BAB 13

216 37 1
                                    

Dahlia Ariana berat hati hendak masuk. Rasa seperti mahu saja dia patah balik ke tempat pakir kereta. Tak nak masuk, tapi masalahnya dah sampai depan pintu kedai. Macam-macam lah kau ni! Kalau tak mahu masuk baik jangan datang tadi. Hatinya sudah mula berlawan kata.

"Yang kau tercegat depan ni dah kenapa? Jom lah masuk!" Lengan Dahlia Ariana ditarik.

"Kedai apa yang kau bawa aku ni, Hana?"

Melilau matanya memandang segenap kedai baju itu. Memang dia dah agak, ini pasti akan berlaku. Sabarlah wahai hati. Itu saja yang mampu dia katakan. Haih, entah apa lah yang ada dalam kepala otak Hana sekarang ni. Pelik-pelik!

"Kita datang sini untuk carikan kau baju yang sesuai kau pakai hari-hari. Takkan kau nak pakai baju sejuk ni aje sepanjang semester. Ketinggalan zaman betul." Bidas Hana.

Dahlia Ariana terkedu. Mana tidaknya, butik yang dibawa oleh Hana ini bukan lah kedai baju biasa. Dari luaran premis ini saja dia sudah tahu ini kedai untuk orang berada.

"Aku nak balik." Belum sempat Dahlia lari Hana lebih pantas menahan langkahnya.

"Eh... Kau jangan nak mengada-ada Dahlia Ariana. Kita dah setuju dengan rancangan ni. Jadi tak ada istilah berpatah balik."

"Oit! Takkan kau nak aku pakai baju-baju macam tu. Tengok tu. Terbuka sana, terbuka sini. Tak nak lah aku." Bangkang Dahlia Ariana sambil memuncungkan bibir munggilnya. Cermin mata yang melurut juga turut diperbetulkan. Rata-rata baju yang dijual kedai ini semua menjolok mata yang memandang. Bukan main terbuka. Buang tabiat agaknya Hana ni.

"Kau ni kan belum masuk lagi kau dah banyak cakap pula. Nanti kita pandai-pandailah carikan baju yang sesuai dengan kau. Takkan aku nak biar pula kau pakai baju-baju terbuka macam tu. Itu namanya cari nahas! Kau nak abang aku terkam kau ke?" bidas Hana lagi. Tak pasal-pasal keluar ayat cili padinya.

Panas membahang wajah Dahlia saat di bidas kaw-kaw oleh Hana. Tanpa banyak kata dia terus menapak masuk ke dalam kedai itu. Nampaknya makin lama dia di sini, makin seronok Hana menyakatnya.

■ ■ ■

"Mulai hari ni benda bulat besar ni kau ni kau dah boleh buang." Tanpa apa-apa amaran tangan Hana laju saja mencabut cermin mata bulat besar itu daripada Dahlia Ariana.

"Eee kau nak buat apa pula dengan cermin mata aku tu Hana." Terkial-kial tangan Dahlia meraba-raba Hana dihadapannya. Naik pening kepalanya dengan Hana hari ini.

"Orang sekarang mana pakai cermin mata bulat besar macam ni dah. Sekarang orang pakai ini!" Lebar sengihan Hana menunjukkan bekas kanta lekap itu pada Dahlia Ariana.

Dahlia Ariana mengecilkan matanya, cuba untuk melihat apa yang sedang ditunjukkan oleh Hana. Ternganga-nganga dia jadinya.

"Apa yang kau tunjuk tu? Aku tak nampaklah."

Hana yang tersenyum riang itu terus mengambil tempat disebelah Dahlia, "Ini nama dia kanta lekap. Lepas ni kau dah tak payah risau kalau cermin mata kau pecah ke apa ke. Pakai kanta lekap ni lagi mudah."

"Hoi! Kau gila ke? Kanta lekap tu kena letak dalam mata. Eee tak nak aku nanti tak pasal-pasal buta mata aku siapa yang susah. Bahayalah!" jawab Dahlia Ariana.

