part 5

5.5K 93 5
                                    

Forbidden Love - Part 5
Bab 5

Aku meletakkan pinggan yang berisi mee goreng di atas meja. Veronica masih lagi sibuk membalas mesej di telefonnya.

"V, kau tak nak makan ke?" tanya aku sambil membetulkan kedudukan kerusi.

"Belum lapar lagi. Kau makan dulu lah" jawab Veronica. Matanya masih lagi tertumpu pada skrin telefon miliknya.

"Kau tengah mesej dengan siapa? Khusyuk je aku tengok. Dari dalam kelas lagi aku perasan." Aku memandang ke arah Veronica. Veronica tersenyum lalu meletakkan telefonnya di atas meja.

"Kau ingat tak pelajar lelaki yang pakai kereta Honda Jazz merah tu. Dialah yang sedang mesej aku sekarang" balas Veronica. Aku cuba mengingati wajah lelaki yang dimaksudkan oleh Veronica.

"Oh budak tu. Dia tinggal blok yang sama dengan aku. Aku pernah juga nampak dia di toilet. Tapi tak sure pula dia tinggal di bilik mana." ujarku sambil menyuap mee goreng yang agak masin sedikit.

"Ya ke! Nanti dia ajak aku keluar date. Kau teman aku ya, Fi? Aku takut lah. Boleh kan Fi?" pujuk Veronica.

"Ish, seganlah aku V. Tak nak lah ganggu korang dating" balasku kembali.

"Tak apa. Aku dah beritahu dia. Lagi pun dia datang dengan roommate dia. Bolehlah Fi?" Veronica masih belum berputus asa nampaknya.

"Oklah. Nah, ambil mee goreng ni. Masin sangat. Tak larat aku nak habiskan." Aku menghulurkan pinggan mee goreng kepada Veronica. Veronica menyuap mee goreng ke dalam mulutnya.

"Masinnya. Makcik ni memang sengaja nak bunuh kita ke?" Aku tertawa melihat mimik muka Veronica menahan rasa masin. Sudah lebih sebulan aku berada di universiti. Hubungan aku dan Veronica semakin rapat. Walaupun ramai yang mengusik kami berdua sebagai pasangan kekasih, aku tahu tiada perasaan cinta di antara kami berdua.

Veronica merupakan satu-satunya pelajar Sabah di dalam kelasku dan pelajar-pelajar perempuan lain tidak begitu rapat dengan Veronica. Jadi dia lebih banyak menghabiskan masa bersama aku dan juga pelajar-pelajar lelaki yang lain.

Aku melihat kelibat Zain di kafetaria bersama pelajar-pelajar di dalam kelasnya. Terdapat 4 kelas atau kumpulan untuk jurusan perakaunan pada semester ini. Aku berada di dalam kumpulan A manakala Zain berada di dalam kumpulan C.

Zain memandang ke arahku. Aku masih lagi teringat peristiwa aku menepis kelangkang Zain dua minggu yang lalu. Selepas itu, kami tidak pernah bercakap lagi. Aku lega dia memotong namanya dari senarai kumpulan A. Hanya satu kali seminggu sahaja, kumpulan A dan C bergabung di dalam kelas yang sama.

xxx

Aku menutup laptop. Internet kampus sedikit lembap hari ini. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Abang Tarmizi masih belum pulang dari kelasnya. Sedang aku termenung di atas katil, telefonku berbunyi.

Abang Tarmizi mengajakku ke gimnasium. Semalam kami pergi ke gimnasium di universiti tetapi terlampau ramai pelajar di sana. Jadi kami pulang semula ke bilik. Hari ini abang Tarmizi mengajakku ke gimnasium milik persendirian yang berada di luar kampus. Bayarannya hanyalah RM 15 untuk sekali masuk.

"Okay. Fi nak mandi kejap. Then Fi turun bawah" jelasku menerusi telefon.

"Jangan lupa bawa turun beg gim abang sekali. Dalam sepuluh minit lagi abang sampai." Abang Tarmizi meletakkan panggilan telefon.

Aku meletakkan telefon lalu mencari beg gim kepunyaan abang Tarmizi. Setelah menjumpai beg itu di bawah katil, aku menariknya keluar dan mengangkatnya untuk diletakkan di atas meja. Ada benda terjatuh keluar dari beg itu. Aku mengambilnya. Sekotak kondom. Aku tergamam lalu memasukkannya kembali ke dalam beg. Abang Tarmizi dan kondom. Banyak perkara bermain-main di fikiranku sekarang. Dan semuanya adalah nakal.

Forbidden loveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang