Forbidden Love - Part 17 (Finale)
Bab 17Aku memejamkan mata. Cuba mengosongkan fikiran yang agak bercelaru. Tanganku dipegang perlahan dan aku kembali membuka mata. Tangan Abang Tarmizi yang panas berjaya menenangkan hatiku yang gundah-gelana.
"Fi okay ke?" tanya Abang Tarmizi lalu duduk di sebelahku.
Aku hanya mengangguk.
"Janganlah stress sangat. Anggap ini ujian dari tuhan. Lagipun carry mark Fi ni takdelah teruk sangat. Boleh lulus lagi ni," pujuk Abang Tarmizi lagi. Cuba menenangkan diri aku.
"Fi tahu. Cuma nak score A dah payahlah sikit. Fi tak faham kenapa markah Fi banyak ni jer.." Aku masih lagi tidak puas hati dengan markah yang diperolehi daripada pensyarah. Tambahan lagi rakan sekumpulan aku yang lain seperti Veronica, Alia dan juga Zain mendapat carry mark yang agak tinggi. Malahan, tugasan di Pulau Pangkor banyak disiapkan oleh aku. Jadi aku sedikit terkilan dengan markah yang diterima berbanding dengan markah mereka.
"Dah jangan runsing-runsing lagi. Esok lepas Abang habis presentation, kita pergi makan soto yang Fi suka kat Seksyen 8. Okay tak?"
"Abang belanja? Hehe. Tapi Fi kena pergi Seksyen 2 dulu. Nak print something. Nanti Abang ambil Fi kat sanalah." Hatiku mula gembira. Betul kata Abang Tarmizi. Sekarang aku hanya perlu fokus pada peperiksaan akhir.
"Okay, sayang. Sekarang Fi tolong Abang pula. Tengok macam mana Abang present. Bagus ke tak?" Abang Tarmizi tersenyum kepadaku.
Aku gembira...
xxx
Aku tersentak dari lamunan saat bahuku dipegang oleh seseorang. Aku yang sedang duduk di bangku hospital mendongak.
Zain.
Sebaik sahaja melihat Zain, airmata aku terus mencurah-curah keluar.
"Abang Tarmizi dah takde dah..." Sambil teresak-esak aku membiarkan sahaja Zain membawaku ke dalam pelukannya.
"Sabar Fi.. Sabar..." Zain mengusap-usap bahuku untuk menenangkan aku menangis sebak.
"Ni semua salah aku, Zain.. Salah aku.." Aku meluahkan rasa bersalah yang membelenggu aku sejak dari tadi lagi, tatkala aku melihat tubuh kaku Abang Tarmizi di atas jalan raya tengahari tadi.
"Jangan cakap macam tu, Fi. Ni semua dah takdir," pujuk Zain. Masih lagi cuba untuk menenangkan aku.
Namun semuanya sudah terlambat. Abang Tarmizi telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.
xxx
"Fi, minum air dulu ya." Veronica menghulurkan air tin kepadaku lalu duduk di sebelahku. Suasana di dalam hospital agak lengang. Dari tengahari tadi hinggalah ke malam, aku masih lagi bertapak di hospital. Dengan longlai, aku mengambil air tin dari tangan Veronica.
Aku melihat Zain dan Safuan yang sedang berbincang dengan kakitangan hospital. Mungkin bertanyakan status jenazah Abang Tarmizi.
"Firdaus..."
Aku berpaling saat mendengar namaku dipanggil. Ibu dan adik perempuan Firdaus ada di hadapan aku dan Veronica. Veronica bangun untuk bersalam dengan mereka berdua.
"Terima kasih ya, Firdaus kerana beritahu makcik. Pihak hospital dah bagi kebenaran untuk kami bawa jenazah Mizi pulang ke Kelantan," ujar ibu kepada Abang Tarmizi.
"Sekarang ke? Boleh ke kalau saya nak tengok dia dulu?" tanyaku yang teringin untuk melihat Abang Tarmizi buat kali terakhir.
"Maaflah Firdaus. Pihak hospital dah simpan jenazah di dalam van. Makcik tak boleh buat apa-apa." Ibu Abang Tarmizi menyeka airmata yang keluar dari pipinya. Dia pasti lagi sedih kerana anak yang dikandung dan dijaganya sejak dari kecil telah pergi dahulu.