*italic adalah flashback
[Youjin's POV]
"Lelaki tu... sakit."
Jaehyun melihatku saat ayat itu keluar dari bibirnya.
Dia tidak senyum atau bermasam wajah tapi hanya... sebuah wajah yang tak dapat aku bacakan.
Apa ni?
Kenapa cahaya dari tingkap itu seolah-olah meneranginya.
"WOW! CERITA INI PASTI SEDIH BERHINGUS!" penganjur mengejutkan aku.
"Ya, saya dah sediakan tisu awal-awal." Kata Woojin menutup matanya.
(︶ω︶)
"Well... apa kata kita semua bersarapan dulu. Sementara saya dan Youjin edit skrip buat kali terakhir. Kita akan bekerja lepas ni. Saya janji." Kata Jaehyun melihat penganjur.
"Makanlah dulu makanan yang Doyoung bawa. Saya dan Youjin hanya perlukan setengah jam sahaja." Kata Jaehyun lagi.
Aku tak tahu kenapa aku diam disini.
Staff dan mereka yang lain mula berdiri dan mengambil bekas makanan setiap seorang.
Doyoung mendekatiku dan memegang bahuku membuatkan aku sedar dari terus merenung Jaehyun yang sedang membukakan pintu untuk mereka."Saya akan tunggu makan dengan awak nanti." Doyoung memberikan senyuman tapi Jaehyun menepis tanganya dari bahuku.
Aku hanya melihatnya. Badanku langsung tidak memprotes seperti mana aku selalu buat untuk tolak dia.
"Tak perlu. Lepas meeting ni, kami ada benda nak dibincangkan." Kata Jaehyun membuatkan Doyoung mengerutkan dahinya.
"Bincang je la sekarang. Kenapa nak berahsia? Korang berdua ada apa-apa ke?" Soal Doyoung sedikit marah.
Tak... Doyoung-ah... jangan berikan dia pandangan tu. Aku sangat terluka.
"Bukan aku yang nak berbincang dengan dia. Orang lain. Eh lagipun kalau kami ada apa-apa kenapa? Kalau takdir... tak boleh elak. Dah jom mulakan!" Jaehyun menarik tanganku membuatkan aku hanya mengikut.
Doyoung berjalan keluar dari bilik mesyuarat kami meninggalkan kami berdua.
Damn.
Dia membuatkan aku duduk dahulu selepas mengambil kerusi terdekat dan mengambil kerusinya untuk duduk bersebelahan denganku.
"Okay, jadi hmm... mana chapter 6? Ha okay. Kita tukar dekat bahagian ini saja. Eo?" Jaehyun pelik melihatku yang hanya melihat dirinya.
"Aigoo, biar saya taipkanlah. Awak mesti penat bukan asyik dipermainkan oleh saya je Hahaha!" Dia bergurau.
Ye. Aku penat.
Tak boleh ke kita serius?
Kami duduk dekat. Kadang kala, lututnya terkena dengan lututku saat dia berkata-kata sambil menaip.
Kenapa aku rasa seperti kosong ni?
"Youjin? Youjin-ah? Yah... dengar tak ni?" Soal Jaehyun memicit telingaku perlahan membuatkan aku tersedar dari lamunanku.
YOU ARE READING
Strength [NCT's Jaehyun]
Fanfiction"Adakah keajaiban real?" -Youjin melihat aku dengan sisa-sisa air mata disekeliling matanya. "Keajaiban boleh berlaku kalau kita terus jadi kuat." -Jaehyun. [Boleh ke dua manusia terluka ini kembali bersatu selepas terpisah 3 tahun? Jika tidak, apak...