6:12 a.m
Masih awal. Tapi...
Aku bangun lantas bersiap.
Selepas mengikat rambutku yang panjang paras dada, aku bangun dan mengambil beg laptopku yang mempunyai banyak kerja-kerja penting.
Semua usaha, semua penat lelahku.
Aku menggalas sling bag komputer ribaku itu dan berjalan ke dapur. Mengeluarkan bungkusan roti dan memasukkan dua buku roti kedalam toaster membiarkan ia mengambil masa membakar sementara aku mengambil jem dan menuang segelas susu strawberri kesukaanku.
Selepas bersarapan, aku langsung ke pintu keluar dan memakai kasut tertutup dan menutup pintu rumah.
Sesudah itu, aku mengeluarkan kunci kereta untuk membuka kunci pintu kereta dan memandu ke tempat kerja.
...
"Kim Youjin?" Soal seorang lelaki pertengahan umur menyapaku.
Aku tersenyum.
"Hahaha! Selalu datang awal. Mari kita masuk. Diluar terlalu sejuk."
"Oh, selamat pagi!" Aku gembira dan menunduk hormat sebelum kami kedalam bangunannya yang besar untuk mesyuarat.
...
"Kopi hangat untuk awak satu." Seorang pekerja baru memberikan aku secawan kopi. Aku menerimanya selepas mengucapkan ucapan terima kasih.
Selepas itu dia berjalan lagi untuk memberikan cawan kopi kertas itu kepada pekerja yang lain.
Kami ketawa dengan kecomelannya. Kami memulakan mesyuarat, kami berbincang dan memberi pendapat untuk menjadikan hasil yang terbaik.
"Oh ya, kita ada producer baru." Kim Doyoung berkata sebelum melihat semua staff dan melihatku pada akhirnya.
Oh?
"Baru? Kenapa? Kim SeokJin dah tak-" Soalanku dipotong oleh lelaki tinggi itu.
"Tak, tak. Dia just bercuti dekat Hawaii dengan erm..seseorang ." Jawab Doyoung laju sambil tersengih melihat crew lain yang juga ketawa memahami apakah maksudnya.
Aku turut ketawa.
Inilah kehidupanku. Meraih keuntungan dengan apa yang aku suka.
Aku bahagia... agaknya?
Yang penting... aku boleh tersenyum bukan?
Semuanya baik.
Cuaca pun bekerjasama dengan baik.
Keakraban staff, ketua kami dan juga Doyoung yang suka memberikan gummy smile bermaksud pada aku.
Semuanya baik. Sehinggalah...
"Selamat berkenalan, Saya Jung Jaehyun Producer sementara untuk 4 bulan ini."
Ha?
Damn it.
S t r e n g t h
YOU ARE READING
Strength [NCT's Jaehyun]
Fanfiction"Adakah keajaiban real?" -Youjin melihat aku dengan sisa-sisa air mata disekeliling matanya. "Keajaiban boleh berlaku kalau kita terus jadi kuat." -Jaehyun. [Boleh ke dua manusia terluka ini kembali bersatu selepas terpisah 3 tahun? Jika tidak, apak...