Waktu outing. Antara waktu yang paling gemari oleh pelajar. Sudah semestinya kerana waktu inilah yang akan membenarkan mereka keluar dari kolej bagi aktiviti riadah. Ditambah pula hari ini pihak kolej menganjurkan program sukan. Pelajar dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti sukan mengikut slot masing-masing.
"Hey! Dahlia!"
Dahlia Ariana sudah selamat mendarat ke tanah. Bola berwarna putih itu terkena tepat di wajahnya. Fuh! Sakitnya bukan sebarangan. Berpinar matanya dek balingan maut itu. Lebih menyakitkan apabila pendengarannya dapat menangkap letusan ketawa besar dari pelajar-pelajar yang lain.
Tak cukup dengan itu, cermin matanya pula jatuh ke tanah. Terkial-kial Dahlia Ariana meraba-raba tanah mencari cermin matanya semula. Ini juga salah satu sebab mengapa dia sangat bencikan outing dan program sukan. Kalau boleh mahu sahaja dia duduk di perpuastakaan dan habiskan kerjanya di sana, namun atas desakkan Hana untuk menemaninya bersenam, Dahlia Ariana turutkan jua.
Masa sebeginilah mereka akan mengambil kesempatan untuk mengenakannya. Haih kenapalah dia harus berbeza slot sukan dengan Hana. Kalau Hana ada, Dahlia Ariana akan rasa sedikit selamat di samping temannya itu.
Contohnya seperti kejadian tadi, sengaja lempar bola ke wajah, libas raket badminton dekat belakang badan. Ergh! Sabar jelah. Pencarian Dahlia Ariana terhenti tatkala cuping telingannya menangkap bunyi retakkan kaca bagai dipijak.
"Ops! My mistake..."
Dahlia mengetapkan bibir. Suara itu lagi! Suara galak Farah Jane.
"Kau cari ni eh?" dan Farah melempar sesuatu pada Dahlia. Oleh kerana penglihatannya yang masih kabur, Dahlia Ariana tidak pasti apa sebenarnya yang dilemparkan oleh Farah Jane tadi. Diraba-raba seperti sesuatu yang patah.
Cermin mata aku! Desis Dahlia Ariana.
"Aww I'm so sorry Dahlia. Aku betul-betul tak sengaja. Aku tak perasan kau ada dekat sini. Itulah, court ni sikit punya luas tapi dekat sini juga kau menyemak." Farah Jane dalam nada yang penuh kepura-puraan dan diselit dengan sindiran pedas. Puas hatinya melihat Dahlia Ariana yang terkapai-kapai seperti orang bodoh tanpa cermin matanya.
"Hoi!" tiba-tiba ada pula suara lain yang menghentikan letusan ketawa besar Farah Jane.
"Kau orang dah kenapa suka sangat ganggu Dahlia?" Nampaknya tekaan Dahlia Ariana tepat sekali. Itu memang Hana. Dalam samar-samar penglihatan, Dahlia Ariana nampak Hana menghulurkan tangan membantunya untuk bangun.
"Hey! Aku tak sengaja okay. Lagipun, kawan kau ni. Dia dah tahu yang kami tengah main volley ball dekat sini, siapa suruh dia datang dekat? Tak ke bahaya macam tu? Tengok apa yang dah jadi sekarang." Farah nampaknya tak mengalah. Cuba untuk pura-pura jadi mangsa keadaan pula.
"Tak apalah Hana. Salah aku sebab aku cuai." Disebabkan tidak mahu perkara remeh ini berlanjutan, Dahlia sebagai seorang yang matang perlu mengalah. Dahlia Ariana tak mahu isu remeh seperti ini diperbesarkan. Cukup baik dia masih boleh berdiri setelah terkena dengan balingan maut itu tadi.
"Kawan kau pun dah mengaku dia salah. Apa lagi yang nak dipertikaikan?" Balas Farah Jane dengan begitu bangga.
"Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat Farah. Kau orang memang sengaja! Macam aku kenal perempuan busuk hati macam kau ni."
"Hana..." Dahlia Ariana cuba menghentikan pertelingkahan itu.
Walaupun Dahlia tahu Farah Jane memang sengaja mahu mengenakannya dan tahap kesabaran Dahlia pun kadang-kadang senipis kulit bawang juga, tetapi kali ini biarlah Dahlia Ariana tetap bertindak matang. Macam mana? Pesanan Papanya selalu menjadi panduan kepada Dahlia, pergaduhan ialah suatu perkara yang tidak matang. Jadi, orang yang matang tahu tindakan yang bakal di ambil untuk selesaikan permasalahan. Bukannya bersaing. Diri sendiri akan rugi.
YOU ARE READING
Gadis Comel Dari Marikh
ChickLit"Aku tahu, aku sedar selama ni apa yang kau buat untuk kebaikan aku tapi Hana, dia tu abang kandung kau." - Dahlia Ariana. Dahlia Ariana menggelabah. Pelik-pelik benar permintaan Hana kali ini. Rancangan yang diatur cantik untuk mengenakan si mata k...