t w e n t y-s i x

261 18 7
                                    

[No one's POV]


"Kenapa Youjin amik cuti lebih 10 hari? I mean... lama bhai!" Soal salah seorang staff yang masih bekerja.

"Honeymoon." Woojin menjawab.

"WOW!"




Manakala di rumah peranginan di Jeju.

"Nah." Youjin segera membantu Jaehyun minum minuman selepas dia meneguk ubat-ubatnya.

Tangan dan badan Jaehyun yang mengigil segera dipeluk Youjin dengan kata-kata yang akan membuatkan Jaehyun tenang.

Wajah pucatnya kini semakin jelas membuatkan dia tidak dapat menahan sejuk.

Youjin mengelimuti Jaehyun dan membiarkan dia tidur dekat pada dirinya.

Terkadang, mereka menikmati pandangan air pantai di belakang rumah itu sambil menghangatkan diri.

Batuk yang berterusan terkadang membuatkan mereka terpaksa duduk di dalam tetapi itu tidak menghalang kebosanan.

Selang beberapa hari,

Youjin senyum tak terhingga apabila bercerita bahawa bapanya dan someone special akan datang dari United kingdom ke homestay itu untuk melawat mereka.

Jaehyun tidak sabar dan gembira membeli pelbagai bahan masakan.

"Murahnya?" Soal Youjin.

"Cucu saya akan dijangka lahir hari ni. Jadi saya kasi murah." Seorang makcik terlalu baik pada mereka atas setiap pembelian mereka.

Membuatkan hari ini adalah hari yang baik.

"Tahniah." Jaehyun mengucap tersenyum.

Pulang dengan salji yang turun perlahan membuatkan Jaehyun banyak bergurau.

"Jalan tak sesak hari ni?" Kata Youjin pelik.

"We're lucky." Jaehyun ketawa.

Terus memandu sehingga terjumpa sebuah taman.

Jaehyun berhentikan keretanya dan membawa Youjin keluar dengan hasrat menangkap gambar berdua dipermandangan yang cantik.

Youjin tak menyangkakan ciuman yang muncul oleh Jaehyun dan sempat bermain snow fight.

Sebaik saja pulang ke homestay, dan menyediakan bahan makanan.

Jaehyun pergi kebilik air akibat batuk.

Namun, darah yang semakin teruk keluar membuatkan dia segera membersih.

Cuba menyembunyikan hal ini dari isterinya, dia menangis dengan senyap.

Apabila malam tiba dan semuanya telah tersedia dan hanya menunggu mereka tiba. Jaehyun menggenggam tangannya kuat. Menahan rasa sakit yang mulai menyerangnya.

Jaehyun tiba-tiba mencantumkan bibirnya dengan Youjin dan mendalamkan ia membuatkan Youjin bingung.

Kemudian merehatkan kepalanya di bahu Youjin.

"Saranghae." Ujarnya membuatkan Youjin turut menyebut yang sama.

"Saya... mengantuk." Ujar Jaehyun menutup matanya dan menyelesakan dirinya diantara bahu dan leher Youjin.

"Awak mengantuk?" Youjin keliru dan nafasnya mula berombak.

Youjin menepuk-nepuk perlahan bahu Jaehyun. Memandang kedepan mengawal degupan jantungnya.

Ini adalah kali pertama dia mengantuk pada waktu malam kerana Youjin tahu Jaehyun mempunyai insomnia.

Dengan tarikkan nafas yang dalam, Youjin mula ... perlahan-lahan menerima.

Strength [NCT's Jaehyun] Where stories live. Discover now