part 7

5.9K 98 7
                                    

Forbidden Love - Part 7
Bab 7

Aku mengambil buku rujukan dan memasukkannya ke dalam beg sambil cuba mengingati jadual kelas pada hari ini. Abang Tarmizi masih lagi tidur. Aku masih lagi terbayang-bayang kejadian yang berlaku antara kami tiga hari yang lepas. Buat pertama kalinya aku dicium.

Selepas kejadian itu, kami berdua hanya berlagak biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku walaupun aku sebenarnya ingin membincangkan perkara ini dengan abang Tarmizi. Lebih elok aku mendiamkan diri sahaja. Tambahan pula aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan mengenai kejadian itu.

Sedang aku mengambil buku-buku dari atas meja, tanpa sengaja aku terlanggar botol deodoran yang terletak di atas meja yang sama. Bunyi botol deodoran yang jatuh ke lantai mengejutkan abang Tarmizi.

"Siapa jatuh? Siapa mati? Jangan mati!" Abang Tarmizi melihat ke arahku yang terkedu melihat reaksinya.

"Deodoran je jatuh. Sorry abang Mizi." Aku cepat-cepat mengangkat botol deodoran dan meletakkannya kembali di atas meja.

Abang Tarmizi masih lagi melihat ke arahku. Pandangannya agak berlainan. Aku kehairanan dengan sikapnya pada pagi ini.

"Abang Mizi okay ke?" tanyaku perlahan.

"Huh... Okay.. Ya... Okay," balas abang Tarmizi sambil melabuhkan kembali tubuhnya di atas katil.

Aku yang masih lagi kehairanan cepat-cepat mengambil beg dan menuju ke arah pintu. Bimbang lewat pula ke kelas nanti. Mungkin abang Tarmizi tengah mengigau. Selesai mengikat tali kasut aku membuka pintu.

"Sayang balik awal ya," terpacul keluar ayat yang agak memeranjatkan aku. Aku berpaling melihat ke arah katil abang Tarmizi. Matanya masih lagi tertutup rapat. Memang sahlah dia sedang mengigau.

xxx

Selesai sahaja kelas, aku dan Veronica berjalan menuju ke arah perpustakaan. Sudah hampir dua bulan kami belajar di sini. Ujian pertengahan semester pula akan bermula dua minggu lagi. Jadi kami membuat keputusan untuk menghabiskan waktu terluang kami dengan mengulangkaji topik-topik terdahulu.

"Fi, aku dengan Safuan dah declare," ujar Veronica sambil tersenyum.

"Eh! Cepatnya. Baru tiga hari kot jumpa. Dah declare. Cinta maut nampaknya," usikku sambil tergelak kecil.

"Tiga hari tu baru jumpa. Kalau mesej, sudah tujuh hari. So kami kenal sudah tujuh hari bah" Veronica membetulkan kenyataanku sebentar tadi.

"Up to you lah, V. Cuma berhati-hatilah ya bah." Aku mengusik cara Veronica bertutur yang selalu menggunakan 'bah' di dalam ayatnya.

"Kau pula? Takkan tak ada yang istimewa? Mungkin Zain?" tanya Veronica sambil tersengih.

Aku terkejut. Di dalam hati tertanya-tanya samada Veronica hanya sekadar bergurau atau dia memang mengesyaki yang aku adalah gay.

"Mengarutlah kau, V. Aku nak pergi toilet jap. Tolong simpankan beg aku dalam locker sekali ya." Mujurlah kami sudah sampai di perpustakaan. Aku masih lagi belum selesa untuk membincangkan perkara ini bersama Veronica.

Aku menghulurkan beg ke arah Veronica dan menuju ke arah tandas yang berdekatan. Aku masuk ke dalam tandas. Aku mencari-cari bilik kecil yang kosong. Tiada. Semuanya sedang digunakan. Oleh kerana tidak tahan sangat, aku bergerak ke arah urinal yang ada. Kosong. Bagus juga. Aku memang tidak selesa untuk melepaskan hajat kecil di tempat yang terbuka.

Aku memilih mangkuk yang berada di hujung sekali. Sedang aku melepaskan hajat, aku sedar kemunculan seorang lelaki, selang satu mangkuk urinal dari tempat aku berdiri. Aku menoleh lalu tergamam. Dalam masa yang sama dia turut menoleh ke arahku. Zain. Dia juga terperanjat lalu cepat-cepat memusingkan badannya seolah-olah cuba menghalang aku dari melihatnya.

Forbidden loveWhere stories live. Discover now