Forbidden Love - Part 6
Bab 6Veronica dan Safuan masih lagi rancak berbual. Ada saja topik yang menjadi tajuk perbualan mereka. Sekali-sekala aku menyampuk. Zain pula hanya diam membisu.
"Kita pergi tengok wayang nak?" ajak Safuan sambil memandang ke arah kami.
"I boleh saja" jawab Veronica.
"Aku tak kisah" balas Zain pula.
"Sempat ke?" aku sedikit bimbang. Pintu pagar utama akan ditutup pada jam 12.00 tengah malam.
"Sempat. Cerita tu pukul 9. Dalam jam 11 lebih tamatlah." jelas Safuan.
"Jomlah. Fi. Ala kalau lambat, kita tidur lah di hotel" Veronica tersenyum.
"Banyaklah duit aku nak tidur di hotel. Okaylah. Aku habiskan minuman." Aku cepat-cepat menghirup minuman yang ada di hadapan aku. Kami meninggalkan restoren dan menuju ke arah panggung wayang.
xxx
Safuan dan Zain menuju ke arah kami yang sedang berbual sambil memegang tiket wayang.
"Tak ada seat yang sama row lah. Kena duduk asing-asing. Dua orang duduk di baris K. Dua lagi kena duduk di Baris M." Safuan menunjukkan tiket wayang kepada kami.
"It's okay. Fi boleh duduk dengan Zain" cadang Veronica. Aku tergamam seketika dengan cadangan Veronica. Gatal juga si Veronica ni.
Safuan menghulurkan dua tiket kepada Zain.
"Jom pergi beli popcorn dulu" ajak Safuan. Kami berempat menuju ke kaunter makanan. Nasib aku agak tidak baik malam ni. Si sombong masih lagi menghantui hidupku nampaknya.
xxx
Aku tidak dapat memberi perhatian kepada cerita yang ditayangkan. Entah kenapa hati aku berdebar-debar dari saat kami masuk ke dalam panggung wayang lagi. Kami hanya diam. Tidak ada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut kami sejak masuk ke dalam panggung wayang.
"Nak popcorn tak?" Aku menghulurkan bertih jagung yang dibeli kepada Zain. Tiada respons dari Zain. Kenapalah mulut aku gatal sangat nak menegur si sombong ni. Sedikit malu apabila Zain mengendahkan pertanyaan aku.
Tanpa diduga, Zain menghulurkan tangannya ke arah bekas popcorn yang dipegang olehku. Dia mengambil beberapa biji popcorn. Mataku kembali melihat ke arah skrin di hadapanku.
Sambil menonton, tangan kami semakin rancak mengambil popcorn dan menyuapkan ke dalam mulut masing-masing. Tiba-tiba tangan kami bersentuhan di dalam bekas popcorn. Aku berasa seperti ada kejutan elektrik yang mengalir di dalam tubuhku semasa tangan kami bersentuhan.
Aku cepat-cepat menarik tanganku. Zain pula hanya berlagak selamba. Aku kembali menumpukan perhatian kepada cerita yang ditayangkan.
xxx
Kami berjaya pulang sebelum waktu pintu pagar ditutup. Aku lega. Kami sampai di kolej kediaman Veronica. Veronica mengucapkan selamat malam dan keluar dari kereta. Sambil berlalu pergi, dia melambai-lambaikan tangannya ke arah kami bertiga. Zain keluar dari kereta dan masuk semula ke tempat duduk sebelah pemandu.
Safuan kembali memandu menuju ke arah kolej kami.
"Siapa roommate kau ya, Fi?" tanya Safuan cuba memecahkan suasana yang hening.
"Tarmizi. Dia facilitator untuk minggu orientasi. Kenal tak?" tanyaku semula kepada Safuan.
"Oh abang faci yang handsome tu. Kenal. Dia gay kan?" balas Safuan kembali.
Aku tersedak. Tidak menyangka soalan itu yang keluar dari mulutnya. Aku diam. Tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan itu.
"Kau ni pandai-pandai je buat spekulasi. Jangan layan soalan bodoh dia" celah Zain.