♠ Bab 24 ♠

4.1K 225 15
                                    


'Press the button. If u're not died.'

Untuk kali ke lima belas dia tenung kertas di tangan. Sedar sahaja dari tidur yang panjang terus kisah malam semalam menerjah. Kisah bagaimana bahu sebelah kirinya dibalut atas sebab kecederaan yang dia alami semalam.

Macam tak percaya dia ditembak. Dan lagi mengejutkan, perilaku Tengku Armelia yang macam biasa-biasa saja. Sedangkan dia sahaja yang menggelabah teruk. Mana lah tahu kalau semalam itu hari terakhir dia bernafas di atas muka bumi ni. Jadi, tak salahkan mengingati mati?

Setelah berfikir agak lama dia mengambil keputusan untuk menekan juga button. Dua minit berlalu namun langsung tiada tanda-tanda mahupun bayang manusia. Adakah ini prank semata-mata?

Setelah merapu buat seketika, dia kembali baring semula. Siling putih ditenung bagai nak tembus. Tak ada apa pun yang menarik. Satu yang dia perasan sejak dia sedar tadi, hiasan dan perabut di dalam bilik ini semuanya bercirikan Eropah. Berlatar warna putih. Suci semacam dia tengok bilik ni.

'Krekk' 'Krekk'

Dari baring dia terus duduk. Kaki dijuntaikan ke bawah. Seorang budak perempuan berkot putih masuk ke dalam bilik . Dia bertocang dua. Stetoskop berwarna biru tergantung pada lehernya . Gadis kecil molek itu berjalan dengan penuh keyakinan ke arahnya. Dia tersesat ke alam orang kerdil kah?

"Hye, handsome. How's your condition? " Tanya Adrinne sambil sebelah tangan membetulkan cermin mata yang berbentuk strawberi. Semestinya cermin mata palsu.

"I'm fine. Thank you. "

"This is for you ." Dua batang lolipop milik Tengku Armelia diberi kepada Tengku Rifqi.

"Thank you, lil doc. " Ucap Tengku Rifqi. Plastik diletak tepi. Belum sempat kemanisan lolipop itu dirasa. Adrinne merampasnya kembali.

"Tapi, my Caremel kata orang sakit tak boleh makan benda manis. Nanti orang tu mati. You're too young to die. " Sentap Tengku Rifqi seketika. Caremel mana lah yang mengajar budak di depannya ini. Siap bagi ajaran sesat.

"Who's your Caremel? "

"Ermmm... Caremel is caremel. She lovesss chocolate very very much . "

"Ouh... Tapi-" Belum sempat biacara dihabiskan. Adrinne sudah tergesa-gesa keluar dari situ. Kali ini pintu dibuka sekali lagi. Bukan doktor cilik berkaca mata strawberi. Kali ini seseorang dengan pakaian serba hitam. Dia belum mati lagi tapi dah ada orang yang berkabung.

"I thought you were died. Panjang umur lagi rupanya." Tanpa salam dia terus menerjah.

"Well. Aku orang baik. Mestilah umur aku panjang lagi. And, it looks like you will be the first one yang akan happy kalau betul aku mati. " Perli Tengku Rifqi.

"Yaa. Maybe aku buat kenduri empat puluh empat hari empat puluh empat malam. But, you know.... I 'm not that cruel person. I'm not the one that not appreciating others. Aku bukannya tak reti nak kenang jasa. You save me. I save you. Zero . Zero. " Ujar Tengku Armelia bersahaja.

"Dekat dalam almari tu ada pakaian. Bandage ada dalam laci tu. Jangan lupa tukar. Kau balut je laa. Kalau kau lapar. Just turun bawah. " Setelah dititipkan pesanan. Tengku Armelia terus keluar dari situ.

Dia ingin mencari Adrinne pula. Sebelum dia datang sini, doktor yang merawat luka Tengku Rifqi ada beritahu yang kot putihnya hilang. Dan sekarang dia sangat pasti, Adrinne puncanya.

