Farhan Hafiey tenang memandu. Mata kuyu itu sesekali melirik nakal pada gadis berbaju merah di sebelah. Wajah ayu si gadis dilihat sedikit keletihan. Jari-jemari mula menjalar perlahan-lahan. Cup! Dikucup lembut.
"Wanginya..." bau haruman dari gadis itu sungguh buat Farhan hanyut dalam dunianya sendiri. Jari-jemarinya masih bermain-main dengan jari-jemari runcing itu. Semakin lama kucupan pada tangan gadis itu semakin ghairah. Gadis itu hanya membiarkan kelakuan Farhan Hafiey ke atas dirinya.
Nampaknya, mangsa Farhan Hafiey pada kali ini sikit pun tidak melawan. Jeratnya kali ini berjaya. Depan mata dah ada habuan, takkan nak pandang sahaja. Kereta diberhentikan tidak jauh dari orang ramai. Kawasan yang agak sunyi itu menambahkan lagi kerakusan si mata keranjang.
Dari tangan kucupan itu singgah pula pada rambut sang gadis. Makin gila Farhan Hafiey dibuatnya. Tali pinggang keledar dibuka perlahan. Dari tempat duduk pemandu, Farhan Hafiey bangun memeluk tubuh langsing itu dengan begitu erat.
Tangannya mula menjalar ke wajah sang gadis bagi memudahkan lagi kucupannya.
"Please, just stay." rayu suaranya bergetar.
Pelukkan itu dieratkan lagi. Deru angin daripada aircornd kereta menambahkan lagi suasana. Farhan semakin hanyut tatkala dia rasakan ada sesuatu yang bermain-main dengan rambutnya. Senyuman nakal mula menyeringai.
"Farhan..." sayu suara itu memanggil.
"Yes sayang?"
Pelukkan dilonggarkan. Farhan Hafiey memalingkan wajahnya memandang gadis itu dengan seribu satu pandangan. Wajah ayu itu diamati sedalam-dalamnya. Dari mata turun ke hidung lalu pada bibir munggil merah delima itu. Matanya tertumpu di situ, tidak lepas. Wajahnya semakin mara mendekati. Pipi gadis itu juga turut dipaut lembut. Belum sempat bibir mereka bertaut, gadis itu lebih pantas menolak kasar tubuh kekar itu.
"Awak jahat! Saya benci awak! Awak jahat, jahat, jahat!" bertubi-tubi tamparan dilepaskan ke dada bidang itu. Jeritan gadis itu semakin menjadi-jadi saat Farhan Hafiey mula menahan tangan itu dari terus memukulnya.
"Stop it!"
Dan akhirnya Farhan Hafiey berjaya mengunci tangan itu. Bibirnya diketap kuat. Genggamannya pada tangan gadis itu juga dikuatkan agar tidak terlepas. Sakit dadanya dek tamparan bertubi-tubi gadis itu.
"Awak akan dapat balasan yang setimpal Farhan. Saya sumpah! Awak akan menyesal seumur hidup awak kalau awak terus macam ni. Apa salah saya pada awak sampai awak sanggup buat saya macam ni Farhan ?" gadis itu mula bernada lemah.
Farhan Hafiey terkebil-kebil, "Kau siapa? Aku... aku tak kenal kau lah!"
"Sampai hati awak Farhan... Sampai hati awak."
Mutiara jernih sudah meluncur membasahi pipi sirih bujur itu. Genggaman tangan Farhan Hafiey dilepaskan dengan perlahan-lahan. Kejung tubuhnya saat wajah ayu gadis itu tiba-tiba sahaja bertukar kepada wajah yang mirip dengan seseorang yang amat dikenalinya. Dahlia Ariana.
"Kau? Macam... macam mana kau boleh ada dekat sini?" tubuh Farhan Hafiey kembali pada posisi asalnya ditempat pemandu. Perlahan-lahan dia mula ke belakang sehingga tersandar pada pintu kereta. Tangannya juga turut sedaya upaya mencuba membuka pintu kereta. Namun gagal.
Farhan Hafiey semakin panik.
"Awak akan terima balasan yang setimpal!" hayunan tangan gadis itu tinggi menampar kuat wajah Farhan Hafiey.
YOU ARE READING
Gadis Comel Dari Marikh
ChickLit"Aku tahu, aku sedar selama ni apa yang kau buat untuk kebaikan aku tapi Hana, dia tu abang kandung kau." - Dahlia Ariana. Dahlia Ariana menggelabah. Pelik-pelik benar permintaan Hana kali ini. Rancangan yang diatur cantik untuk mengenakan si mata k...