BAB 10

346 43 13
                                    

               Kafe Anjung penuh dengan pelajar-pelajar yang sedang makan tengah hari pada waktu itu. Dahlia Ariana yang sedang makan sambil menunggu Farhan Hafiey tiba-tiba menjadi resah. Sekejap-sekejap Dahlia Ariana melirik jam di pergelangan tangannya. Sekejap-sekejap dia tunduk memandang nasi yang tak luak di makannya. Tak lama kemudian, matanya melilau memandang sekeliling mencari kelibat tubuh sederhana sasa itu.

"Aduh! Mana pulak dia ni pergi?" Dahlia Ariana sudah mula menggaru kepala.

Teringat pula dia pada peristiwa yang berlaku pagi tadi sebelum ke kolej. Sejak turun dari kereta Farhan ramai mata-mata yang tak lepas dari memandangnya. Ada macam-macam ragam. Ada yang menjeling ada yang terpana. Namun kebanyakkannya Dahlia Ariana hanya menerima pandangan tajam dari warga kolej. Dia mengeluh perlahan.

Bukannya dia yang minta untuk pergi ke kolej bersama Farhan Hafiey, malah lelaki itu sendiri yang menawarkan diri. Lagi pula, tak salah rasanya dia datang hari ini dengan Farhan Hafiey. Bukankah itu perkara normal bagi pasangan kekasih di kolej?

Ah sudah! Kau jangan nak perasan lebih Dahlia Ariana. Kau tu cuma girlfriend express dia sahaja. Tak perlu rasanya kau fikir yang kau tengah berada dalam safe zone.

"Tengok tu tak sampai satu hari dah duduk sorang-sorang. Mesti dah kena tinggal." Kata-kata sindiran itu bersambung pula dengan letusan ketawa yang galak dari arah belakang. Sengaja mengapi-apikan suasana.

"Alah kau ni pun. Farhan tu perempuan keliling pinggang. Setakat nerd macam tu memang celah gigi dia saja lah."

Dahlia Ariana hanya mendiamkan diri. Malas hendak memanjangkan cerita. Biarlah apa pun yang warga kolej ingin katakan. Hatinya perlu kental. Sendiri yang cari nahas bukan? Pandai-pandai lah kau hadap sendiri! Jangan jadikan kata-kata buruk orang itu sebagai alasan untuk kau mengalah Dahlia Ariana. Apa pun yang jadi kau redah saja!

"Dahlia Ariana." Tanpa di duga tiba-tiba sahaja kertas yang tak serupa kertas itu di letakkan di atas meja. Dia mendongak memandang wajah si pemberi. Dahlia Ariana buat-buat selamba padahal hati berkocak hebat apabila melihat wajah dingin Aazeif Iskandar yang sedang menikam pandangan tepat ke wajahnya.

"Kertas apa ni?" soal Dahlia Ariana sambil tersenyum janggal.

"Tak buta huruf kan? Bacalah sendiri." balas Aazeif Iskandar dengan sindiran.

Dahlia Ariana tercengang. Seperti biasa segala persoalannya pasti sahaja akan dibalas dengan sindiran dan perlian. Dia menghela nafas panjang. Pahit macam mana pun harus ditelan jua. Lipatan kertas itu dibuka. Isi di dalamnya diamati satu persatu.

"Hari ini sessi mentor mentee. Jadi, aku tak nak kau skip satu pun sessi lepas daripada ni. Jangan nak menyusahkan aku dan jangan cuba nak menidakkan segala arahan aku dalam apa pun hal berkaitan dengan program ni." Amaran keras diberikan oleh Aazeif Iskandar itu hanya menerima anggukkan daripada Dahlia Ariana. Tiada suara pun yang keluar dari mulutnya. Rasa macam mulut terkunci! Nak pandang wajah dingin itu pun Dahlia Ariana rasa gerun. Dia dapat rasakan pandangan Aazeif Iskandar sangat tajam ke arahnya pada saat ini.

Pada masa yang sama, pipi Dahlia Ariana terasa panas membahang. Teringat pula dia pada peristiwa yang berlaku di rumah Hana dan Farhan sebelum ini. Renungan tajam Aazeif Iskandar itu sudah cukup untuk menjelaskan segala-gala. Sudah semestinya, Aazeif beranggapan yang dia sengaja menggoda Farhan Hafiey pada ketika itu.

"Kau balik dengan Farhan kan?" soal Aazeif Iskandar dingin.

Dahlia Ariana tersentak, "Ha'ah."

Gadis Comel Dari MarikhWhere stories live. Discover now