Okey. Jom" Ajak Tengku Sabrina . Malas untuk memanjangkan cerita.

"Kau sekolah mana nanti?" Soal Tengku Sabrina sambil kedua-dua belah tangannya membetulkan rambut Tengku Armelia.

"Sekolah Nenda rasanya." Pantulan diri pada cermin dipandang tanpa perasaan. Sedangkan dalam hati sudah kembang bukan main. Takkan lah dia hendak tunjuk pula perasaannya sekarang ini. Kalau dia lompat secara tiba-tiba , nanti dilabel gila pula. Jadi perkara yang terbaik adalah diam sahaja.

My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now