*italic adalah flashback
[Jung Jaehyun's POV]
Aku melihat tempat tersebut dengan senyuman. Tempat kami selalu meluangkan masa tanpa gangguan.Kemudian aku lihat Youjin yang sebenarnya sedang melihatku.
Oh, pandang aku lama.
Membuatkan aku malu.
"Apa yang... si lelaki rahsiakan dari perempuan itu?" Soalnya out of all questions.
Aku keliru.
"Nae?"
"Skrip awak tu. Apa yang dia rahsiakan daripada perempuan tu?" Youjin melihatku.
Ia seolah-olah bertanya tentang aku. Apa yang aku rahsiakan darinya. Selama 3 tahun aku terpaksa diam.
Bukan... aku memilih untuk diam.
Aku tak mampu nak jawab.
Macam mana kalau dia tak boleh terima?
"Ia... terpulang kepada awak Youjin." Jawabku dan melihat ke arah lain.
"Saya dah agak." Dia berkata membuatkan aku nervous.
"Dia ada perempuan lain?" Soal Youjin membuatkan aku lega.
Itu apa yang dia katakan. Bukan apa yang silelaki itu lakukan.
Aku menganggukkan kepala.
"Em. Boleh juga." Kataku melihat dia.
Aku tersedar dia melihat ke arah tanganku yang masih lagi memegang tangannya sejak dari tadi.
"Maksudnya... awak pun ada perempuan lain." Katanya perlahan membuatkan aku rasa salah.
"Huh? Tak- .. saya..... " aku tak mampu untuk jawab.
Dia ingin melepaskan tangannya dari pegangganku tapi kenapa tanganku bertindak sebaliknya. Aku mahu pegang tangannya lebih lama.
"Saya pergi dulu." Youjin berjaya melepaskan tangannya dan berjalan ke dalam semak-samun tadi. Tapi ia terlalu gelap.
"Kejap! Yoojin! Tunggu!" Panggilku. Tapi dia takkan melihatku.
Aish! Dah la gelap ni. Dia tak tahu aku ikut jejak kayu-kayu kecil yang telah aku tanamkan di tanah.
Aku berjalan laju untuk mendapatkannya tetapi ia agak gelap bagiku membuatkan ia agak susah.
Aku akhirnya nampak dia tapi sebelum aku sempat sampai, dia terjatuh kerana tersandung dengan kayu kecil yang menjadi petunjuk untuk ke taman tema tersebut.
"Auch!"
Langkahku menjadi larian. Aku tiba dan mencangkung melihat dia.
"Awak luka mana-mana ke?" Soalku tapi dia berdiam apabila aku bertanya.
Malah dia tak mahu memandangku.
Dia menepis tanganku tapi kita bukan dalam situasi yang sesuai, ia gelap. Aku merangkul bahu dan bawah kakinya dan mendukung dia di depanku.
Dan itu membuatkan dia terkejut dan merangkul leherku kerana takut terjatuh. Kemudian dia meronta untuk dilepaskan.
"Turunkan! Apa awak buat ni! Lepas!"
"Depan rumah awak nanti saya lepaskanlah."
"Turunkan! Saya benci awak! Lepass!!"
YOU ARE READING
Strength [NCT's Jaehyun]
Fanfiction"Adakah keajaiban real?" -Youjin melihat aku dengan sisa-sisa air mata disekeliling matanya. "Keajaiban boleh berlaku kalau kita terus jadi kuat." -Jaehyun. [Boleh ke dua manusia terluka ini kembali bersatu selepas terpisah 3 tahun? Jika tidak, apak...