Forbidden Love - Part 9
Bab 9"Fi! Kau okay ke ni?" tanya Veronica. Aku sedikit terkejut bila Veronica meletakkan tangannya di bahuku.
"Okay. Kenapa?" tanyaku kembali kepada Veronica.
"Kau asyik mengelamun je. Dari kelas pagi tadi lagi. Aku ingat ke kau ada masalah," balas Veronica.
"Ish, tak adalah. Jangan bimbang. Aku mengantuk je ni. Semalam tak boleh tidur," jelasku kepada Veronica.
"Okaylah. Tak nak ganggu kau. Tidurlah. Nanti aku kejut. Aku nak pergi ambil buku yang aku baca semalam." Veronica berlalu dari meja kami.
Suasana di perpustakaan pada hari ini agak lengang. Aku meletakkan kepala di atas meja. Cuba untuk memejamkan mata. Peristiwa semalam mula kembali bermain di fikiranku. Aku sama sekali tidak menduga yang aku akan mencium abang Tarmizi. Aku yakin, abang Tarmizi sendiri terkejut dengan keberanianku.
Aku memegang bibirku. Masih lagi terasa kehangatan ciuman abang Tarmizi. Aku tersenyum sendirian memikirkan peristiwa semalam. Hampir lima minit, kami 'mencerobohi' mulut masing-masing. Selepas kejadian itu kami hanya diam. Lidah kelu untuk berkata-kata. Abang Tarmizi juga hanya tersenyum dan mungkin terkejut dengan tindakan aku. Tapi aku yakin dia gembira kerana aku membalas cintanya.
Apa yang kau dah buat ni, Fi?
xxx
Aku memulas tombol pintu. Tidak berkunci. Bermakna abang Tarmizi sudah ada di dalam bilik. Aku menolak pintu perlahan-lahan. Bimbang mengejutkan abang Tarmizi yang mungkin sedang tidur. Selesai sahaja menanggalkan kasut dan stokin, aku menutup kembali pintu bilik kami.
Abang Tarmizi ada di atas katilnya sambil membaca surat khabar. Aku hanya melihat ke arahnya. Bila abang Tarmizi memandang ke arahku kembali, aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku ke arah lain.
"Fi dah makan?" tanya abang Tarmizi. Cuba untuk memulakan perbualan.
"Dah. Lepas kelas tadi pergi makan dengan classmates," jawabku sambil meletakkan beg di atas kerusi. Aku duduk di atas katil lalu mengeluarkan telefon dari poket seluar.
"Fi, nak pisang?" tanya abang Tarmizi lagi.
"Hah! Pisang?" Aku tersentak dengan soalan daripada abang Tarmizi. Otakku mula bertukar menjadi kuning.
"Pisang goreng ni." Abang Tarmizi menunjukkan plastik yang ada di sisinya.
"Oh, pisang goreng. Tak apa. Fi kenyang lagi," jawabku sambil tersenyum kecil.
"Kenapa? Ooo.. Fi dah pandai ya. Sejak bila jadi gatal ni," usik abang Tarmizi sambil turut tersenyum.
"Mana ada. Fi tak perasan lah ada plastik pisang goreng kat tepi abang. So Fi ingat abang bergurau lah tadi." Aku cuba menyorokkan rasa malu.
"Fi, datanglah sini. Duduk tepi abang. Abang rindu sangat tau," ujar abang Tarmizi. Aku sedikit terkejut.
"Tak apa lah. Fi berpeluh lagi ni." Aku cuba memberi alasan untuk menolak pelawaan abang Tarmizi. Abang Tarmizi bangun dari katilnya dan menuju ke arah katilku. Aku sedikit panik tetapi cuba berlagak selamba. Abang Tarmizi naik ke atas katil dan meletakkan kepalanya di atas ribaku. Aku terkejut dengan kelakuan abang Tarmizi tetapi cuba berlagak selamba.
Dia memandang wajahku sambil melemparkan sebuah senyuman. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Abang Tarmizi mengambil tanganku lalu meletakkannya di atas kepalanya. Abang Tarmizi seolah-olah ingin bermanja denganku. Jari-jemariku mula bermain-main dengan rambut abang Tarmizi.
"Terima kasih, Fi" ujar abang Tarmizi sambil melelapkan matanya.
xxx
"Mana Zain ni? rungut Veronica sambil melihat jam tangannya.
