♠ Bab 28 ♠

3.7K 179 15
                                    

 
  "Mana dia ni? " Termangu Tengku Aryan di atas kerusi panjang. Dah lima kali jam tangan ditilik. Manusia yang dinanti-nantikan sejak tiga puluh minit lalu masih tak menampakkan bayang. Hesh... Pantang betul dia dengan orang yang tak menepati masa.

Tengku Armelia pula sudah keluarkan sumbatkan wireless earpiece ke dalam telinga. Tengku Armelia baru dapat petunjuk yang menyatakan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Dia kuatkan volume.

"Ni yang aku tak suka bila dah janji tapi tak tunaikan semalam bukan main lagi nak ambil bagai nak rak. At last, batang hidung pun tak nampak. " Tengku Aryan jeda seketika sebelum dia sambung semula.

"Did he think that we just a dumb rock? Haihh... Geramnyaa. Kalau aku tahu macam ni gayanya. Dah lama aku pergi dulu. Aku banyak benda lain lagi nak buat. My time is more precious than a gold of lorry. " Bebel Tengku Aryan. Dia marahkan Tengku Aniq Asfan, tapi bahangnya semua terkena pada Tengku Armelia.

"Andra."

"Yes."  Terus Tengku Armelia perlahankan volume. Entah kenapa si Tengku Aryan panggil dia tiba-tiba. 

"Kau ambil kunci kereta . Aku tak larat nak menunggu budak ni. Lepas ni kalau dia janji apa jangan nak percaya ."  Tengku Aryan mengarah sekali dengan peringatan dia berikan.

"Hmm." Tanpa membuang masa Tengku Armelia bangun dari kerusi panjang . Dia masukkan telefon ke dalam kocek kot labuh kemudian terus berlalu ke dalam rumah.Dia kaut kunci kereta Mercedes ... Kaki dibawa ke garaj di tingkat bawah tanah. Lima biji kereta tersadai di situ. Kesemuanya bertutup dengan kain hitam.

¤¤¤

         "What the hell?! Ya, Allah. Astaghfirullah halzim. Macam mana aku boleh lupa ni?" Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Terasa bagaikan perkampungan kutu-kutu sedang menjalankan tugas di bahagian kepala.

BAMM

Pintu bilik ditutup kuat. Lantaklah nak tercabut ke apa. Masalahnya sekarang ni dia dah terlambat. Pintu tercabut, boleh diganti dengan yang lain. Tapi, kalau masa yang dah lepas, dekat mana dia nak cari pengganti?

Baru beberapa langkah keluar dari bilik hotel, dia terserempak dengan seorang housekeeper. Dan yang tak boleh blah, bila dia ditegur kerana keunikan pemakaiannya.

Tak tertahan malunya bila dia pandang pada badan sendiri. Dari atas hingga ke pinggang dia tilik, semuanya okey. Tilikan diteruskan lagi hingga ke hujung kuku jari kaki. Saat itu terasa bahang kepanasan di wajah bila dia lihat yang dia hanya memakai seluar tidur bercorak twinkle twinkle little star.

Dengan muka setebal lima inci Tengku Aniq Asfan gagahkan juga diri melangkah. Dia melangkah ke biliknya semula. Seluar ditukar agar tidak terlalu unik seperti tadi.

Namun, tidak semudah yang disangka. Sekali lagi, dia terlupa yang kakinya kala ini sedang menyarung selipar bulu-bulu tanpa dia sedari. Dia berjalan laju dengan raut muka bersahaja. Membiarkan pandangan pelik kakitangan hotel yang terserempak dengannya.

"Waaduh... Waaduhh... Mana pulak kunci ni? " Segugus kunci dikeluarkan. Kenapa time terdesak beginilah gugusan kunci ini terasa banyak pula? Selalunya sedikit sahaja.

"Arghh... Finally. " Separuh nafas lega dihembus keluar setelah dia berjaya masuk ke dalam kereta walaupun dia tidak menggunakan kunci kereta. Dia gunakan cara tersendiri untuk masuk ke dalam kereta. Teleportasi? Atau mungkin juga dia pecahkan tingkap?

My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now