"Ke situ pula kau ni. Dahlia kau jangan banyak songeh sangat eh. Aku cakap pakai maksudnya pakai. Deal is deal okay. Sini aku pakaikan."

"Tak nak! Aku takut!" terus Dahlia Ariana memejam mata rapat.

"Belum cuba belum tahu. Dah tahu mesti mahu." Hana tak habis-habis untuk meyakinkan Dahlia.

"Eee tak nak! Tak nak! Bahaya tahu tak?!"

Tapi apakan daya Hana nampaknya lebih pantas bertindak. Dipaksa juga Dahlia Ariana untuk membuka mata seluas mungkin untuk memudahkan dia memakaikan kanta lekap yang baru dibeli olehnya. Itu bukan lah kanta lekap yang biasa. Tapi telah ditempah khas dari kedai cermin mata sendiri. Meronta sakan Dahlia Ariana jadinya. Mengalahkan budak-budak liat nak makan ubat.

"Hah... dah siap! Tengok sini." Akhirnya setelah beberapa minit berperang berjaya juga Hana memakaikan kanta lekap itu pada Dahlia. Bahu Dahlia dipegang lembut supaya dia berpaling menghadapnya.

"Buka lah mata kau! Macam mana aku nak tengok kalau kau pejam mata kau tu."

"Eee takut lah. Pedih tahu tak? Mesti pelik gila muka aku pakai benda ni."

Hana hanya menggeleng, "Tak ada maknanya pelik. Segala pilihan aku memang tip top. Up to date! Cepatlah buka lah mata kau tu aku nak tengok."

Dahlia Ariana mendengus geram. Sakit hatinya dengan Hana yang tak habis-habis menyuruhnya buat benda yang bukan-bukan. Tapi apakan daya, janji tetap janji. Mahu ataupun tidak dia terpaksa juga menurut.

Perlahan-lahan mata yang terpejam rapat itu tadi dibuka. Rasa pedih masih bersisa tapi dicuba juga bertahan. Awalnya penglihatan Dahlia Ariana semakin berpinar-pinar namun lama-kelamaan ianya kembali normal. Terserlah wajah temannya yang sudah tersenyum lebar sampai ke telinga.

"Dahlia!!! Cantiknya kau weh. Cepat-cepat pergi tengok cermin sekarang." Terburu-buru Hana menolak tubuh genit itu ke depan cermin yang tergantung di dalam bilik.

Sampai sahaja didepan cermin tergantung itu, Dahlia mula menilik matanya. Dia agak terkejut melihat penampilan dirinya yang sekarang. Jauh beza dari dulu. Nampaknya Hana benar-benar menukar dirinya yang nerd itu kepada seseorang yang baru. Sedikit demi sedikit bibirnya melakar senyuman gembira.

"Kan aku dah cakap dekat kau, kau cantik gila. Lepas ni makin ramai lah yang mengorat kau." Usik Hana sambil memegang bahu Dahlia Ariana yang masih tersenyum didepan cermin.

"Ish kau ni ke situ pula." Dahlia mencubit lembut perut Hana. Ada-ada saja perkara pelik yang bermain difikirannya.

Hana membulat matanya apabila perutnya dicubit oleh Dahlia Ariana. Dia membalas kembali. Terjerit-jerit mereka saling membalas sampai mereka sama-sama sudah terduduk di lantai. Dahlia juga masih ketawa.

"Gila lah kita ni..." ujar Hana tercungap-cungap. Akhirnya dia membaringkan tubuhnya di atas lantai.

Hatinya bersorak kemenangan. Sudah pasti rancangannya kali ini akan berjaya. Tak sabar rasanya hendak menonjolkan diri temannya di depan khalayak kolej. Biar semua tahu Dahlia Ariana yang dulu jadi mangsa buli sekarang bukan gadis skema yang lurus bendul lagi. Terutama sekali pada "teman lelaki ekspress"nya, Farhan Hafiey.

Farhan tunggu lah nanti

Gadis Comel Dari MarikhWhere stories live. Discover now