part 16

4.9K 83 10
                                    

Forbidden Love - Part 16
Bab 16

Aku mencari-cari di sekeliling perpustakaan. Tiada pula bayangan Zain. Semalaman aku gelisah kerana bimbang Zain akan terasa hati dengan tindakan Abang Tarmizi dan diriku sendiri. Sedang aku berjalan-jalan aku ternampak kelibat Zain yang sedang bercakap dengan seorang pelajar lelaki di kawasan rak buku. Aku menghampiri mereka berdua.

"Morning, Fi.. By the way, Aiman ni classmate I, Firdaus." Zain memperkenalkan aku kepada pelajar lelaki yang bernama Aiman itu. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Aiman. Aiman menyambut tanganku tetapi terpancar raut wajahnya yang tidak selesa dengan kehadiran aku.

"Okaylah, Zain. I kena pergi dulu. Apa-apa you call lah I ya. Bye." Dengan tidak disangka-sangka Aiman memeluk Zain di hadapan aku.

"Bye, Firdaus. Nice to meet you." Aiman berlalu pergi meninggalkan kami berdua.

Aku memandang Zain. Dan Zain memandang aku kembali.

"Kenapa?" tanya Zain.

"Kawan baru ke?" tanyaku sambil mengalihkan pandanganku daripada mata Zain.

"Oh ya. Aku kenal kat kedai makan semalam. Ramai sangat orang so dia takde tempat untuk duduk. So, kami kongsi meja lah. Tak sangka pula dia pun pelajar di universiti kita. Pelajar Marketing," jelas Zain sambil mengeluarkan beberapa biji buku dari rak buku.

Setelah selesai memilih buku, kami berdua menuju ke meja belajar yang masih lagi kosong.

"Zain, pasal semalam. Sorry ya," aku mengalihkan topik perbualan kami daripada Aiman kepada peristiwa yang berlaku semalam.

"It's okay Fi. Aku faham. Garang juga bf kau. Untung kau, ada orang yang sayang. Jangan bimbanglah. Aku okay. Lagi pun semalam Aiman ada temankan aku. So terubatlah sikit hati aku. Haha." Zain mengenyit matanya.

"Aiman tadi? Gedik semacam je aku tengok." Aku mengeluarkan pandanganku terhadap Aiman.

"Mana ada. Dia okaylah. Cuma dia terlebih manja sikit," balas Zain pula.

"Sikit kau cakap. Sampai peluk-peluk lagi. Sedangkan baru je kenal semalam," tambahku pula yang tidak puas hati apabila Zain membela Aiman.

"Kenapa? Kau jealous ke?" tanya Zain sambil tersenyum.

"Malaslah nak layan kau. Study. Esok exam dah nak start." Aku membuka fail dan mengeluarkan nota-nota yang telah diberikan oleh pensyarah.

Zain hanya ketawa kecil melihat reaksi aku.

xxx

Aku meletakkan pen dan kertas di atas meja. Masa yang diberi selama 3 jam terasa begitu cepat berlalu. Aku memandang ke belakang. Veronica melambai-lambai sambil mengangkat ibu jarinya. Mungkin terlalu gembira kerana apa yang kami ulangkaji semalam keluar dalam peperiksaan pada pagi ini.

Sebaik sahaja dibenarkan keluar, aku menuju ke arah meja Veronica.

"Fi, thank you sebab suruh baca topik ni. Happy sangat." Veronica menepuk-nepuk tangannya.

"Itulah. Syukur sangat. So kau kena belanja aku makan lah ni ya?"

"Jom. Ajak Zain sekali," balas Veronica.

Aku melihat ke arah tempat duduk Zain. Kosong. Ke mana pula Zain pergi. Takkanlah sudah keluar. Aku mengalihkan pandangan ke luar dewan. Zain sedang berbual-bual bersama seseorang yang terlindung di sebilik dinding. Sedang aku berjalan menuju ke arah mereka, aku dapat melihat dengan jelas siapakah yang berada bersama Zain. Dengan sendirinya aku memberhentikan langkahku. Ya, betul kata Zain yang aku cemburu apabila melihat Zain dan Aiman. Tetapi Zain berhak berkawan dengan sesiapa sahaja dan aku pula tidak mempunyai hak untuk berasa cemburu.

Forbidden loveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang