BAB 9

225 35 0
                                    

Puan Latifah hanya menggeleng kepala melihat kekalutan anak terunanya itu. Berbeza sungguh dengan hari-hari sebelum ini, awal pula Farhan Hafiey bergegas ke kolej pagi ini. Naik risau pula Puan Latifah dengan perubahan sikap Farhan Hafiey itu. Mana taknya, pada kebiasaannya kalau hendak dikejutkan Farhan dari tidur alamatnya Puan Latifah perlu meninggikan suara baru bergegas dia bangun dari katil. Buang tabiat ke budak ni?

"Kenapa ummi pandang Han macam tu?" soalan yang keluar dari bibir Farhan Hafieymenyentak lamunan Puan Latifah.

"Awal betul ummi tengok Han bangun hari ni. Ada kelas pagi ke?"

Anak matanya sesekali membelek telefon bimbit di tangan. "Err- Haah! Farhan ada kelas pagi hari ni." hanya itu menjadi jawapannya. Wajah Puan Latifah jadi berkerut seribu.

"Selalunya Han suka skip kelas pagi. Jarang sangat nak tengok Han bangun seawal ni. Betul ke ada kelas pagi? Ada apa-apa yang ummi tak tahu ke?" sengaja Puan Latifah menguatkan suara diakhir ayatnya supaya Farhan Hafiey mendengar dengan jelas soalannya itu.

"Sebenarnya Farhan nak pergi sarapan dengan kawan." Farhan terpaksa mengalah.

Terjongket kening Puan Latifah apabila mendengar pengakuan dari anaknya itu.

"Ummi dah dapat agak dah. Tak perlu nak menipu ummi. Lakonan Farhan tu tak valid untuk pun ummi." Puan Latifah tersenyum kemenangan. Farhan Hafiey tidak mampu menipu umminya kerana lambat atau cepat pasti tertangkap jua. Farhan bukanlah sekeras mana pun. Jika kena pada caranya, pasti Farhan akan mengalah.

"Ini girlfriend yang ke berapa?"

Farhan Hafiey sudah terlopong, "Eh ummi ni. Apa pulak girlfriend, kami cuma kawan biasa." Tanpa Farhan Hafiey sedar, kata-katanya itu membuatkan Puan Latifah tersenyum kemenangan.

"Maksudnya "kawan" yang Farhan maksudkan tu perempuanlah kan?" Soal Puan Latifah sambil memeluk tubuh.

Buntu sungguh Farhan Hafiey kali ini. Aduh! Kantoi lagi! Keluhnya dalam hati. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Matanya meliar ke kiri dan kanan mencari idea untuk dipertahankan. Namun apakan daya, lubang sudah pecah. Tak mampu nak tutup balik.

"Dah banyak kali ummi pesan dekat Farhan. Cukup-cukuplah ke hulu ke hilir dengan anak dara orang. Ummi tak suka Farhan buat perangai macam ni. Berbuih mulut ummi nasihat tapi tak juga Farhan dengar apa yang ummi pesan kan?" bebel Puan Latifah panjang lebar.

Farhan Hafiey tersentak! Kecur air liurnya ditelan. Pagi-pagi lagi sudah diberikan motivasi sebegini rupa dari umminya. Walaupun jiwa mudanya begitu terasa dengan kata-kata umminya, perasaan memberontak itu masih boleh dikawal. Dia jadi diam seribu bahasa dan langsung tidak melawan.

"Ummi nasihatlah Farhan tu banyak mana pun memang takkan ada satu pun nasihat ummi yang melekat dalam kepala otak dia tu."

Tiba-tiba saja entah dari mana datang pula Hana mengeruhkan lagi keadaan. Farhan menjadi semakin bengang. Penumbuk dikepal dengan perasaan yang marah membuak-buak.

"Kau diam lah Hana! Jangan campur urusan aku!" Tanpa Farhan sedar secara tidak sengaja dia sudah meninggikan suara di hadapan umminya.

"Farhan ! Kawal suara Farhan. Ummi masih ada dekat depan Farhan tau tak?" Puan Latifah juga sudah mula meninggikan suara.

Farhan bingkas mencapai beg galasnya. Tangan umminya dicapai dan dikucup lembut.

"Farhan minta maaf ummi. Farhan pergi dulu ya." 

Gadis Comel Dari MarikhWhere stories live. Discover now