T w o

396 34 12
                                    

[Kim Youjin's POV]

"Producer itu dah sampai." Woojin yang baru masuk kedalam bilik mesyuarat itu berkata bagi membuatkan staff bersedia.

"Serius kacak! Dia macam ada vibe tersendiri." Jawab Woojin mengangguk membuatkan kami semua berdebar.

Aku mengambil nafas sebelum mengeluarkan buku nota legendku ( ͡° ͜ʖ ͡°) yang bersaiz A6. I mean... sejak aku sekolah lagi, buku ini aku dapat tapi... tak tulis apa-apa.

Jadi selama aku bekerja, lebih baik aku gunakan ia bukan?

Tiba-tiba sebuah kejap... ia seperti haruman wangian dan ia datang dengan bunyi tapak kaki yang akan kedalam bilik mesyuarat kami.

Ah, apakah ini?

Aku kenal bau ini. Aku keliru dan hatiku mula terasa dalam.

Seseorang mula membuka pintu kaca bilik itu.

"Salam perkenalan, Saya Jung Jaehyun Producer sementara untuk 4 bulan ini."

Damn it.

Mataku terus memandangnya seperti aku sedang cuba mengecam lelaki itu.

Aku... tak bermimpi bukan?

Tentu sekali... aku kenal lelaki ini. Kerana dia... merupakan segala kebencian yang telah diisi dalam hatiku.

Dia bekas atau boleh aku katakan... lelaki paling pengecut yang pernah aku jumpa.

Dia menunduk hormat sebelum mengambil tempatnya yang dari tadi dikosongkan... berhadapanku.

"Biar saya kenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Jung Jaehyun, berumur 26 tahun dan saya akan menjadi producer sementara 4 bulan. Terima kasih kepada Jin hyung yang telah bagi saya peluang. Saya akan buat yang terbaik!" Dia menunduk dan mendapat tepukan dari semua staff kecuali aku.

Ya, aku tak.

Masih terkesima.

Matanya memandangku.

Ah, aku benci matanya.

"Youjin?! Kim Youjin?" Soal Jaehyun tersenyum tenang sambil duduk.

Jangan pandang aku. Aku bencikan kau.

"Oh? Kamu kenal penulis skrip kami?" Ketua menyoal membuatkan aku cemas entah kenapa.

Dia kelihatan sedikit terkejut, tapi mengangguk sambil tersenyum.

"Ya. Dia--"

"Selamat datang. Tolong beri kerjasama." Aku laju memotong kata-katanya seperti aku tidak pernah kenal dia.

Mataku terus memandang ke arah lain inginkan mesyuarat ini cepat tamat. Aku tak boleh lihat dia disini.

Tapi... kenapa dia ada disini?

Kerana ini amat menyakitkan.

Perlukah aku keluar dengan alasan ke tandas?

"Ah, ya. Selamat berkenalan." Dia menunduk kepalanya sedikit sebelum memandangku seperti aku salah.

Bagus. Dia faham isyaratku tentang 'Jangan pura-pura ramah'.

Itu memudahkan lagi cara aku bernafas.

Kejap.. dia tersenyum lagi melihat apa yang aku pegang, buku aku. Tak guna. Buku ini... adalah memori buruk. Aku akan buang ia sebaik sahaja keluar dari sini.

Aku mengeluarkan kertas kosong dan menyimpan buku itu tanpa melihat riak wajahnya. Sama ada berubah atau tidak... aku tidak peduli.

"Baiklah! Mari kita mulakan mesyuarat untuk Movie bagi musim sejuk ini. Genre apa yang paling menghangatkan penonton pada musim yang cantik ini?" Soal ketua?

"Action!" Woojin memberi cadangan yang mana membuatkan aku ketawa kecil.

"Hahaha! (^▽^) Micheonnya? ( ̄∠  ̄ )" Soal ketua yang membuatkan staff lain ketawa.

"Kisah yang emotional." Doyoung juga bersuara sambil memandangku manis.

Aku membalas senyumannya. Aku dapat lihat Jaehyun merenung Doyoung lama sebelum merenung ke arahku.

Adakah dia cemburu? Mahu saja aku tumbuk dia. Entah kenapa rasa ini membuatkan aku gembira.

"Lagi?" Soal ketua.

"Kisah pelajar sekolah?"

"Pembunuhan?"

Ramai yang cuba meneka tentang genre yang telah aku tuliskan. Ini sebuah kegembiraan bagiku. kami selalu melakukan ini dan jika siapa meneka dengan betul, aku akan belanja Americano special untuk mereka.

"Cinta?" Teka Jaehyun membuatkan penganjur kami yang bising itu terdiam sebentar dengan sengihan pada wajahnya.

"Cinta apa? Oh What kind?" Soalnya.

Oh Tuhan, Kenapa aku berdebar?

"Seperti... watak utama berjumpa semula dengan cinta lamanya yang telah lama dia harap sudah mati didalam buku hidupnya." Jawab Jaehyun membuatkan aku sedar sesuatu.

Aku masih tidak mahu memandang matanya, tapi badanku tetap bergerak. Mataku perlahan-lahan cuba melihat lelaki itu.

Dan sebuah perasan seperti menusuk yang membolehkan aku menangis mula menguasai apabila aku lihat dia, kerana dia sedang melihatku. Seperti itu adalah apa yang berlaku antara aku dan dia.

Ya, itu berlaku dan semuanya dah berakhir bagiku.

"Tepat! Sesuatu yang sedih, tetapi membuatkan kita terasa hangat dalam masa yang sama. Wahh! Youjin-nie, awak kena belanja dia Americano." Ketua kami berkata membuatkan staff lain mengeluh.

Kenapa dia meneka dengan tepat?
Kerana itu apa yang berlaku antara kami?

"Seperti biasa, orang terpenting kita, penulis Youjin! Terangkan skrip yang awak dah siapkan."

Dengan meletakkan semua kerisauan ditepi, aku berdiri dan mula menerangkan watak, sinopsis dan kisah dan maksud babak yang tidak jelas.

Semua staff menepuk tangan dan aku duduk memegang pen untuk menunggu jika ada perubahan yang perlu diubah atau yang perlu ditolak.

"Saya suka semua bab kecuali... bab yang sedih dimana watak lelaki pegang tangan watak perempuan bila dia menangis di depan jabatan Sungai Han, tukarkan ia dengan babak ciuman." Staff tersebut malu-malu untuk beri cadangan tapi aku smirk padanya membuatkan dia keluarkan tumb up dari bawah meja.

"Okay. Tapi... masih terlalu awal. Maksud saya... pegang tangan dia sebenarnya dah mencukupi sebab mereka masing-masing terluka. Jadikan ia ciuman pada dahi lebih logik." Itu dia penganjur memberikan cadangan yang mana semua orang tak pernah tak setuju.

Aku mengangguk dan menulis di dalam kertas kosong tadi.

"Itu sajakah?" Soalku.

Ketua kami, penganjur Kang melihat mereka yang mengangguk tiada bantahan lagi.

Tapi...

Jung Jaehyun mengangkat tangannya.

"Oh? Ya ada apa yang perlu diubah sebelum kita berbincang tentang tempat penggambaran dan lagu?" Soal penganjur.

"Saya... tak suka." Katanya ringkas sambil menulis sesuatu.

"Tak suka bahagian apa? Ciuman dahi itukah?" Soal ketua.

"Semua." Jawabnya ringkas lagi membuatkan dahiku berkerut.

"Saya tak suka semua skrip ni."

S t r e n g t h

Strength [NCT's Jaehyun] Where stories live. Discover now