BAB 3

2.1K 270 16
                                    

"I tak sayangkan you. Kita putus."

Senang dan ringkas. Akhirnya satu beban sudah diringankan. Bermaksud azabnya nan satu itu dah berjaya ditinggalkan. Fuh! Selepas ini sudah tidak ada suara gedik itu mengarahnya. Freedom!

"Eh! You tak boleh buat I macam ni Farhan. I sayang you, I will do anything for you sayang. Apa salah I sampai kita kena putus? You jangan main-main dengan I Farhan!" Jari runcing Farah Jane dihala tepat ke wajah Farhan Hafiey.

Dan tindakan Farah Jane itu menaikkan darah muda Farhan Hafiey. Pap! Pergelangan tangan Farah itu direntap kasar.

"Kenapa tak boleh? Jangan biadab Farah Jane. Aku paling pantang perempuan biadap dengan aku. Kau fikir kau siapa nak tunding jari dekat aku?"

Farah Jane meronta untuk dilepaskan. "Sakitlah! Farhan lepaskan I!"

"Jangankan sentuh, tangan perempuan murah macam kau ni nak tunding jari pada aku pun aku rasa jijik. Tak layak."

Farah Jane ketap bibir.

"Mulut you tu jaga sikit! Perempuan murahan ni lah yang you cari dulu tahu tak? Jangan buat-buat lupa Farhan Hafiey. Segala kemahuan you I turutkan. I beri segalanya even myself dan sekarang you buang I macam itu je?" dan dia sudah mula mengungkit.

Senyuman sinis Farhan Hafiey mula terlakar kembali, "Aku cari sebab nak 'guna' kau. Bodoh juga kau ya? Farah Jane, kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat belakang aku selama ni. Aku bukan lelaki pertama yang kau tidur. Entah berapa ramai jantan yang dah gunakan service kau pun aku tak tahu. Itu barulah orang panggil murahan. Bila aku dah bosan kau umpama lampin. Zupp! Terus ke tong sampah!"

"You memang tak guna Farhan Hafiey! I hate you! I hate you! I hate you! I hate you!"

"Okay, adios!"

Farhan Hafiey memandang tepat ke arah gadis di hadapannya itu. Farah Jane antara gadis yang akhirnya telah berjaya menjadi magsa Farhan Hafiey. Mungkin yang ke 20? Atau juga yang ke 21. Yang pasti bukan kali ke 19. Kehidupan Farhan Hafiey yang dikelilingi dengan gadis sedikit pun tidak memberi kesan tatkala dia meninggalkan Farah begitu sahaja.

Malah itulah permainannya. Mereka yang jatuh dan Farhan yang akan pergi.

"I tak akan biarkan you pergi macam tu je Farhan Hafiey! You akan terima balasan yang setimpal! I swear!" Farah Jane sempat lagi membentak saat Farhan Hafiey mula berlalu pergi.

Tengkingan Farah Jane sebentar tadi meletuskan tawa kecil Farhan Hafiey. Dia tidak peduli sama sekali. Mustahil tidak ada seorang perempuan yang tidak mahukan Farhan Hafiey. Mustahil! Farhan Hafiey menggelengkan kepala sambil tersenyum. Dia berjalan sambil menyisipkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar. Siulan riang bermain-main di bibir. Tak lama selepas itu, beberapa pelajar perempuan yang lalu di tepi dihadiahkan senyuman kecil beserta kenyitan mata darinya.

Seraya pelajar-pelajar perempuan itu tadi tersenyum riang.

Farhan Hafiey menyeringai ketawa.

Destinasi seterusnya, Kafe Anjung. Sampai sahaja, anak matanya tercari-cari bayangan Fareez dan Aazeif. Keadaan yang sejuk di Kafe Anjung membuatkan Farhan Hafiey menggosok kedua belah tapak tangannya. Kemana dia orang ni? Tadi call macam mustahak sangat nak berjumpa. Gumamnya sendirian.

"Han!"

Dari jauh Farhan Hafiey mendengar panggilan suara Fareez. Kepalanya terus berpusing ke kiri iaitu arah dari mana datang suara sahabatnya itu. Farhan Hafiey mengecilkan mata ternyata Aazeif juga sedang melambai tangan ke arahnya. Tanpa berlengah lagi Farhan Hafiey terus meluru ke arah mereka.

Gadis Comel Dari MarikhWhere stories live. Discover now