part 11

5.2K 89 6
                                    

Forbidden Love - Part 11
Bab 11

Aku menoleh ke belakang. Veronica dan Yaya masih lagi lena dibuai mimpi. Sebentar tadi aku cuba untuk melelapkan mata, tetapi gagal. Memang sudah menjadi tabiatku yang sukar untuk melelapkan mata apabila berada di dalam kereta. Mungkin kerana tidak selesa dengan kereta yang bergerak atau mungkin juga kerana tidak percaya dengan kebolehan pemandu. Aku melihat ke arah Zain. Dia kelihatan sungguh tenang. Dan mungkin sedikit macho dengan kaca mata Rayban yang dipakainya.

"Kenapa tak tidur?" tanya Zain bila menyedari aku sedang melihat ke arahnya. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Tak selesa. Lagi pun takut kau mengantuk drive sorang-sorang," jawabku sambil membetulkan posisi tubuhku.

"Eleh. Aku mana mengantuk. Dah minum coffee pagi tadi. Tidurlah." Zain kembali menumpukan perhatiannya pada jalan raya.

Aku melihat jam. Lebih kurang 2 jam lagi, kami akan sampai ke jeti Lumut untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor.

"Zain, tolong berhenti R&R kejap. Nak pergi toilet lah," ujarku kepada Zain.

"Nah, botol." Zain menghulurkan botol air mineral yang kosong kepadaku. Aku menumbuk bahu Zain.

"Seriuslah. Dari tadi lagi aku tahan," tegas aku sambil cuba mengawal diri agar tidak terkencing di dalam kereta

"Sabar. 2 kilometer lagi nak sampai R&R," jelas Zain sambil tersenyum melihatku yang cuba menahan diri dari terkencing.

xxx

Aku keluar dari tandas dan bergegas menuju ke kereta. Hanya Zain sahaja yang berada di dalam kereta. Seorang diri. 

"Mana mereka?" tanyaku kepada Zain yang sedang bersandar di kerusi pemandu.

"Toilet," jawab Zain ringkas. Matanya masih lagi terpejam rapat.

"Kau larat lagi ke nak drive ni?" tanyaku dengan nada yang agak bimbang dengan keselamatan kami jika Zain masih terus memandu dalam keadaan mengantuk. 

"Yaya akan drive kejap lagi. So aku boleh tidur kat belakang."

Zain membuka pintu kereta dan keluar. Veronica dan Yaya yang baru sahaja keluar dari tandas wanita datang menghampiri kami.

"Kau duduk belakang dengan Zain ya?" ujar Veronica sambil membuka pintu tempat duduk sebelah pemandu. Aku hanya diam dan menurut perintah Veronica.

Sebaik sahaja kereta bergerak, Zain dengan selamba meletakkan kepalanya di atas pahaku.

"Pinjam paha kejap. Mengantuk." Aku tergamam dengan tindakan Zain. Namun, aku hanya membiarkan sahaja Zain meletakkan kepalanya di atas pahaku. Veronica melihat ke arah kami.

"Amboi. Sweet couple," usik Veronica sambil disambut dengan gelak tawa Yaya. Aku cuba mengangkat kepala Zain tetapi tanganku ditepis oleh Zain. Mengada-ngada sungguh.

Aku cuba untuk memejamkan mata. Malas melayan kerenah Zain. Namun, cubaan aku untuk mengosongkan fikiran, gagal. Semuanya kerana Zain.

xxx

"Fi, Zain.. Bangun. Dah sampai jeti." Aku membuka mata apabila terdengar suara Veronica. Tidak sedar pula bila masa aku tertidur. Tanganku pula sedang memeluk tubuh Zain. Aku cepat-cepat mengalihkan tangan dari tubuh Zain.

"Zain, dah sampai." Aku menggoyangkan tubuh Zain. Zain bangun sambil menggosok-gosok matanya. Kami berdua keluar dari kereta. Kelihatan Yaya dan Veronica sedang mengeluarkan beg-beg kami dari bonet kereta.

"Amboi, lena korang tidur. Siap berbalas dengkur lagi," ujar Yaya kepada kami berdua. Kami berdua hanya tersenyum.

"Penat sangat," balas Zain sambil membantu Yaya yang cuba mengangkat beg Veronica yang agak besar.

Forbidden loveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang