Splash!
"Aazeif Iskandar!"
Aazeif berlari apabila dikejar Fareez. Setakat ini sudah lima kali ruangan kolam mereka tawaf. Fareez yang basah kuyup itu juga masih tidak putus asa.Alkisahnya bermula waktu Fareez sedang asyik dengan sessi luah perasaan bersama Aazeif Iskandar. Katanya bermacam-macam cara dia lakukan untuk memenangkan hati Hana, tapi semua menemui jalan kegagalan. Semua nampak keyakinan Fareez untuk dapatkan cinta Hana dan Aazeif Iskandar tidak menafikan bahawa sahabatnya yang nan satu itu serius dengan gadis pilihan hatinya. Walaupun pada luarannya, Fareez tampak seperti main-main, sebenarnya hatinya ikhlas pada Hana.
Melihat Fareez yang dalam keadaan sedih itu, timbul idea di benak fikiran Aazeif Iskandar untuk menceriakan semula Fareez, atau dalam erti kata lain mengusik Fareez. Sebagai seorang penceria suasana Aazeif Iskandar mula mencari jalan untuk menghiburkan hati Fareez.
Jadi Aazeif mula menolak Fareez jatuh ke dalam kolam. Maka tercetus perang antara mereka.
"Kau memang cari nahas dengan aku Aazeif!" dan mulut Fareez dari tadi tidak berhenti menyumpah seranah Aazief Iskandar.
Namun, larian mereka tadi terhenti apabila laungan suara ibu memanggil-manggil nama mereka.
"Ya ibu?" dari jauh Aazeif Iskandar memerhatikan ibunya mendekati meja sambil menatang dulang berisi jag air.
"Ya Allah... Kamu berdua ni dah kenapa Fareez, Aazeif?" soal Puan Zahara dengan nada yang kurang senang. Ruangan kolam basah lencun!
Puan Zahara meletakkan dulang berisi jag air oren itu lalu menggelengkan kepala.
Puan Zahara menyoal lagi, tetapi kali ini dengan lebih serius. "Fareez kenapa baju basah-basah ni?"
"Ibu... Aazeif tolak Fareez dalam kolam." Fareez sudah mula dengan perangai mengadanya.
Walaupun tiada sebarang pertalian darah, Fareez tetap menganggap wanita di hadapannya ini sebagai ibu kandungnya. Sejak dari dulu lagi Fareez dan Farhan Hafiey memang panggil Puan Zahara dengan panggilan ibu juga.
Cemburu? Tidak sama sekali. Tapi, ibu cuma ibu aku seorang. Aku cuma anak ibu seorang. Gumam Aazeif.
"Aazeif Iskandar... Budak bertuah ini ada-ada saja." sekali lagi Puan Zahara menggelengkan kepala sambil mencekak pinggang.
Aazeif Iskandar hanya mampu tersengih.
"Air ni jangan lupa minum. Kau orang minum dulu sebelum nak keluar ya. Ibu nak naik atas ambil tuala untuk Fareez. Kalau ibu dengar kau orang bergaduh lagi, ni telinga ni-" telinga Aazeif dan Fareez berjaya dicapai oleh Puan Zahara.
"Aduh ibu, sakit! Sakit!"
"Argh sakit ibu... Sakit..."
Serentak Aazeif Iskandar dan Fareez mengaduh tatkala Puan Zahara menarik telinga mereka berdua.
"Ibu tarik lagi kuat nanti. Faham?" tegas Puan Zahara.
"Argh- kami faham ibu... Sakit..."
Telinga yang di tarik Puan Zahara terasa kebas. Ini tangan ke pengepit?
Sekali lagi ibu memberi amaran, "Ingat jangan bertengkar lagi."
Apabila bayangan Puan Zahara semakin hilang dari pandangan, Aazeif lantas memandang Fareez dengan pandangan yang setajam pisau.
"Ini semua kau punya pasal lah!" tempik Fareez dalam nada berbisik.
![](https://img.wattpad.com/cover/139093011-288-k950834.jpg)
YOU ARE READING
Gadis Comel Dari Marikh
ChickLit"Aku tahu, aku sedar selama ni apa yang kau buat untuk kebaikan aku tapi Hana, dia tu abang kandung kau." - Dahlia Ariana. Dahlia Ariana menggelabah. Pelik-pelik benar permintaan Hana kali ini. Rancangan yang diatur cantik untuk mengenakan si mata k...