Dahlia Ariana memandang jam di dinding kelas. Masih ada sisa 5 minit sebelum tamat kelas pada hari ini. Pandangannya beralih pula pada pensyarah di hadapan. Nampak gaya macam tak nak berhenti sahaja cikgu ni. Perut pun sudah terasa pedih menahan lapar. Itulah kau Dahlia siapa suruh kau tak sarapan tadi? Bebel Dahlia sendirian.
"Saya rasa itu saja untuk hari ini. Sesiapa ada pertanyaan boleh rujuk dengan saya lepas kelas. Semua boleh bersurai."
Itulah kata-kata hikmah yang mahu di dengar! Sebaik sahaja kelas bersurai, Dahlia cepat-cepat mengemas buku di atas meja. Seperti biasa, Dahlia akan menjadi pelajar terakhir yang meninggalkan kelas.
Sebaik sahaja dewan kuliah kosong, Dahlia terus bangun dari tempat duduknya. Pintu dewan di kuak perlahan.
"Dahlia!" bagai nak tercabut jantung Dahlia sebaik sahaja membuka pintu. Tersembul wajah Hana yang tersenyum riang.
"Ish kau ni! Tak reti bagi salam dulu ke?" bentak Dahlia dengan marah.
"Maaf lah... sebenarnya aku ada sesuatu nak cakap dengan kau. Aku tahu kenapa hari ni kau macam banyak mengelak dari aku. Dahlia, aku datang ni sebab aku nak mintak maaf."
Dahlia sengaja menduga. Padahal sudah dia tahu apa yang bakal keluar dari mulut Hana itu.
"Untuk apa?"
Hana nampaknya rasa sangat bersalah. "Aku nak minta maaf bagi pihak abang aku Farhan. Macam ni, aku dah tahu apa yang jadi dekat rumah aku hari tu lepas Fareez jelaskan semuanya dekat aku tadi. Aku nak minta maaf sangat dengan tindakan Farhan. Aku betul-betul tak sangka sampai tahap tu dia berani kacau kau."
Bibir Dahlia di ketap kuat. Sungguh dia masih marah dengan peristiwa di rumah Hana pada hari itu. Bagi Dahlia, Farhan sudah melampau! Seakan seperti maruahnya sebagai perempuan diragut begitu sahaja.
"Aku minta maaf sangat Dahlia." Hana merayu.
Pelik bin ajaib. Kenapa pula harus Hana yang datang dan minta maaf? Perkara ini tidak ada kena mengena langsung dengan Hana. Seharusnya Farhan yang perlu bertanggunggajawab meminta maaf atas tindakannya yang melampau itu. Tapi ini terbalik pula.
Dahlia Ariana hanya menggeleng kepala sebelum bersuara. "Kau tak salah apa pun dengan aku Hana. Yang bersalah abang kau. Jadi kau tak perlu merayu-rayu sampai macam ni." Tanpa berlengah Dahlia Ariana terus berjalan meninggalkan Hana di hadapan pintu keluar dewan kuliah. Dia tak mahu perkara seperti ini dibesarkan. Bukan atas sebab takut dengan Farhan Hafiey, tapi ini melibatkan maruah. Maruah Dahlia Ariana sebagai seorang perempuan.
"Tapi aku rasa bersalah."
Setiap bait kata maaf dari Hana tidak diendahkan malah kaki Dahlia Ariana semakin laju menuju ke arah lokernya.
"Dahlia... Janganlah macam ni." Hana masih tidak mengalah. Pergelangan tangan Dahlia Ariana dicapai.
"Aku penatlah. Aku nak balik."
"Dahlia Ariana tolonglah-" Saat ini hatinya diruntun rasa sangat-sangat bersalah.
Pujuk rayu Hana merimaskan Dahlia Ariana. Tanpa dia sedar, amarahnya semakin membuak dan kesabarannya sangat di uji.
"Aku memang benci lelaki macam tu! Rupa tak semegah perangai, lelaki macam itu pun orang boleh terpikat? Tolonglah! Setakat ada rupa tapi perangai buruk pun tak guna juga." Buku-buku latihan masih setia dalam pelukan. Cermin mata bulat sedikit melurut ke bawah di perbetulkan.
YOU ARE READING
Gadis Comel Dari Marikh
ChickLit"Aku tahu, aku sedar selama ni apa yang kau buat untuk kebaikan aku tapi Hana, dia tu abang kandung kau." - Dahlia Ariana. Dahlia Ariana menggelabah. Pelik-pelik benar permintaan Hana kali ini. Rancangan yang diatur cantik untuk mengenakan si mata k...