BAB 4

2.5K 250 14
                                    

Telefon pintar itu dimatikan. Serta-merta mata Dahlia Ariana terpandang helaian kertas di atas meja. Bukan sebarangan kertas tapi itulah surat yang di terimanya daripada pihak kolej. Surat penawaran mentor.

Dengan perasaan yang malas Dahlia Ariana bangun dari katil dan menuju ke meja untuk mengambil surat penawaran itu. Setelah sekian lama, setelah sekian lama Dahlia Ariana di buli. Kenapa baru sekarang ada yang mahu hulurkan pertolongan? Paling pelik ada pula orang yang prihatin dengan nasibnya?

Nama Aazeif Iskandar pada surat itu dipandang lama.

Kenapa dalam banyak-banyak manusia dekat kolej, Aazeif Iskandar juga yang harus menjadi mentornya? Oh tolonglah! Sudah pasti ketahanan dirinya bukan jadi semakin tinggi lepas menyertai program ini. Yang pasti, sindiran pedih yang bakal diterima olehnya nanti.

Aazeif Iskandar dari ahli kumpulan The Three Musketeers. Kumpulan itu sangat terkenal dengan perangai tak semegah rupa mereka di kolej. Walaupun sudah hampir satu setengah tahun Dahlia Ariana di kolej tingakatan enam, tidak ada sesiapa pun yang berani laporkan kes salah laku mereka. Lagi-lagi Aazeif Iskandar yang berpangkat dalam kolej itu. Apa gunanya Majlis Perwakilan Pelajar dan pembimbing rakan sebaya dekat kolej ini? Macam tak ada fungsi.

Dahlia Ariana menghela nafas panjang. Patut atau tidak dia hadir ke program ni? Sebolehnya dia tidak mahu langsung melibatkan diri dalam program seperti ini. Tetapi atas nasihat kaunselor, Dahlia Ariana perlu turuti. Ini juga demi kebaikannya.

"Lia? Boleh papa masuk?"

Ketukan pintu bilik mematikan lamunan Dahlia Ariana sebentar tadi. Kertas tawaran di tangan terus disembunyikan di bawah katil.

"Masuklah, papa."

Pintu bilik dikuak perlahan. Tidak lama selepas itu terpapar wajah segak Encik Firdaus dengan berbaju kemeja putih. Dahlia Ariana memandang jam di dinding. Sudah pukul 3 petang. Takkanlah papa nak pergi pejabat waktu-waktu begini?

"Boleh tolong papa ikat tie?" Encik Firdaus tersengih.

Itulah rutin harian Dahlia Ariana. Rasanya sudah hampir 15 tahun Dahlia mengambil alih tugas ini. Pada mulanya, memang tidak dinafikan ikat tali leher sememang susah dari ikat tali kasut. Terima kasih kepada pak cik google akhirnya Dahlia Ariana berjaya.

Tie papanya di capai dan diikat pada kolar baju, "Papa ada urgent meeting ni. Cepat sikit eh?"

"Meeting dengan siapa papa? Client ke girlfriend eh?" Dahlia tersengih.

"Ha'ah, girlfriend papa. Dahlia Ariana." hidung mancung Dahlia Ariana dicuit manja.

"Papa! Senget hidung Lia nanti." Terus saja Dahlia Ariana menarik muncung panjang.

"Papa rindu usik Mama." dan suara Encik Firdaus bertukar sayu.

Setelah 15 tahun Puan Katrina meninggalkan mereka, ternyata pemergian wanita istimewa itu masih memberi kesan yang dalam kepada keluarga ini. Peristiwa hitam itu berlayar semula seperti pita rakaman. Puan Katrina meninggal dunia akibat barah otak tahap empat. Dahlia Ariana yang baru berusia lima tahun terpaksa menempuh kehidupannya tanpa kasih sayang seorang ibu. Masih mentah tentang semua ini. Dahulu setiap kali Dahlia Ariana pernah bertanya kepada papanya kenapa mereka sering ke hospital untuk menghantar Puan Katrina, Encik Firdaus selalu memberikan jawapan yang sama;

"Mama sakit kepala."

Semua itu berterusan hari demi hari. Sehingga suatu hari Puan Katrina terpaksa di tahan dalam wad ICU. Keadaan Puan Katrina semakin teruk pada waktu itu, Dahlia Ariana cuma dapat melihat wajah putih Mamanya yang sedang terlantar melalui dinding kaca. Wayar menembus masuk ke dalam kulitnya. Mengimbau kembali kejadian itu, Dahlia Ariana seperti dapat rasakan bertapa seksa jiwanya meraung inginkan kasih sayang seorang ibu.

Gadis Comel Dari MarikhWhere stories live. Discover now