*italic adalah flashback zaman kolej
[Jung Jaehyun's POV]
"Awak tak tidur lagi?" Soalku apabila nampak sebuah cahaya kecil ada di sudut tepi pintu slide door.
Youjin merehatkan kepalanya di bingkai slide door dengan laptopnya dan kopi di tepi.
Aku duduk bersila disebelahnya dan melihat skrin komputernya.
"Oh? Dah buat skrip baru?"
"Yes. Tapi... idea sampai sini je. I'm thinking right now. Haih but still none." Katanya tanpa membuka matanya.
Kebarangkalian dia tentu penat berfikir.
Aku menarik kepalanya dan membiarkan ia rehat di bahuku sambil aku mengusap bahunya memberitahu bahawa dia telah banyak berusaha.
"Esok dah genap seminggu kita berkahwin. Movie kita akan keluar hari ahad ni. Why don't you just take a rest? Hm? Dah pukul 2.40 pagi ni." Kataku padanya tapi... tiada jawapan.
Malah kepalanya bergerak seperti mahu jatuh.
Aku merenungnya.
Dia tertidur rupanya. Aku tersenyum dengan kecomelan ini.
Aku mengangkatnya membawa dia di tempat yang lebih selesa.
Aku menyelimutinya agar dia kekal hangat tanpa tersedar dari tidur yang memenatkan.
Aku dekat dan mencium bibir dan dahinya sebelum aku keluar dari bilik tidur dan berjalan ke dapur.
Memandangkan aku tak boleh tidur.
Aku membuka peti sejuk dan terlihatlah pelbagai makanan yang sihat ada dibeli kami kelmarin. Aku ketawa kecil apabila mengingatkan betapa comelnya dia semasa memilih sayur.
"Mulai sekarang, awak kena makan makanan yang sihat." Youjin mengambil brokoli tiga ketul.
"Eh tapi tu banyak sangat." Aku mahu meletakkan ke tempat asalnya.
"Jangan! Brokoli ni anti-cancer." Dia meletakkan semula.
Aku merenung seketika.
Apakah yang dia fikirkan tentang aku?
Kalau aku adalah dia, sudah lama hubungan ini tiada.
Kerana ini hanya menyakitkan.Tiba-tiba dadaku terasa betul-betul sakit.
Aku menahan ia tapi ia terlalu sakit, tanganku laju ingin mencapai ubat sehinggakan botol itu terjatuh kelantai membuatkan aku juga jatuh.
Badanku dilipat seperti aku kesejukkan. Padahal aku sedang menahan sakit.
Aku kecewa, kecewa dengan diriku.
Aku benci sakit ini.
Aku duduk dan menyandar di kabinet-kabinet disitu sambil memegang dadaku dengan sebelah tangan.
Aku berharap agar Youjin tak tahu tentang ini.
...
Aku terjaga dari tidur, sejak bila aku terlelap pun aku tak pasti. Yang aku pasti, semalam aku hanya mengusap rambutnya selepas sakitku redha.
Bila aku mahu memeluk isteriku, dia tiada disebelah. Aku bangun dan melihat kekiri kekanan.
Jam menunjukkan pukul 8 lebih pagi.
YOU ARE READING
Strength [NCT's Jaehyun]
Fanfiction"Adakah keajaiban real?" -Youjin melihat aku dengan sisa-sisa air mata disekeliling matanya. "Keajaiban boleh berlaku kalau kita terus jadi kuat." -Jaehyun. [Boleh ke dua manusia terluka ini kembali bersatu selepas terpisah 3 tahun? Jika tidak, apak...