part 12

4.9K 94 13
                                    

Forbidden Love - Part 12
Bab 12

Aku melihat selimut dan seluar pendek Zain ada di kaki katil. Zain masih lagi lena. Baik aku segera mengambil selimut dan menutupi badan Zain yang terdedah.

Sedaya upaya aku cuba untuk tidak memandang tubuh Zain yang terdedah tanpa seurat benang pun, tetapi sedaya upaya itu jugalah mataku cuba untuk mencuri pandang.

Setelah berjaya mengambil selimut Zain, aku bergerak perlahan-lahan ke arah katil Zain. Berhati-hati agar dia tidak sedar dengan apa yang berlaku pada waktu ini. Sedang aku cuba untuk menebarkan selimut, mata Zain terbuka. Dia melihat sekeliling. Raut wajahnya menunjukkan yang dia kehairanan. Apatah lagi melihat aku yang sedang memegang selimutnya.

Zain memandang ke arah bahagian tubuhnya. Dengan segera, Zain menarik selimut dari tanganku dan melindungi tubuhnya. Aku yang terkejut cepat-cepat mengambil tuala dan menuju ke bilik air.

xxx

Sesi temuramah bersama pemilik dan pekerja-pekerja resort berjalan dengan lancar. Tetapi hanya kami bertiga sahaja yang rancak bertanya soalan semasa sesi temuramah sedangkan Zain pula hanya diam membisu.

"Terima kasih Aunty sebab bagi kebenaran untuk kami buat assignment di sini." Aku mengucapkan terima kasih kepada makcik Yaya yang telah banyak membantu kami sepanjang berada di sini. Segala informasi yang diperlukan oleh kami berjaya dipenuhi oleh pihak pengurusan.

"Sama-sama. Nanti belajar rajin-rajin tahu. Okay, Aunty kena masuk office kejap. Alia, nanti sebelum balik pagi esok jumpa Aunty dulu ya," pesan makcik Yaya kepada Yaya sebelum meninggalkan kami berempat.

"Yay.. Siap.. Tinggal nak taip jer. Nanti balik sana kita bahagikan tugas ya," beritahu Yaya kepada kami semua dengan nada gembira.

"Jom, pergi jalan-jalan dan mandi pantai. Aku tak sabar ni," ujar Veronica pula.

"Aku tak nak ikut. Korang pergilah. Mengantuk." Zain berlalu pergi meninggalkan kami bertiga. Kami semua hanya tergamam dengan tindakan Zain.

"Fi, kenapa dengan Zain tu. Emo je. Dari pagi tadi lagi. Korang gaduh ke?" tanya Veronica.

"Takdelah. Aku pun tak tahu kenapa dengan dia." Aku menidakkan soalan daripada Veronica. Memang kami tidak bergaduh. Mungkin dia malu dengan apa yang berlaku pada pagi tadi. Tapi kenapa perlu segan. Bukan dia yang selalu suka mengusik aku sebelum ini.

"Moody sungguh si Zain ni. Mengalahkan perempuan," rungut Veronica.

"Tak apalah. Kita pergi bertiga sahaja pun dah okay. Jom." Yaya mengajak aku dan Veronica ke arah pantai. Aku menganggukkan kepala dan segera berlari ke arah pantai.

"Siapa last kena tanam bawah pasir," laungku sambil berlari. Dengan pantas, Veronica dan Yaya turut berlari ke arah pantai.

xxx

Aku mengeluarkan telefon dari poket seluar. Mencari nama Abang Tarmizi.

"Hello..." Kedengaran suara seorang lelaki di talian. Aku sedikit terkejut kerana suara itu kerana ianya bukan milik Abang Tarmizi. Dengan segera, aku melihat ke arah skrin. Memang nombor Abang Tarmizi tetapi siapa pula yang menjawab panggilan telefon.

"Hello. Tarmizi ke ni?" tanyaku yang masih lagi ragu-ragu dengan suara tersebut.

"Tarmizi pergi bilik air. Tengah mandi. Nanti saya suruh dia call awak balik," jelas lelaki yang menjawab panggilan telefon milik Abang Tarmizi.

"Oh.. Okay. Terima kasih." Aku menamatkan panggilan dengan seribu persoalan. Siapa lelaki itu? Kenapa dia menjawab telefon Abang Tarmizi? Mesrakah hubungan mereka? Mereka berada di dalam bilik kami ke?

Forbidden loveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang