part 10

5.6K 94 8
                                    

Forbidden Love - Part 10
Bab 10

Aku membuka mata perlahan-lahan. Tangan abang Tarmizi masih lagi memeluk erat tubuhku. Aku melihat ke arah Abang Tarmizi yang masih lagi tidur. Dengkuran kecil kedengaran keluar dari hidung Abang Tarmizi. Mungkin terlampau letih agaknya.

Aku memegang tangan Abang Tarmizi dan mengangkatnya perlahan-lahan. Tidak mahu mengejutkan dia dari tidurnya. Tambahan pula hari ini adalah hari Sabtu. Setelah berjaya melepaskan diri dari pelukan Abang Tarmizi, aku bangun dan cuba mencari-cari telefon bimbitku.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Cuaca pada pagi ini agak mendung. Aku kembali ke katil abang Tarmizi dan hanya duduk di tepi katil. Bingung. Tidak tahu apa yang harus dibuat. Mandi? Terlalu sejuk. Sarapan? Tiada selera.

"Fi, pukul berapa dah?" Aku tersentak mendengar suara Abang Tarmizi dari belakang.

"Sepuluh. Okay tak tidur? Mesti tak selesa kan?" tanyaku sambil memusingkan tubuhku menghadap Abang Tarmizi.

"Abang okay jer. Lagi selesa adalah. Ada bantal peluk kat sisi," kata Abang Tarmizi sambil mengenyitkan matanya kepadaku. Rambutnya yang kusut masai tidak sekali pun menjejaskan ketampanan wajah Abang Tarmizi. Aku membalas kenyitan mata Abang Tarmizi dengan sebuah senyuman.

"Fi, marilah rapat sikit. Sejuklah pagi-pagi ni." Abang Tarmizi memeluk tubuhnya yang tidak berbaju.

"Pakailah baju." Aku mencapai baju yang ada di lantai lalu menghulurkannya kepada Abang Tarmizi. Namun, Abang Tarmizi menarik pula tanganku ke arahnya.

Aku kembali melabuhkan tubuhku di sisi Abang Tarmizi. Abang Tarmizi mula memelukku dengan erat. Tangannya yang berada tepat di pinggang membuatkan aku menjadi tidak keruan. Abang Tarmizi mengangkat kepalanya dan bibirnya mula mencari bibirku.

Aku cepat-cepat mengelak.

"Tak gosok gigi lagi lah." Aku memberi alasan yang sememangnya agak munasabah.

"It's okay. Dua-dua tak gosok gigi tak apa," balas Abang Tarmizi sambil mencium bibirku dengan lembut.

"Busuklah." Aku tergelak sambil menolak muka Abang Tarmizi.

"Kalau mulut tak boleh, yang lain mesti boleh kan?" Bibir Abang Tarmizi hinggap pula di leherku. Aku cuba mengelak tetapi gagal. Abang Tarmizi mencium leherku dengan nakal. Aku hanya mampu tergelak kerana aku agak sensitif dan geli di bahagian leher. Abang Tarmizi menghentikan ciumannya.

"Fi ni spoil kan mood sungguh lah. Cium sikit dah geli." Aku hanya tersenyum.

"Dah, Fi nak mandi." Aku meleraikan tangan Abang Tarmizi dari tubuhku dan segera bangun.

"Kita mandi sama-sama nak?" tanya Abang Tarmizi yang masih lagi nakal.

"Nak buat apa kalau mandi sama-sama?" tanyaku kembali dengan tona suara yang nakal.

"Abang nak ajar Fi mandi wajib," jawab Abang Tarmizi selamba. Aku ketawa terbahak-bahak dengan jawapan Abang Tarmizi.

"Fi tahulah macam mana nak mandi wajib." Aku mengangkat bakul kecil berwarna kuning yang sentiasa menjadi peneman setiaku bila ingin ke bilik air.

xxx

Aku menggosok-gosok tubuhku dengan lembut. Belaian dari Abang Tarmizi semalam masih lagi menghantui mindaku. Aku berasa sangat bahagia tetapi dalam masa yang sama aku takut dan bimbang.

Aku mengambil syampu dari bakul dan menuangkannya ke atas tapak tanganku. Paip di bilik mandi sebelah terbuka.

"Awal kau bangun hari ni." Kedengaran suara Zain di bilik mandi sebelah. Aku hanya diam dan menyambung kembali membasuh rambutku yang dipenuhi dengan buih syampu.

Forbidden loveWhere stories live. Discover now