6 tahun sebelum itu...
"Tepi lah bengap!" Tubuhnya selamat mendarat ke dinding. Segala kertas kerja berteraburan di atas lantai. Clumsy Dahlia!
Pelajar yang lalu lalang tidak mengendahkannya. Malah, segala kertas kerja itu tadi dipijak tanpa rasa bersalah walaupun sedikit. Dahlia Ariana mengeluh, jangan nak mimpi sangat semua akan layan kau macam tuan puteri, Dahlia. Sampai mati pun layanan dia orang dekat kau tetap sama. Pedih untuk kau lalui, tapi mahu ataupun tidak kau perlu hadapi.
Kertas kerja yang sudah kotor di pandang dengan wajah yang masam mencuka. Penat kerjanya siang dan malam untuk siapkan assigment, akhirnya kena pijak juga. Rata-rata yang lalu lalang di situ hanya menghadiahkan ketawa. Ada juga yang sengaja menendang kertas kerja yang bertaburan tadi. Walaupun Dahlia Ariana masih lagi mengutip kertas-kertas yang bertaburan itu.
"Dahlia Ariana!" Suara nyaring itu sudah mula memekik.
Dahlia memejam mata. Bingit benar! Hari-hari suara yang sama datang menerjah. Siapa lagi kalau bukan Farah Jane! Dahlia yang masih mengutip kertas itu terus menoleh ke belakang. Tekaannya betul. Ternyata Farah Jane sudah semakin menghampirinya.
"Mana kertas kerja yang aku suruh kau siapkan dua hari lepas?" Farah Jane menjongket kening sambil menghulurkan tapak tangan. Angkuh sungguh lagaknya.
Kertas kerja? Oh tidak! Kertas tu! Dahlia Ariana kembali memandang kertas-kertas yang bertaburan di atas lantai itu tadi. Kebanyakkan kertas kerja yang bertaburan itu tadi milik Farah Jane, malang sekali ada kertas yang sudah renyuk akibat dipijak oleh mereka yang lalu lalang tadi. Matilah kau Dahlia Ariana. Gumam Dahlia resah.
"Farah, sebenarnya saya..." belum sempat Dahlia Ariana menghabiskan ayatnya, Farah lebih pantas menggenggam pipinya dengan begitu kasar. Sudah dia tahu akan ada saja alasan yang Dahlia Ariana berikan setiap kali dia minta untuk siapkan kertas kerjanya. Bukan sekali dua perkara sebegini berlaku. Tapi sudah berkali-kali dan kali ini Farah Jane memang hilang kawalan.
"Kali ni apa pula alasan yang nak bagi? Kau memang sengaja nak cari nahas dengan aku, Dahlia."
"Farah... Saya dah siapkan tapi..."
"Tapi apa? Eh, Dahlia. Aku siap bagi kau masa dua hari awal untuk siapkan semua kertas kerja aku tu. Alasan apa lagi kau nak kelentong aku? Kau ni memang menyusahkan aku betul lah!"
Dahlia Ariana, dah tak ada guna kau nak jelaskan semuanya pada Farah. Dia bukannya akan dengar pun apa kau cuba untuk jelaskan. Kentalkan hati dan bersedia untuk kena maki hamun cukup-cukup.
"Kalau ikutkan hati aku memang dah lunyai kau aku kerjakan. Kau memang sengaja cabar aku kan, Dahlia. Baiklah! Kau nampak tong sampah tu?" Farah Jane memaksa Dahlia untuk berpaling ke arah tong sampah hijau yang terletak di hujung koridor kelas tidak jauh daripada mereka. Berkerut wajahnya menahan sakit dek genggaman kuat Farah Jane.
Farah menyoal sekali lagi. Tetapi kali ini dengan lebih lantang."Kau nampak tak?"
Dahlia Ariana sekadar mengangguk kepala, "Nam- nampak..."
Tanpa sebarang amaran, Farah Jane terus menolak tubuh genit itu ke arah tong sampah. Dahlia tersungkur. Habis sisa kotoran dari dalam tong sampah itu terlekat pada bajunya. Paling menjijikkan, air tong sampah itu juga terkena pada bajunya! Di atas kepalanya, ada kulit pisang.
"Itulah tempat yang selayaknya untuk kau! Sedarlah diri sikit kau tu bengap! Tugas kau siapkan kertas kerja aku. Itu pun susah sangat ke? Kerja senang macam tu pun kau tak boleh buat? Aku bagi kau masa yang cukup tapi kau lembab! Habis apa aku nak jawab dengan cikgu nanti? Menyusahkan betul lah!" Tempik Farah tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang di sekitar koridor kelas.
Kulit pisang yang ada di atas kepalanya tadi Dahlia Ariana alihkan lalu di buang ke lantai. Kaca mata yang melurut ke bawah juga turut perbetulkan. Beg! Dahlia melihat beg galasnya yang juga sudah habis terkena air tong sampah!
