"Lia..." dedaun pintu dikuak perlahan.
Anak mata Encik Firdaus dengan pantas menangkap susut tubuh kecil yang berada di tingkap. Kehadiran Encik Firdaus itu tidak di sedari oleh anak gadisnya, Dahlia Ariana. Begitu asyik nampaknya Dahlia Ariana menikmati permandangan malam dari pandangan tingkap. Sesekali angin menyapa lembut wajah Dahlia Ariana membuatkan rambut panjangnya itu bertiup mengikut alunan angin.
Encik Firdaus mula menapak ke arah Dahlia Ariana yang membelakanginya itu.
Terjongket sedikit tubuh Dahlia Ariana saat dia sedar ada tangan memeluk lembut bahunya.
"Fikirkan apa tu? Papa panggil pun tak menyahut." Dahlia Ariana melebarkan senyuman manis. Soalan Encik Firdaus itu dibiarkan begitu sahaja lantas kepalanya terlentok pada dada bidang milik papanya.
"Macam mana hari ni dekat kolej? OK atau KO?" Encik Firdaus cuba menduga.
Tanpa berfikir panjang Dahlia Ariana terus membalas, "Okay!" dengan senyuman yang masih bersisa.
Walaupun pada hakikatnya tidak. Dahlia Ariana akan tetap positif. Sungguh dia tidak mahu papanya risau jika dia asyik bermuram sahaja.
"Terkadang sesuatu perkara itu terjadi pasti bersebab."
Spontan Dahlia Ariana yang terlentok di dada bidang Encik Firdaus tadi terus mengangkat kepalanya. Keningnya juga turut berkerut memandang papanya. Kenapa tiba-tiba sahaja perbualan ini dimulakan dengan ayat itu? Encik Firdaus seperti dapat menduga apa yang sedang bermain difikirannya. Cekap sungguh ramalan papa! Dahlia Ariana jadi kagum.
"Kalau diberikan peluang untuk putar semula masa, apa yang Papa akan cuba untuk ubah?" Dahlia Ariana memandang papanya meminta penjelasan.
Helaan nafas berat dari Encik Firdaus jelas kedengaran. Seakan dia dapat ramalkan apa yang sedang bermain di fikiran anak gadisnya itu.
"Luar dari kuasa kita sebagai manusia untuk mengubah takdir. Tetapi kita mampu memperbaiki." Ubun-ubun Dahlia Ariana diusap dengan penuh kasih sayang.
Walaupun bukan jawapan itu yang ingin didengari, namun Dahlia Ariana tahu makna yang tersirat di sebalik kata-kata papanya itu. Benarlah apa yang dikatakan oleh papa, tugas kita sebagai manusia adalah untuk memperbaiki dan bukannya untuk menghukum.
"Semakin kita mempersoalkan semakin payah kita melepaskan." sambung Encik Firdaus lagi.
"Lia rindu Mama... Kalau mama ada mesti mama tahu apa yang nak di buat." suara Dahlia Ariana semakin sayu.
"Tahu... Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Tuhan tak akan senang-senang berikan ujian pada hambaNya. Dia beri sebab kita mampu hadapi."
Suara hati kecil Dahlia Ariana terus mencelah. Tidak papa. Lia tak minta semua ini berlaku. Kenapa perlu Lia hadapi masalah remeh seperti ini? Masalah remeh yang telah menjerat diri Lia sendiri. Andai papa tahu apa yang Lia hadapi sejak hari pertama di kolej sudah pasti papa akan risau. Lia tak mahu beratkan lagi beban papa yang perlu papa pikul. Cukuplah papa sedih dengan pemergian mama. Lia tahu sisa perit pemergian mama masih bersisa dalam diri papa. Cuma papa yang jadi sumber kekuatan Lia sekarang dan Lia juga sumber kekuatan Papa.
Masing-masing memainkan peranan penting. Andainya salah satu daripada kita jatuh sudah pasti kesannya melibatkan kedua-dua hati. Lia tak mahu itu terjadi. Rintih Dahlia Ariana penuh rasa.
"Ini semua mengarut." gumam Dahlia Ariana tanpa sedar.
"Apa yang mengarut?"
![](https://img.wattpad.com/cover/139093011-288-k950834.jpg)
YOU ARE READING
Gadis Comel Dari Marikh
ChickLit"Aku tahu, aku sedar selama ni apa yang kau buat untuk kebaikan aku tapi Hana, dia tu abang kandung kau." - Dahlia Ariana. Dahlia Ariana menggelabah. Pelik-pelik benar permintaan Hana kali ini. Rancangan yang diatur cantik untuk mengenakan si mata k...