S i x

227 22 3
                                    

*italic adalah flashback

[Youjin's  POV]


"You-Youjin!"

Tak mungkin, aku dengar suara Jaehyun. Lantas aku menoleh ke belakang dan... ia Jaehyun.

"Neo wae wasseo?(Why are you here?)" Aku menyoal bingung.

Dia nampak gugup.

"Maaf... Saya mahu minta maaf." Dia memberanikan dirinya.

Perasaan aku sedang bercampur baur.

Marah, keliru, sedih, dan.. rindu.

"Apa?" Soalku. Aku mengesat air mataku.

Perasaan sebakku bertambah setiap kali dia melihatku. Aku bencikan ini.

Pergi!

"Maaf. Atas segalanya. ...." Dia menundukkan pandangannya.

"Apa awak cakap ni? Kita... tiada apa-apa yang perlu dimaafkan bukan? Jadi selamat malam encik producer. Tolonglah balik dan berbincang tentang kerja esok..." Aku berjalan untuk masuk ke dalam sebelum tanganku ditarik oleh Jaehyun laju membuatkan aku terpusing menghadapnya.

"Apa ni! Lepas!"

"Youjin... tolong... dengarkan saya. Saya betul-betul minta maaf. Saya faham jika awak benci saya dari semua benda. Tapi saya... tolong maafkan saya. Awak perlu dengar penjelasan saya!" Lelaki ini masih berdegil.

"Lepas!"

"Dengar! Saya akan jelaskan semuanya. Saya tahu, awak mesti marah pada saya. Awak pasti nak bunuh saya bukan? Saya rela. Asalkan... awak maafkan saya." Kata Jaehyun masih memegang kuat pergelangan tanganku.

Rahang aku jatuh mendengar ini. Aku tergamam.

Kenapa... kenapa dia buat aku begini!?

Apakah salahku?

Aku menepis kuat tangannya dan menampar pipinya membuatkan dia terkedu melihatku.

Air mataku tidak berhenti.

"Yah! Jung Jaehyun... kenapa awak buat saya begini!?!" Aku berkata menahan jeritan.

"Saya minta maaf. Youjin-ah... ." Dia masih berdegil melihatku.

"Kenapa awak disini? Bukan ke awak sepatutnya bermain bola keranjang sekarang?" Soalku dahi berkejut.

"Saya... ada sebab."

"Bukan ke awak sepatutnya dah berada dalam mana-mana team bole keranjang?!" Aku bingung tetapi dia tidak boleh jawab itu.

"Saya ada sebab... yang saya tak boleh beritahu. Mianhae." Jaehyun kedengaran lemah.

Aku mengambil nafas sebelum mula berkata lagi.

"Kita dah berpisah." Aku melepaskan suaraku.

Angin sejuk yang semakin kuat memenuhkan bunyi yang sunyi pada malam itu.

"A-apa?" Soalnya melihatku.

Aku mengesat air mataku dan melihat dia dengan yakin.

"Tolong balik dan jangan datang lagi." Aku mengetap bibirku sebelum masuk kedalam meninggalkan dia keseorangan.

Tiada lagi rasa kasihanku padanya.

Aku menyandar pada belakang pintu setelah menguncinya dan terduduk di lantai.

Strength [NCT's Jaehyun] Where stories live. Discover now