"Welcome back my bro!" Aazief Iskandar terus bersalaman dan memeluk erat tubuh sahabatnya. Aazief tersenyum bahagia.
"Aku ingatkan kau tak akan datang jemput aku. Maklumlah, sekarang kan kau asyik sibuk memanjang." Perli Farhan Hafiey.
"Agak-agak lah kau ni, Farhan. Sahabat aku baru balik dari Melbourne, takkan aku tak datang jemput kau pula? Eh, kau makin sado sekarang. Dah ada pilihan hati ke dekat Melbourne tu?" Aazief Iskandar memandang tepat ke tubuh Farhan Hafiey yang semakin tegap dan segak berkaca mata hitam.
"Tak ada maknanya. Calon pun tak ada, mana datang pula pilihan hati. Kita dalam hidup ni kenalah ada sikit kemajuan. Sampai bila nak hidup macam katak bawah tempurung?" Soalan Farhan Hafiey dibalas dengan ketawa kuat daripada Aazief Iskandar.
"Aik? Dalam banyak-banyak perempuan yang kau selalu heret, takkan tak ada satu yang melekat dalam hati?"
Farhan Hafiey memeluk tubuh. Soalan Aazief dibiarkan sepi tanpa jawapan. Farhan Hafiey memandang ke seluruh kawasan terminal lapangan terbangan dengan senyuman senget.
"Han, insaflah. Dah balik Malaysia dah pun. Tinggalkan sajalah perangai buaya kau dekat Melbourne sana. Umur kau bukan makin muda. Dah dua puluh lima tahun pun. Memang sesuai dah untuk cari pasangan yang tetap," bebel Aazief Iskandar panjang lebar.
"Nak buat macam mana Aazief. Dia orang tu bukannya taste aku. Lagipun, bukan aku yang mainkan hati dia orang. Tapi, dah dia orang sendiri yang rela untuk serahkan hati untuk aku. Yang datang itu pun bukannya ikhlas, cuma memilih rupa dan kekayaan aku semata-mata."
Aazief Iskandar menggeleng sambil tersenyum mendengar kata-kata Farhan Hafiey. Angkuh dan sombong apabila berbicara, masih sama tak berubah selepas dia pergi menyambung pelajaran ke University of Melbourne, Australia. Hampir lima tahun dia tidak melihat wajah sahabatnya itu, Farhan Hafiey. Nampaknya penampilan sahaja berubah, namun perangai masih sama. Setiap patah kata yang diucapkan oleh Farhan Hafiey memang tidak ditapis dahulu sebelum mengucapkannya.
"Eh mana Fareez? Takkan kau sorang je yang datang." Malas hendak melanjutkan perbualan, Farhan Hafiey terus menukar topik. Kalau ayik berbual soal ini, Aazief Iskandar nampaknya tidak akan berhenti membebel.
"Ada tu dalam kereta, tengah tunggu kita. Parking full itu yang aku suruh dia tunggu dalam kereta saja. Jomlah, ummi kau pun dah tunggu kau dekat rumah tu. Maklumlah anak kesayangan baru balik kan. Rindu lah tu nak peluk cium anak kesayangan." Beritahu Aazief sambil menepuk lembut bahu Farhan Hafiey.
Mereka rapat sejak dari kecil lagi. Perangai ketiga-tiganya lebih kurang sama sahaja tetapi jelas sekali Farhan Hafiey yang adalah yang paling terserlah teruk perangainya. Farhan Hafiey menghamburkan ketawa besarnya. Rindu pada umminya semakin bertandang saat kaki mula melangkah turun ke tanah air. Apa agaknya masakan yang ummi bakal sajikan kepadanya bila sampai di rumah nanti?
Farhan Hafiey menelan liurnya. Sungguh dia sudah dapat bayang anekajenis masakan ummi yang bakal tersaji di hadapannya. Langkah kaki laju di aturbersama bagasi sederhana besar di tarik bersama. Malaysia I'm back!
YOU ARE READING
Gadis Comel Dari Marikh
ChickLit"Aku tahu, aku sedar selama ni apa yang kau buat untuk kebaikan aku tapi Hana, dia tu abang kandung kau." - Dahlia Ariana. Dahlia Ariana menggelabah. Pelik-pelik benar permintaan Hana kali ini. Rancangan yang diatur cantik untuk mengenakan si mata k...