♠ Bab 13 ♠

4.9K 243 21
                                    

   
  "Awak ambil makanan dulu lepastu awak pergi cari mana-mana saja meja kosong. Nanti saya datang okey." Ujar Mia Syaza saat mereka sedang berjalan semakin hampir dengan kantin. Kelihatan kawasan kantin mula dipenuhi para pelajar yang baru sahaja keluar dari kelas masing-masing.

"Cepat-cepat tau. Saya pergi dulu."  Mereka berpecah di tengah-tengah kantin. Mia Syaza pergi mengorder minuman manakala Tengku Armelia pergi beratur untuk mengambil makanan. Setelah itu , dia mencari tempat duduk. Sebaik sahaja terpandang akan sebuah meja yang tidak berpenghuni dia terus ke situ. Cepat-cepat dia duduk di situ.

Dulang makanan diletakkan di atas meja sebelum dia melabuhkan punggung. Belum sempat dia menyuapkan makanan ke dalam mulut. Bunyi dulang makanan dihempas kuat menghentikan suapannya. Kehadiran perempuan yang sedang bercekak pinggang di hadapan meja tidak dihiraukan. Suapan diteruskan.

"Hei, perempuan. Ni tempat aku. Aku rasa kau boleh blah dari sini." Angkuh perempuan itu berkata.

"Kau pekak ke, hah?" Katanya lagi apabila melihat Tengku Armelia yang masih mengunyah makanan seperti tiada gangguan yang berlaku.

"Sorry? Tak ada nama kau pun dekat meja ni. So , tempat ni tak dibuat khusus untuk kau .Aku rasa kau boleh cari tempat lain. Banyak lagi meja kosong dekat sana." Balasnya siap cadangan lagi. Dalam hati dah macam-macam dia kutuk perempuan terlajak diva tu.

"Aku tak kira. Ni tempat aku . Jadi, kau lah yang kena blah dari sini. Atau kau jenis yang tak faham bahasa?" Pada masa yang sama , air jus epalnya di tuang ke dalam dulang Tengku Armelia. Dia tersenyum setan. Senyum dah macam syaitan cuma tinggal tanduk saja yang tak tumbuh lagi.

Tengku Armelia membulatkan matanya saat melihat makanannya sudah bertukar ke warna hijau. Sekali pandang memang boleh buatkan dia nak termuntah hijo depan ni.

"Apa masalah kau, hah?!" Tengking Tengku Armelia.   Wajahnya yang putih mula kemerah-merahan menaham geram.

"It's your problem. Atau patut ke aku cakap yang mak bapak kau tak pernah didik kau pasal attitude?" Sindiran itu membuatkan Tengku Armelia hilang sabar. Tangan diangkat mahu memberi tamparan yang kuat. Namun lagi beberapa inci telapak tangannya mendarat di mulut perempuan yang bermulut lancang itu , dia terhenti. Tangan yang berlapik dipegang kejap oleh seseorang.

Tangannya direntap kasar . Dengan perasaan yang sebal dia melangkah pergi.

Sempat lagi dia merampas air tin yang ada pada Tengku André semasa hendak keluar dari kantin. Mahu terkejut dia tatkala air dalam tin yang baru dibeli dirampas tanpa sebarang amaran. Hampir-hampir sahaja dia nak mencarut. Namun niatnya terus dipadam apabila melihat Tengku Armelia yang wajah masam mencuka menjeling dia.

Tengku André tak ambil masa yang lama .Terus sahaja langkah adiknya diikut dari belakang. Bukan dia tak tahu yang Tengku Armelia kalau marah semua benda merapu dia buat.

"Andra . Are you okey, sis?" Tanyanya sebaik sahaja mereka berdua berhenti di bawah pokok rendang. Betul-betul di tepi padang.

Tengku Armelia tidak menjawab . Dengan hati yang panas , tin  minuman berperisa yang dirampas tadi terus dibaling pada batang pokok. Akibat impak yang kuat , air dari dalam tin terkeluar dari bahagian tin yang kemik dan bocor.

Tengku André tergamam tak terkata. Air tin yang dia beli sebentar tadi sudah mula meresap ke dalam tanah . Hampir lima belas minit dia baratur untuk beli , di akhirnya air tersebut langsung tak dapat dirasa walau setitik.

"Air aku. "Mata dia mula berkaca. Tengku Armelia yang hendak marah pun tak jadi sebab tengok empangan air mata abangnya yang bila-bila sahaja boleh pecah. Cengeng betul Tengku André ni.

My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now