Pintu gelangsar ditolak. Seperti yang dia jangkakan. Adrinne sedang bercangkung sambil membelai Bubugi. Seekor anak musang peliharaan Tengku André. Adiknya dihampiri.

"Qu est-ce qué tu fais ? "

"Caremel... Tengok ni. " Tangan Tengku Armelia ditarik menyentuh bulu anak musang tersebut.

"Bubugi loveess lollipop sticks." Terang Adrinne. Bubugi masih tak berhenti menjilat benda manis itu.

"Are you sure, Bubugi loves this?" Soal Tengku Armelia. Adrinne sudah mula mengangkat Bubugi kemudian dipeluk kuat anak musang itu.

"Of course . Sebab Adrinne tengok Bubugi bagi smile dekat Rinne. Kan, Bubugi?" Kata Adrinne walaupun agak tersekat-sekat. Bubugi terus terusan dijadikan mangsa pelukan Adrinne.

"Rinne letak dulu Bubugi. You have take your medicine first. " Tangan diseluk ke dalam kocek. Sebiji pil kecil disua kepada Adrinne. Adiknya telan ubat itu sekali gus bersama air masak.

"Caremel... You know, today I have a handsome patient. I gave him that lollipop but I took it back. " Kata Adrinne gembira. Hajatnya ingin menjadi doktor bagaikan tercapai.

"Kenapa ambil balik? "

"Sebab Caremel pernah kata yang orang sakit tak boleh makan benda manis. Nanti dia mati. "

"Then. "

"Rinne tak nak Mr. Handsome tu mati. Because he is too handsome. He is too young to die." Sambung Adrinne lagi. Bubugi dimasukkan semula ke dalam sangkar. Sangkar bersebelahan sangkar dua ekor tupai yang Tengku Armelia dan Tengku André selamatkan dulu.

"Adieù , Bubugi. " Pintu sangkar ditutup. Tangan Tengku Armelia dicapai. Mereka berjalan ke tingkat bawah.

" Hye, handsome. " Sampai sahaja di meja makan, tangan Tengku Armelia terus dilepaskan. Dia berlari mendekati Tengku Rifqi yang baru saja nak menyuap makanan.

"Ouh... Hye" Balas Tengku Rifqi, lambat. Canggung dengan situasi sekarang ni. Mana taknya, Tengku Armelia pun dia kenal sebagai musuh je. Tup. Tup. Dia tersesat dalam rumah Tengku Armelia siap makan satu meja lagi.

"That is my Caremel. " Kata Adrinne setelah Tengku Armelia pergi ke dapur. Dia mengambil tempat bertentangan Tengku Rifqi. Dia nak tenung wajah lelaki itu lama-lama. Tengku Rifqi melayan sahaja telatah si kecil itu. Sampaikan Adrinne minta diri sebab nak mandi.

"Kau dah cukup sihat aku rasa. Petang nanti kau dah boleh balik." Dari pemerhatian Tengku Armelia, dia tengok Tengku Rifqi dah dikira terlebih sihat. Dua mangkuk bubur dia habiskan. Dia bela saka ke apa?

"Noooo." Jerit Adrinne tiba-tiba. Dari mana munculnya budak tu pun tak tahu.

"Pleaseee. Caramel. Jangan la suruh my handsome boy balik. Only for today. Je vous en supplie"
Kaki Tengku Armelia dipeluk sambil muka dibuat secomel mungkin. Senjata terakhirnya digunakan dalam memujuk Tengku Armelia.

"Haisshh... Ye laa. Only for today."

"Yeaahh... I love you, Caremel. " Pipi Tengku Armelia dicium.

Tengku Rifqi terus-terusan menjadi pemerhati keakraban dua beradik tersebut.

Habis sahaja sesi beramah mesra dengan Tengku Armelia. Tengku Rifqi pula dituju. Dia akan luangkan masa pula bersama Mr. Handsome boy nya itu.

_________________________

Chapter untk yg akn dtang akn di slow update. Cause author ada byk folio untk disiapkn...
But, don't worry... At least ada satu bab untk stiap minggu... ♥♥♥

~♥~

My Queen Cik Mafia [H]Where stories live. Discover now