part 4

5.7K 88 2
                                    

Forbidden Love - Part 4
Bab 4

Jam sudah menunjukkan 9.15 minit. Aku sudah lewat 45 minit untuk kelas aku yang pertama di universiti. Permulaan yang agak tidak baik untuk aku. Maklumlah zaman sekolah menengah dulu, ada ibu untuk mengejutkan aku setiap pagi.

Sambil menaiki tangga, otak aku ligat memikirkan peristiwa sebentar tadi. Aku mati-mati ingat tiada orang di dalam tandas. Si sombong pun boleh dipersalahkan juga. Dia sendiri tidak mengunci pintu tandas dengan betul. Tak pasal-pasal bagi 'free show' untuk aku. Jujurnya, aku hanya terpandang sekilas lalu sahaja kerana terlampau terkejut bila melihat si sombong ada di hadapan aku. Tapi 'not bad' juga. Aku tersenyum sendirian.

Aku sampai di hadapan bilik kuliah. Suasana agak riuh-rendah sedikit. Aku masuk dan melihat sekeliling. Tiada bayang pensyarah di dalam bilik kuliah. Syukur.

"Firdaus!!" panggil Razi. Ramai juga pelajar yang akan mengambil jurusan perakaunan kali ini. Lebih kurang 60 orang semuanya. Aku menuju ke arah Razi dan Khairul Amin lalu duduk di kerusi kosong yang ada di situ.

"Aku lewat bangunlah. Tak sedar pun bunyi jam pagi tadi." jelasku sambil meletakkan beg di tepi.

"Takpe Bro. Lecturer pun tak masuk lagi." balas Razi. Aku melihat sekeliling. Si sombong masih belum sampai lagi. Mataku tertumpu pada lambaian daripada Veronica. Aku membalasnya kembali.

"Hebat kau Firdaus. Dah dapat awek nampaknya." usik Razi. Khairul Amin hanya tergelak kecil.

"Kawanlah." balas aku sambil tersenyum dengan usikan dari Razi.

Zain masuk ke kelas. Aku dapat melihat reaksi pelajar-pelajar perempuan terhadap Zain. Ya, Zain memang kacak tapi sayangnya mereka semua belum kenal lagi dengan perangai sombong Zain.

Zain mengambil beg aku yang berada di tepi dan meletakkannya di bawah. Dia duduk di tepi aku dan terus berbual dengan pelajar-pelajar lelaki yang lain. Aku cuba mengelak untuk memandangnya dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tetapi hatiku masih lagi berdegup kencang.

xxx

Aku keluar dari bilik kuliah bersama sekumpulan pelajar yang lain. Masih lagi cuba mengingati nama-nama pelajar yang baru aku kenali sebentar tadi.

"Firdaus, jom pergi breakfast?" Veronica mencuit bahuku sambil tersenyum.

"Boleh juga. Korang nak ikut tak?" tanyaku kepada Razi dan Khairul Amin.

"Takpelah, Firdaus. Kami nak pergi blok pentadbiran. Ada urusan sikit." jawab Razi.

"Okay. Jumpa petang nanti."

Aku dan Veronica berlalu menuju ke kafetaria. Petang nanti ada perjumpaan bersama dengan ketua program. Kami akan dipecahkan kepada empat kelas.

xxx

Aku dan Veronica menuju ke arah Razi dan beberapa pelajar lain. Ketua program baru sahaja mengedarkan empat helai kertas kepada empat wakil pelajar. Razi merupakan salah seorang wakil pelajar dan akan menjadi ketua kelas.

"Razi, kelas kau kosong lagi tak. Dua orang?" tanyaku kepada Razi yang sedang memerhatikan Zain menulis namanya di atas kertas.

"Kosong lagi. Kejap ya. Kertas ada dengan Zain." jawab Razi. Zain berhenti menulis.

"Takpalah Razi, aku cari kelas lain. Macam dah pack je kelas ni" Zain memotong namanya dengan satu garisan.

"Okay lagi ni. Boleh join tiga orang lagi. Kau, Firdaus dengan kawan dia. Cukuplah." jelas Razi.

"It's okay. Thank you Bro" Zain menepuk bahu Razi sambil berlalu pergi. Razi menghulurkan kertas senarai nama kepada aku. Aku menulis namaku di bawah nama Zain yang sudah digaris tadi. Mesti sebab aku, dia memotong namanya dari senarai kelas ini.

Forbidden loveWhere stories live. Discover now