t w e n t y-t h r e e

166 18 4
                                    

*italic adalah flashback zaman kolej

[Jung Jaehyun's POV]

"Mari kita.... berpisah."

Aku meluahkan apa yang aku paling tidak bermaksud.

Tapi aku perlu apabila sedar bahawa aku cuma akan membebankan dia.

Lagipun jika kami teruskan, ia cuma akan ditinggalkan sakit yang dalam pada hatinya.

Mata Youjin mula mengalirkan air mata dan dia mengeleng menidakkan ia.

Aku tahu aku masih ada bermilion-milion sebab untuk pegang dan bawa dia kedalam sebuah kehidupan yang kami rancang.

Tapi kenapa...

Kenapa aku harus aku?

Kenapa aku yang perlu hidup singkat?

Youjin menggeleng kepalanya lagi.

"Tak. Tak boleh! Saya tak boleh!" Kata Youjin menangis.

Dia melihat ke bawah kemudian melihatku semula setelah mengumpul tenaga.

Dan memukul bahuku.

"Macam mana awak boleh cakap macam tu?! .... macam mana!" Katanya memukul lagi dan mencangkung.

Kemungkinan tiada tenaga lagi.

Aku mencangkung menghadapnya dan mengelap air matanya.

"Jadi...Saya tak kisah... 5 bulan, 5 minggu, 5 hari atau 5 saat sekalipun! Saya nak awak tahu... saya tak kesah tentang semua itu. Jadi jangan fikir yang bukan-bukan Youjin-ah." Kataku membuatkan dia melihatku.

"Saya masih cintakan awak dan hanya awak. Awak tak perlu bersusah hati. Saya akan hidup untuk awak." Tambahku lagi dan menariknya untuk menciumnya dalam.

Sesetengah saat kemudian, sesuatu jatuh ke atas hidung Youjin membuatkan aku melepaskan perlahan.

Salji?

Mata Youjin membuka luas dengan sisa-sisa air matanya.

Comel (ノ≧∀≦)ノ

Aku menyukirkan senyuman.

"Tengok... salji turun malam ini." Kataku melihat ke atas langit.

Orang sekeliling dan perniaga juga terkejut dengan cuaca. Kebanyakkan mereka sangat gembira.

Aku membangunkan kami berdua dan masih melihat ke atas langit.

Tiba-tiba Youjin merangkul leherku. Memelukku rapat.

Membuatkan aku lagi mengetatkan pelukkannya.

...



"Jadi awak dengar kami berbual?" Soal Youjin melihatku.

Aku mengangguk selepas menghirup coklat panas kami.

"Wae?" Soalku melihatnya yang memeluk tubuh diatas sofa kami.

Kami pulang dan selepas membersihkan diri, dia duduk disebelahku yang masih duduk diatas sofa.

"Kesiannya Jung Jaehyun saya." Katanya seperti hilang  semangat.

Sebelum aku ingin bercakap dia sudahpun memelukku lagi dan menepuk-nepuk belakangku seperti aku adalah anaknya.

Aku terkejut tapi hanya sekejap, aku sempat meletak cawan di atas meja dan mengambil peluang untuk memeluknya juga.

Membuatkan kami terbaring di atas sofa dengan dia di atasku melihatku terkejut.

Strength [NCT's Jaehyun] Where stories live. Discover now