BAB 14

293 41 4
                                    

Farhan Hafiey turun dari tingkat bawah apabila sudah siap membersihkan diri. Selamba badak saja alat kawalan di atas meja di ambilnya lalu menukar siaran televisyen. Tindak-tanduknya itu membuatkan Hana yang sedang mengunyah jajan di sofa sebelah mengetap bibir. Tak habis-habis menggangu ketenteraman orang lah!

"Ingatkan dah tidur," tegur Farhan sambil mata masih setia pada kaca televisyen.

Hana hanya diam tak membalas. Malas hendak melayan perangai menjengkelkan abangnya itu. Mulutnya masih mengunyah, anggap saja Farhan tidak wujud di situ.

Farhan Hafiey melihat adiknya makan dengan senang hati. Dia tidak langsung membalas. Otak Farhan masih ligat memikirkan idea untuk memulakan perbualan dengan Hana. Tidak pernah dia rasa sejanggal ini dengan adiknya sendiri. Masih marah kah Hana dengannya? Hati Farhan jadi kurang senang melihat layanan Hana yang acuh tidak acuh dengannya itu.

Akhirnya Farhan Hafiey kalah dengan egonya sendiri, "Kau marah dengan aku lagi ke?" soal Farhan sambil menongkat dagu dekat dengan Hana.

Soalan Farhan itu tadi dibalas dengan jelingan maut dari Hana. Nafasnya dilepas marah. Tanpa banyak soal, Hana terus bangun dari sofa, langkah di atur meninggalkan ruang tamu.

"Aku tanya ni." Farhan Hafiey semakin tegas. Sempat dia menahan Hana yang ingin berlalu pergi.

"Hana mengantuk."

"Acah. Tadi bukan main sakan layan drama korea kau tu. Bila aku datang je tiba-tiba kau mengantuk." Tempelak Farhan Hafiey. Dia tahu Hana sengaja lari dari soalannya. Nampak gayanya, benarlah tekaannya kali ini. Hana memang masih marah.

"Hana tak jawab lagi soalan Farhan tadi." Kali ini Farhan Hafiey cuba berlembut dengan Hana. Panggilan juga telah bertukar dari aku kau kepada nama. Harap sahaja cara ini akan melembutkan hati Hana yang keras kepala itu.

"Farhan boleh bayang tak? Kalau Hana yang sebagai kawan ni pun marah dengan Farhan sampai macam ni, apatah lagi tuan badan."

"Masa tu aku gurau je kot."

Hana menyilang tangan. Pandangan jelek dihadiahkan pada Farhan Hafiey.

"Ouh? Bergurau? Eh, Farhan ni dah hilang akal ke? Bergurau sampai orang tu kena pergi klinik. Itu bukan gurauan. Itu gurauan bodoh namanya!"

"Klinik je pun, bukannya hospital." Ngomel Farhan Hafiey masih tidak mengalah membela diri.

"Apa Farhan cakap? Klinik je pun?"

Kali ini Hana betul-betul sudah hilang kesabarannya. Sampai bila agaknya Farhan Hafiey akan menyesal dengan segala tindakan aniayanya pada orang lain? Terutama sekali Dahlia Ariana, kawan baik Hana sendiri. Bila difikirkan semula rancangannya sebelum ini, memang patut dilangsungkan dengan cepat. Biar Farhan ada kesedaran dalam diri.

"Farhan sepatutnya malu dengan diri Farhan sendiri. Dahlia tu kawan baik Hana dan Hana takkan biarkan sesiapa sakitkan dia lepas ni. Untuk sekali, biarlah ada sikit rasa berperikemanusiaan dalam hati Farhan. Berhentilah jadi lelaki tak guna. Dayus!"

"Haiza Farhana!" tangan kanan Farhan mula naik separas wajah Hana. Nafasnya tercungap-cungap menahan marah. Tapi, perbuatannya itu terhenti. Di fikirannya hanya memikirkan yang Hana seorang perempuan dan juga satu-satunya adik perempuan miliknya. Buat malu sahaja kalau dia memukul seorang perempuan yang berdarah dagingnya sendiri.

"Farhan nak buat apa? Nak tampar? Tamparlah! Kenapa berhenti? Tampar!" Hana mencabar abangnya.

"Aku ada had kesabaran aku Hana. Jangan biadab dengan aku sebab perempuan nerd tu." Farhan cuba bertenang.

