♠ Bab 29 ♠

3.5K 161 14
                                    


       "Apa kau tunggu lagi? Cepatlah masuk! " Tengku Aniq Asfan jengulkan kepala.

Tengku Rifqi berbelah bahagi. Masih dalam proses pemilihan sama ada ikut seorang doktor yang dia kenal tak sampai dua hari atau duduk mereput dalam bilik. Pada mulanya, dia memang lah nak ikut. Tapi, bila terpandangkan tingkap cermin kereta di sebelah pemandu pecah dan masih meninggalkan kesan serpihan, buatkan dia terfikirkan semula.

Kereta ni baru lepas dirompak , ke?

Kereta curi?

Kereta dibaling dengan bola besbol?

Atau mungkin kereta ini diserang oleh mumia yang suka membazir tisu?

Tapi...

¤¤¤

"How about you, little dear? Ada hadiah tak untuk Aunty? " Pertanyaan Aunty Rosie buatkan Tengku Armelia tersengih sekejap. Dia tak sediakan apa-apa hadiah pun untuk Aunty Rosie dan Uncle Amri.

Lain pula dengan Tengku Aryan, otak abangnya itu ada sahaja backup plan. Masa bila abangnya suruh orang pergi beli hadiah pun dia tak tahu.

"Tak perlu risau, Aunty. She already has a special gift for you. Right, Andra?"  Tengku Aryan peluk bahu adiknya dari tepi. Dia  tersenyum.

A mystery smirk.

Dan Tengku Armelia benci sangat dengan senyuman abangnya yang pelik ini.

Sebab apa?

Sebab dia rasakan ada benda yang tak kena akan berlaku. Dan, jangan lupa. Otak Tengku Aryan penuh dengan back up plans yang ada kalanya buatkan dia rasa macam tak nak mengaku Tengku Aryan itu abangnya.

"Aunty nak tanya yang kamu dua ada nampak Niq tak? Sebab dari tadi aunty langsung tak nampak dia. " Ke mana agaknya anak bujangnya yang seorang tu? Majlis dah mula tapi batang hidung pun tak nampak.

"Ermm. Aunty  nak pergi cari Uncle and Niq. Both of you makan dulu okey. " Pelawa Aunty Rosie setelah mendapat gelengan daripada kedua-dua anak saudaranya. Dia mula melangkah menjauh. Tenggelam dalam lautan tetamu-tetamu yang hadir. Anak dan suaminya dicari.

"Agak-agak sekarang dia ada dekat mana?" Soal Tengku Aryan setelah Aunty Rosie hilang dari pandangan.

"Feeling guilty? " Tengku Aryan simpulkan kesimpulan. Dia tergelak kecil. Soalannya tadi dibalas dengan body language Tengku Armelia. Malas benar nak bercakap lah tu.

Tengku Armelia angkat bahu. 'Feeling Guilty' yang abangnya maksudkan sebenarnya tentang soalan yang Aunty Rosie tanya. Situasi yang sebenarnya, dia dan Tengku Aryan ada terserempak Tengku Aniq Asfan masa dalam perjalanan ke sini. Tapi mereka berdua langsung tak tegur atau beritahu Tengku Aniq Asfan. Gara-gara dendam abangnya.

"Nak air tak?" Soal Tengku Armelia. Dia pandang abangnya dengan muka muram. Bosan dengan majlis yang nampak seperti slow motion pada pandangannya. Sudah terang lagikan bersuluh yang sekarang dia ada di majlis ulang tahun perkahwinan bukannya majlis ulang tahun kelab dangdut.

"Boleh jugak. Andra kaut je lah air apa yang ada. Asalkan boleh minum, sudah. " Balas Tengku Aryan.

"Okey." Tengku Armelia bangun menuju ke arah meja yang dipenuhi beraneka makanan. Makanan disusun mengeliling minuman. Tiga buah meja penuh. Penuh dengan pencuci mulut, makanan ringan dan makanan berat .

My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now