♠ Bab 5♠

5.9K 249 4
                                    

 Swimming pool

'Tik' ' Tok' 'Tik' 'Tok'

      Jam tangan berjenama Maserati itu dilihat. ' one, two ,three...' detik saat dikira di dalam hati.

" Sorry . I'm late." kata Tengku Armelia sebaik sahaja sampai.

Dia tercungap-cungap kerana berlari dari biliknya ke kolam renang tingkat paling atas  .

Tengku Aryan berhenti mengira sebaik mendengar suara Tengku Armelia. Adiknya yang sedikit berpeluh itu dipandang.

"Macam mana kau boleh berpeluh ni ? Sedangkan sekarang bukan main sejuk lagi."

"Macam mana Andra tak berpeluh , kalau dah lari dari tingkat bawah ke atas ni."

"Habis tu, kenapa tak gunakan lif aje? Apa guna lif tu kalau kau tak gunakan?." Soal Tengku Aryan.

"Habis tu, apa funtion tangga kalau tak digunakan?"soal Tengku Armelia kembali.

"Dah stop. Now, I want to ask you . Why you are late? " Kali ini Tengku Aryan bernada serius.

"Pardonne moi , abang." (Maaf) kata Tengku Armelia.

"You are late for 4.45 seconds. Time are not waiting for us. So please, don't do like this anymore. Time is gold. Remember that." Tegur Tengku Aryan. 

Tengku Armelia menganggukkan kepala. Akur dengan apa yang abangnya katakan . Lagipun bukannya dia tidak tahu, bahawa abangnya sangat pentingkan masa. Tengoklah, sehingga saat pun abangnya kira. Jika tidak , masakan abangnya memakai jam tangan di dalam rumah. Pantang lewat, jika tidak pasti akan membebel. 

Tak tahulah bagaimana jika abangnya berkahwin nanti. Harap-harap bakal kakak iparnya nanti seorang yang penyabar.

"Have A seat first before kita start conversation ."

"Okey. So , apa yang abang nak cakap sebenarnya?" Tanya Tengku Armelia setelah melabuhkan duduk. 

Sweater yang membaluti tubuhnya diperkemaskan lagi. Walaupun di dalam rumah, kesejukan masih terasa. Almaklumlah, dia bukannya tahan sejuk sangat. Kalau setakat sikit-sikit bolehlah. Tapi sekarang ni suhu dah hampir negatif  -12 darjah celcius, siapa aje yang tahan . Walaupun hampir 12 tahun dia tinggal di negara ini bersama Tengku Aryan . 

Dan sekarang umurnya sudah hampir menginjak ke 17 tahun dalam beberapa bulan lagi. Manakala Tengku Aryan sudah pun berumur 23 tahun pada hujung bulan lepas.

Back pack berwarna hitam di letakkan di atas meja. Terdapat beberapa bahan yang Tengku Armelia perlu bawa untuk ke sana.

"Tengoklah ." Back pack tersebut di tolak sedikit ke arah adiknya . Menandakan bahawa dia ingin Tengku Armelia membuka dan melihat sendiri kandungan yang terdapat dalam bag pack itu.

Satu persatu bahan dibelek sebelum dikeluarkan dan diletakkan di atas meja. Semuanya membuatkan dia kagum. Sedang dia ralit membelek barang-barang di dalam beg itu, matanya tertancap pada sesuatu. Pelbagai andaian negatif mula menerjah minda.

"Abang... apa ni?! " Tanya Tengku Armelia lebih kepada tidak puas hati. Dia benar-benar berharap yang dia tak perlu memakai 'benda alah' itu nanti.

"Please... Don't tell me yang Andra kena pakai benda alah ni." Katanya lagi penuh berharap.

"Hehehe... malangnya , kau kena pakai wig ni."ujar Tengku Aryan tanpa rasa bersalah. Walaupun sebenarnya dia sudah jangkakan yang adiknya pasti tidak akan suka.

Jawapan Tengku Aryan membuatkan harapan Tengku Armelia jatuh merudum. 

"Abang. Please.... I'm begging you. "Kata Tengku Armelia dengan harapan abangnya akan mengubah fikiran.

"I'm sorry dear . This is for your own good. Lainlah kalau kau sanggup spray rambut kau sampai jadi warna hitam. Abang tak rasa kau sanggup buat pun kan."

"Spray ?!! Arghhh... no way. Selain dari tu , tak ada ke? " Dia terasa ingin meraung . Kalau nak potong rambut pun dia tidak sanggup apatah untuk spray rambutnya sendiri.

"Ada . Ada. First, kau boleh pilih untuk pakai wig tu. Second, kau boleh spray rambut blonde kau tu. Third, kau boleh gunting rambut kau tu. And last but not least, kau pilih je lah yang mana-manapun. Abang dah bagi yang senang pun kau tak nak ikut."

"This is unfair! Abang ni macam parasite laa. Semua benefit dapat dekat abang. Lepas tu , semua kerugian dapat kat Andra. " Katanya tidak puas hati . 

"Suka hati kau aje cakap abang ni parasite . Kalau abang ni parasit , kau tu apa pulak . Dah-dah senang cerita , abang anggap kau pilih yang first tu eh. Ok , sekarang ni dah settle."

" Next... Kau dah tahu kan yang Darell akan join kau kan? Ermm... apa lagi Eh.?" Tanyanya kepada diri sendiri. Sambil dagu diusap perlahan. Ala-ala CEO yang sedang memikirkan bagaimana  cara untuk mengelak daripada syarikatnya bankrap A.k.a muflis.

Tengku Armelia geleng kepala melihat sikap abangnya. Tadi elok sahaja abangnya serius dan sekarang dah macam main-main pulak. Nasib laa dapat abang yang kadang-kadang ting-tong sebegini.

"Oh! Ya!... Baru abang teringat. Kau akan bertolak lagi dua hari. So get ready . " 

" Okey... Adrinne dah tahu ke belum pasal ni? " Tiba-tiba dia teringat akan adiknya yang satu itu.

"Not yet. I try to keep this secret." 

Tengku Armelia menepuk dahi mendengar jawapan abangnya.Dia benar-benar dalam masalah.

"Sekarang dah dekat pukul 10.00 kan? So, I think I got to go now. Abang ada therapy lepas ni. Kau nak ikut abang masuk ke tak? Kalau tak,  kau duduk je laa kat sini.  Abang dah rasa nak jadi olaf dah ni. " Jam tangan di pandang sekilas. Sebelum tangannya mula menekan alat kawalan kerusi roda tersebut.

"Hmm. Andra pun nak masuk  jugak. Biar Andra teman abang." Dia bangun dari duduk sebelum bergerak ke sebelah abangnya.  Mereka berjalan beriringan ke lif untuk ke tingkat bawah tanah.

______________________

Tenkiu for reading cerita yg agk hmbar ini. Pls share,  vote and coment. Jgn laa jdi silent readers je.  😥 I always waiting for any coment. Next chap will be publish in two more days.  Insha-Allah.  Tenkiu again  :~♥~

My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now