Hana tersenyum sinis, "Perempuan nerd Farhan cakap? Eh Farhan, nerd tu girlfriend Farhan! Yang Farhan jadikan dia mangsa pertaruhan bodoh Farhan tu! Cakap main sedap mulut. Jangan sampai kata-kata Farhan tu nanti akan makan tuan sendiri." Naik turun nafasnya dengan sikap Farhan Hafiey yang bongkak dan sombong itu.

"Aku ada kehidupan aku sendiri." Farhan Hafiey mula rasa rimas apabila mendengar kata-kata adiknya.

"Hana tahu Farhan. Hana tahu Farhan ada kehidupan sendiri. Tapi Farhan jangan lupa tanggungjawab yang perlu Farhan pikul. Papa Dahlia berikan amanah dekat Farhan untuk jaga dia bila di kolej. Tapi apa yang Farhan buat? Farhan sakitkan dia. Mental dan fizikal!" tempelak Hana pula.

"Clubbing boleh kata setiap malam, perempuan keliling pinggang. Hana tahu apa yang Farhan buat selama ni, setiap aktiviti Farhan, Hana tahu. Dan Farhan jangan ingat ayah diam ayah akan tutup mata dengan perangai Farhan. Ayah sebenarnya tunggu masa yang sesuai untuk bersuara soal ni. Telinga Hana ni pedih bila orang sampaikan pada Hana tentang abang Hana sendiri. Kalau ummi tahu dan cerita ni sampai ke pengetahuan ummi sendiri, macam mana? Farhan tak kesian ke dekat ummi?" berderet-deret Hana melepaskan peluru kata tanpa henti. Dia betul-betul panas hati ketika ini. Kalau Farhan Hafiey ini bukan abangnya memang sudah lama penumbuk sulung hinggap di pipi Farhan.

"Habis? Kalau tak nak pedih telinga, tak payah ambil tahu. Lantaklah orang nak kata apa sekalipun, biar nak jadi apa-apapun dekat aku. Kau tak payahlah nak tunjuk lagak baik. Aku tahu lah kau anak kesayangan ummi dengan ayah. Tak habis-habis Hana. Hana itulah... Hana inilah... aku ni siapa?" Farhan Hafiey mula menunjukkan belangnya. Tahap kesabarannya juga mula goyah.

"Ummi dengan ayah tak pernah banding-bandingkan kita. Farhan sendiri yang rasa tercabar tak tentu pasal. Dia orang marah, nasihat Farhan sebab dia orang sayang dekat Farhan. Farhan yang tak faham. Farhan lebih pentingkan kehendak hati dari nasihat dia orang. Farhan sendiri yang pilih cara hidup macam ni. Tiba-tiba Farhan kata ummi dengan ayah banding-bandingkan kita pula. Farhan gila ke?" Hana membidas lagi dan lagi untuk menyedarkan abangnya sendiri.

Farhan Hafiey membungkam tanpa kata. Hilang kata-kata hendak berbalas dengan adik perempuannya itu kerana Hana tidak akan pernah mengalah. Bila masuk bab-bab melawan, Hana memang hebat dalam berkata-kata. Tak cukup dengan itu, setiap kata-katanya berbaur sindiran yang memedihkan hati. Sudah semestinya dia harus menerima dan menelan.

"Sudah lah Farhan, Hana malas nak bertekak dengan Farhan. Berbuih mulut Hana menyindir itu pun belum tentu ada yang terkesan sikit pun dekat Farhan. Buang karan saja bercakap! Esok Dahlia dah boleh ke kolej. Farhan tak payah susah-susah ambil dia dari rumah. Biar Hana saja yang buat." Hana kembali menghabiskan ayatnya.

Dia bingkas menaiki tangga menuju ke biliknya. Pintu bilik sengaja di tutup dengan kuat. Biar Farhan tahu kemarahannya kali ini sungguh memuncak. Di sebalik pintu bilik, Hana mengukirkan senyuman penuh makna. Hahaha. Itu hanyalah taktik pertamanya dalam rancangan ini. Perlahan-lahan rasa bersalah akan disuntik pada Farhan. Yes! Nampaknya rancangan bermula.







Seperti yang dijanjikan hehehe double update. Jangan lupa vote dan komen okay? 

Gadis Comel Dari MarikhWhere stories live. Discover now