Disebalik kaca mata besar itu, tubir matanya sudah mula bergenang. Dahlia... Tolong jangan malukan diri kau sekali lagi. Tolong jangan menangis depan Farah! Lepas ni mesti dia akan lagi suka kerjakan kau sebab dia dah berjaya buat kau menangis.
Good Dahlia Ariana! Baru seminggu masuk kolej semula kau dah di malukan sampai macam ini. Sudahlah sejak hari pertama kolej lagi pun kau dah kena kaw-kaw dengan orang yang sama.
Farah Jane nampak seperti masih tidak puas hati. Hatinya seakan masih sakit melihat Dahlia yang hanya diam tidak melawan itu. Bibirnya diketap marah. Sekali lagi Farah menghayunkan tangannya ke atas, "Geramnya aku dengan kau!"
Pang!
Tangan lebar itu sudah selamat mendarat pada pipi kanan milik Dahlia Ariana. Serta-merta Dahlia rasa pipinya kebas dan panas. Tamparan Farah Jane sangat kuat, sangat padu hinggakan kepala Dahlia berpusing 90° ke kiri.
Dahlia Ariana menyentuh pipinya yang di tampar oleh Farah sebentar tadi. Penglihatannya berpinar dan pipinya juga sangat pedih! Bibirnya bergetar menahan sebak. Sungguh dia berasa begitu malu diperlakukan seperti ini di hadapan khalayak ramai. Ditambah pula dengan sakit yang memanas. Sakit hati, sakit dengan tamparan Farah.
"Jadikan itu sebagai peringatan untuk kau supaya jangan main-main dengan Farah Jane!" Tiba-tiba rambut panjang Dahlia pula di genggam kasar lalu sekali lagi di tolak kasar olehnya.
Angkuh Farah Jane mengorak langkah meninggalkan Dahlia Ariana yang dibiarkan jatuh ke lantai begitu sahaja. Tong sampah sempat di tendang kuat olehnya. Jijik benar pandangan yang dihala pada Dahlia.
Dalia Ariana tidak dapat menahan lagi air mata yang semakin lama semakin deras membasahi pipi. Hancur hatinya, rasa diri ini tidak berguna langsung. Mudah benar mengalah dengan cepat. Diseka air mata yang semakin deras mengalir membasahi pipi putih kemerah-merahan. Terhinjut-hinjut sepasang bahu mahu menyembunyikan kesedihan dan esakan yang bakal mengeruhkan lagi keadaan.
"Hak eleh drama je lebih. Baru kena sikit dah menangis."
"Sengaja lah tu nak meraih simpati. Padahal berlakon nombor satu!"
Suara-suara sumbang yang memerhati Dahlia Ariana yang cuba bangun dari lantai mula menyindir. Bertambah sakit hatinya mendengar kutukan-kutukan yang keluar dari mulut puaka itu. Andai sahaja mereka tahu apa rasanya duduk di tempatnya ketika ini, Dahlia Ariana yakin mereka juga turut tersungkur rebah ke tanah.
Mungkin dimata mereka diri ini... hanyalah sampah.
Dahlia Ariana memeluk kuat lutut yang menggigil, pintanya hanya untuk dilindungi. Biarlah cuma untuk seketika dia berharap agar ada sudi menghulurkan pertolongan.
"Ya Allah, Dahlia!"
Dari kejauhan namanya diseru lantang oleh seorang gadis. Hana, satu-satunya manusia yang sudi berkawan dengannya sejak hari pertama di kolej datang menghampiri. Terburu-buru Hana meletakkan begnya di tepi loker untuk membantu Dahlia Ariana yang dipenuhi kotoran itu bangun.
"Astaghfirullah al azim... Macam mana boleh jadi macam ni Lia?" Lengan Dahlia Ariana dipaut kejap, membantunya untuk berdiri semula. Sedikit pun Hana tidak rasa jijik membuang sisa-sisa kotoran yang melekat pada baju Dahlia Ariana itu malah, tangannya menyeka air mata Dahlia yang kian membasahi pipi.
"Pandang aku, cakap dengan aku, Lia. Siapa buat kau sampai macam ni?" Hana menggenggam wajah Dahlia Ariana agar gadis itu menoleh ke arahnya. Setitis demi setitis. Dahlia Ariana jadi teragak-agak untuk bersuara. Dia jadi tak tahan menerima sindiran demi sindiran yang disediakan khas buat dirinya.
"Jom, kita pergi tandas. Kitapergi cuci kotor-kotor dekat baju kau ni. Lepas ni aku nak kau ceritakansemuanya dekat aku okay?" Dahlia dan Hana saling berpandangan. Perlahan-lahanDahlia Ariana anggukan kepala. Dia jadi hilang kata-kata. Syukur ada Hana disisi, baransur-ansur Dahlia Ariana merasa tenang.
YOU ARE READING
Gadis Comel Dari Marikh
ChickLit"Aku tahu, aku sedar selama ni apa yang kau buat untuk kebaikan aku tapi Hana, dia tu abang kandung kau." - Dahlia Ariana. Dahlia Ariana menggelabah. Pelik-pelik benar permintaan Hana kali ini. Rancangan yang diatur cantik untuk mengenakan si mata k...