Forbidden Love - Part 14
Bab 14"Fi, aku sukakan kau"
Aku tergamam seketika. Tangan Zain masih lagi merangkul kemas pinggangku. Aku cuba menstabilkan diri.
"Haha. Tak payah nak buat lawaklah Zain." Aku memalingkan tubuhku daripada Zain. Hatiku berdegup dengan kencang.
"Aku serius, Fi," bisik Zain perlahan. Terpancar sinar ikhlas dari pandangan matanya yang sedang merenung lantai. Dengan tiba-tiba perasaan bersalah meresap ke dalam jiwaku. Ingin sahaja aku memberitahu Zain yang aku sudah berpunya. Tetapi aku tidak sanggup untuk mengecewakan hatinya. Dan juga hatiku.
"Petang nanti kita bincang." Tanpa melengahkan masa, perlahan-lahan aku keluar dari situ. Mujur tiada siapa yang berada di luar bilik mandi itu.
xxx
Aku langsung tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas pada pagi ini. Banyak perkara yang sedang bermain di dalam fikiranku.
"Fi, kenapa?" tanya Veronica yang berada di sebelahku.
"Hah.. Hmmm" Aku gagal memberikan jawapan kepada soalan Veronica.
"Kenapa ni? Kau ada masalah ke?" tanya Veronica lembut.
Aku mengangguk perlahan. Ingin sahaja aku meluahkan rasa serba salah yang membelenggu fikiranku tetapi aku bimbang akan reaksi Veronica. Bolehkah dia menerima siapa diri aku yang sebenar.
"Takpe Fi. Kau tak perlu bagi tahu aku kalau kau belum bersedia. Aku just nak kau tahu yang aku akan sentiasa ada di samping kau untuk sokong kau. Sampai bila-bila." Ucapan yang keluar dari mulut Veronica hampir sahaja menitiskan air mataku. Alangkah baiknya kalau aku dapat berterus-terang saja dengan Veronica. Tetapi masanya belum tiba.
xxx
Aku dan Veronica berjalan memasuki kafetaria yang sedikit lengang. Safuan yang sedang duduk di salah satu meja makan, mengangkat tangan ke arah kami. Aku melihat-lihat di sekeliling kafetaria. Tiada pula bayangan Zain.
"Seorang jer ke sayang?" tanya Veronica sambil meletakkan bukunya di atas meja.
"Well, tadi ada lima orang gadis cuba pikat I tapi I tolak. Sebab I sayang you," usik Safuan.
"Perasan. Mana roommate kesayangan you?" tanya Veronica lagi.
"Dia balik kolej. Macam tak sihat jer. Murung sangat," jawab Safuan sambil menyuapkan mee ke dalam mulutnya.
Zain murung? Kenapa? Dia sakit ke? Dan pelbagai lagi soalan yang muncul di dalam fikiranku.
"Dia sakit ke?" tanya Veronica lagi seolah-olah mengerti apa yang bermain di dalam fikiranku.
"Takdelah. Sihat jer. Cuma dia macam tak keruan sikit. Macam orang yang tengah bimbang," jelas Safuan.
"Oh okay... Fi, jom pergi ambil makanan." Veronica mengajakku ke kaunter makanan. Aku menganggukkan kepala sahaja.
"Eh, kau pun dah dijangkiti dengan virus yang sama seperti Zain juga ke?" tanya Safuan sambil tersenyum.
Ya... Virus cinta...
xxx
Aku menguatkan diri. Perkara ini tidak boleh berlarutan lagi. Aku bukan sahaja menyakiti Zain, tetapi turut menyakiti diri sendiri. Aku harus memberitahu Zain mengenai perkara yang sebenarnya. Walaupun agak pahit untuk ditelan, aku harus tabah.
Aku keluar dari bilikku dan melangkah ke arah bilik Zain dengan penuh keyakinan. Aku nekad. Tidak lagi mahu berdolak-dalih. Aku dan Zain tidak mungkin akan bersama.
